Hari Ini 30 September

7:47 PTG

Hari ini 30 September.
26 tahun yang lalu, arwah MIL dukung Abang Farid masuk ke rumah buat pertama kali setelah lahir ke dunia. Dua minggu sebelum jangkaan bersalin, arwah MIL & FIL suruh kami tinggal di kampung. Maklum sahajalah, menanti kelahiran anak pertama, tanpa pengalaman dan tidak bersama keluarga sendiri sudah tentu seribu satu rasa berperang dalam diri. Arwah MIL dan FIL mahu Amie habiskan tempoh berpantang di kampung.

Pada suatu malam, Abang Farid yang baru berusia tiga hari menangis tidak berhenti. Arwah MIL ambil dari bilik kami dan bawa ke biliknya. Abang Farid tidur sampai ke pagi bersama MIL.

Pagi itu, Amie terdengar arwah MIL bersembang dengan Encik Suami.
Kata arwah MIL:

Lu (kamu) ingat senang ada anak kecil?

Dan antara butir bicara di antara arwah MIL dan Encik Suami termasuklah bantu  Amie mana yang patut. Mulai hari itu, Amie lihat Encik Suami ambil alih tugas arwah MIL cuci lampin dan pakaian Abang Farid. Alhamdulillah, Amie dikurniakan MIL & FIL yang sangat memahami dan melayani Amie seperti anak sendiri. Terima kasih MIL & FIL. Al-Fatihah untuk kedua-duanya.

Ulang tahun Abang Farid, Fuad & Fairuz pada 2020.


Antara gambar kenangan Abang Farid sewaktu kecil. Encik Suami rajin simpan gambar-gambar ini.


Gambar kenangan Abang Farid sewaktu sekolah tadika. Di bawah itu gambarnya bersama itik telur peliharaan Encik Suami.

Suatu hari, seorang rakan sekerja Elizabert Janet Majalap (entah di mana sekarang kawan baik Amie ini),tegur Amie. Katanya muka Amie nampak pucat. Dia mengusik : Mungkin ada little one on the line!

Ya, betul. Buat pemeriksaan di klinik dan disahkan hamil. Encik Suami sangat teruja, dan minta doktor scan perut! Doktor tertawa, dan berkata tak akan nampak apa-apa. Tetapi Encik Suami minta juga untuk scan. Memang betullah! Tak nampak apa-apa sebab kandungan baru saja berusia 6 minggu!

Bermulalah fasa yang tidak pernah Amie fikirkan sebelum ini!
Pertama kali mengalami alahan di awal kehamilan, Amie rasa sangat tidak selesa dengan perubahan tersebut. Pantang bau bawang putih atau bawang merah, terus muntah-muntah! Morning sick memang sungguh sengsara! Menjelang bulan puasa, memang lembik tak bermaya. FIL suruh Amie supaya tidak berpuasa memandangkan keadaan Amie yang sangat uzur. Apa tidaknya. Setiap hari terpaksa makan pil tahan muntah!  Jadinya, Amie hanya dapat berpuasa selama dua minggu sahaja. Encik Suami pula, sehingga sekarang kalau tiba bulan puasa selalu bergurau : Ada orang sahur maggi setiap malam. Maknanya, Encik Suamilah itu. Jangankan bau bawang saja yang Amie muntah, aroma maggi lagilah rasa nak pengsan! Allahu Akbar! Entah mengapa sepanjang alahan, tajam betul deria bau. Kalau di tempat kerja, Amie sudah boleh tangkap bau rakan yang memakai bedak Johnson & Johnson. Suatu hari, Amie buka pintu bilik guru. Ada seorang rakan sedang makan nun di hujung bilik. Amie tarik daun pintu, dan terus keluar! Bukan apa. Terbau sayur taugeh!

Masih teringat kata-kata Dr. Genieve:
Makanlah walau sedikit.
Kalau tak boleh makan nasi, makanlah mi.
Kalau tak boleh makan mi, makan maggi pun tak apa. Asalkan ada isi perut.

Seingat Amie, apa yang Amie boleh telan waktu itu hanyalah susu panas. Bukan susu serbuk  tapi susu pekat manis. Kalau Encik Suami sediakan 1 gelas, hanya 1/4 sahaja yang melepasi tekak. Kemudian muntah semula!

Oleh kerana badan terlalu lemah, kadang-kadang apabila rasa loya tidak mampu untuk ke tandas. Amie tidak boleh lupa apabila Encik Suami berkata : Muntahlah di situ ( di atas lantai), nanti boleh dibersihkan. Tanpa rasa jijik, Encik Suami bersihkan muntahan itu.

Waktu itulah sejuta rasa insaf menyelinap di dalam dada! Begini rupanya azab sengsara wanita hamil. Amie sangka Amie kuat dan sihat. Selama ini Amie seorang yang cergas! Kalau merentas desa, Amie menggondol tempat pertama! Amie juga juara pertandingan ping pong peringkat zon. Seluruh pelosok negeri Sabah sudah Amie jelajahi. Gunung Kinabalu pula sudah 2 kali Amie tawan hingga ke puncak!

Masuk bulan kelima, tiba-tiba selera untuk makan datang seperti biasa. Aneh bukan? Tidak muntah-muntah lagi, dan tidak pula memilih makanan. Semua makanan yang boleh dimakan, masuk terus ke dalam perut tanpa halangan!

29 September 1995. Ketika itu, tengah malam.  Amie sedang menanda kertas peperiksaan akhir tahun.  Mula rasa sakit. Amie ajak Encik Suami ke hospital. MIL kata belum tiba masanya. Baru rasa sakit saja, katanya. Tetapi Amie berkeras untuk ke hospital. Pukul 3 pagi, Encik Suami memandu ke hospital. MIL ikut sekali.

Menurut jururawat yang bertugas pada malam itu:

Baru 2 cm. Tidurlah dik. Esok pagi baru kamu bersalin.

Allahu Akbar! Kenapa disuruh tidur pula? Kalau rasa sakit, macamana hendak tidur? Itulah soalan yang bermain di fikiran ketika itu.

Betullah jangkaan jururawat. Keesokan pagi, tepat pukul 8:40 pagi lahirlah bayi lelaki seberat 2.75 kg.

Subhanallah! Rasa sangat ajaib apabila jururawat meletakkan bayi kecil di atas riba Amie. Matanya nampak bulat bercahaya memandang Amie! Seolah tidak percaya, si kecil sudah lahir ke dunia. 

MIL, FIL dan kakak ipar datang melawat di wad. Kakak ipar bawakan satu bekas horlicks panas. Setiap kali Amie bersalin, kakak ipar mesti bawakan minuman horlicks panas. Apabila minum horlicks panas tadi, rasa segar dan kembali bertenaga.

Amie ingat waktu itu FIL azankan Abang Farid. FIL juga yang cadangkan nama Abang Farid.

Abang Farid di pagi hari konvokesyen 2017 di UKM.

Abang Farid & adik-adik di hari raya 2019.

Firdaus merangkak mengejar kek hari jadi Abang Farid.

Pada tahun 2013, itulah tahun pertama Abang Farid berjauhan dari keluarga kerana menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Sewaktu ulang tahunnya yang ke 18, Amie buatkan kek hari jadi. Kami raikannya di rumah walaupun Abang Farid jauh di Labuan.



Selamat menyambut ulang tahun yang ke 26 tahun buat Abang Farid.
Moga sihat selalu dan berjaya mencapai cita-cita serta berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin.



19 comments

  1. Selamat menyambut ulang tahun yang ke 26 tahun buat Abang Farid!
    suka tengok gambar2 lama :)

    BalasPadam
  2. Lain pulak alahan mengandungkan Abang Farid. Teruk juga alahan Kak Amie. Suami Kak Amie masa muda tu sebijik betul rupa mantan PM. Patutlah dok usik Pak Majid (PM). Banyak betul itik belaan dulu dulu. Sekarang tak ada pelihara apa apa ke Kak Amie?
    Mata bulat firdaus ikut mata abang Farid bulat ye. Fuad dan Fairuz macam sepet sikit. Apapun Selamat Hari Lahir Farid, semoga terus berjaya dan menjadi kebangaan keluarga. Sihat dan ceria selalu. Aaminn...

    BalasPadam
  3. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran abang farid

    BalasPadam
  4. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran Abang Farid..Mana gambar mommy masa muda?🤭
    En Majid memang tak banyak berubah la zaman muda sampai la ni..

    BalasPadam
  5. Geram tgk muka Daus masa dia aim kek abgnya tu.

    Tadi anak ammi yg no. 2 tu loya, pening, muntah.. Ammi kata kat dia.. Ha itu baru sikit alahan mengandungkan abg, yg abg rasa. Byk lagiiiii. Terus dia nangis mintak maaf haha

    BalasPadam
  6. boolat nya mata firdaus time tu...
    geram tgk kan hehehe

    BalasPadam
  7. happy besdayyyy Farid dah 26 thn alhamdulillah
    cerita kelahiran ank pertama memang tak boleh lupa kan
    sentiasa dlm memori

    BalasPadam
  8. Selamat hari lahir ke 26 abang Farid. Alhamdulillah rezeki kak Amie dapat ahli keluarga yg memahami. semoga selalu dirahmatiNya :)

    BalasPadam
  9. Happy birthday Abg Farid. Semoga sihat selalu dan terus sukses.

    BalasPadam
  10. Selamat Hari lahir Abg Farid, moga terus cemerlang dan berjaya
    Suka baca akak tulis pasal kisah semua anak-anak, dari mengandung sampai bersalin...indah betul rasanya, syukur ya kak ada suami dan pil yg sangat baik.
    Teringat masa dana ngandungkan Aiyan, kami pjj Dana di Kl, Edy kerja di Terengganu 2minggu atau sebulan sekali baru dapat jumpa. Dana tak pernah rasa alahan, muntah-muntah pun tak. Bau apa pun ok yelah duduk sendiri masa tu kak.Memang Allah maha besar

    BalasPadam
  11. SANAH HELWAH FARID..PANTAS MASA BERLALU TENTU AMIE RASA BARU SEMALAM MELAHIRKANNYA KAN

    BalasPadam
  12. Rasa terharu baca kronologi kelahiran Farid.
    Selamat harijadi.

    BalasPadam
  13. selamat hari lahir abg farid
    semoga dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menjaga ibu bapa dan adik adik

    BalasPadam
  14. Gambar Daus merangkak dkt kek tu kelakar sangat..comel gelagatnya

    BalasPadam
  15. Hepi belated birthday Farid. Semoga membesar menjadi anak yang soleh. Seronok baca cerita kak Amie. Pengorbanan wanita bergelar ibu memang tak terbalas.

    BalasPadam
  16. Bulatnya mata daus tenguk kek. Abg farid ada iras daus. Semuga semua anak-anak amie menjadi anak yang soleh dan berjaya. aamiin

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe