Resipi Pastil & Air Lada untuk Mama Cella

11:30 PG

Jumpa lagi di pagi Selasa yang redup. Sudah sarapan pagi? Selepas minum pagi rasanya nak sambung tidur pulak! Suhu agak rendah sejak kebelakangan ini. Jadi, rasa sejuk itulah yang membuatkan tambah selesa untuk beradu lama-lama!

Awal pagi tadi Encik Suami ajak cari sarapan pagi. Kami sarapan nasi kuning sambal ikan dan telur rebus. Beli dari warung berhadapan dengan PGA. Teringat Firdaus suka makan pastil, Encik Suami belikan juga. 

Melihat pastil yang dijinjing Encik Suami, teringat permintaan MAMA CELLA supaya Amie kongsikan resipinya. Sejujurnya Amie tak pernah buat pastil. Amie hanya makan yang dibeli sahaja. Itu pun kena cerewet memilih. Kenapa cerewet memilih pastil? Bacalah apa yang Amie tuliskan di bawah ini nanti.

Resipi Pastil Air Lada untuk Mama Cella
                                    

Setakat ini Amie pernah cuba makan pastil yang dibeli dari pelbagai gerai dan hasil dari pelbagai air tangan suku kaum di Lahad Datu. Adakalanya rasanya sangat sedap, dan ada yang sebaliknya. Pada mata kasar membuat pastil ini seolah-olah membuat karipap biasa dan hanya ubah intinya sahaja.
 
Sebenarnya tidak begitu! Kulit pastil mesti dicanai nipis! Intinya pula walaupun bihun putih tetapi ada cara masakannya yang tersendiri. Begitu juga dengan penyediaan air lada. Ada yang bubuh kicap ada yang tidak. Di setiap gerai pastil yang kami kunjungi, adakalanya sampai rumah hanya dijamah sebiji dua sahaja. Ada kalanya air lada yang disertakan sangat cair tanpa rasa. Ada yang sangat pedas atau sangat masam terlebih cuka!

Amie lebih suka makan pastil bihun putih berbanding bihun yang ditambah kicap. Ini kerana Amie ingin menikmatinya bersama air lada! Air lada yang sedap menjadikan rasa keseluruhan pastil bertambah sedap.

Pastil Inti Bihun Putih




Kulit pastil yang sedang sudah tentunya tipis!





Untuk Mama Cella, di sini Amie kongsikan resipi Pastil & Air Lada hasil perkongsian seorang guru ( Haruja Jikeron) yang bertugas di Kuala Lumpur. Guru ini berasal dari Lahad Datu, Sabah. Boleh klik di sini untuk lebih lanjut: Pastil, Menu Istimewa Di Sabah. Karipap Berintikan Bihun

Catatan yang dipetik dari artikel asal:

Untuk menyediakan pastil, ia bergantung kepada penyediaan air lada yang biasanya dijadikan sos penyedap inti pastil.

Air lada biasanya cair. Untuk membuatnya, kita hanya perlukan air panas dan disatukan dengan bawang putih, cili padi, cuka, gula dan garam. Ia akan menghasilkan rasa manis, masam dan pedas.

“Air lada kemudian akan dituang ke dalam inti pastil, lagi banyak air lada, lagi sedap rasanya kuih itu,” katanya.

Selari dengan peredaran zaman dan memenuhi cita rasa pelanggann yang pelbagai, kebanyakan peniaga sudah mempelbagaikan inti bihun dengan menambah bahan lain seperti isi ayam, daging, sayur atau telur, ujar Haruja.

“Terpulang kepada si pembuat, tidak salah jika berbuat demikian, tapi kalau menurut resipi asalnya, bihun hanya digoreng kosong diperasakan dengan aneka sos dan kicap sahaja,” katanya.

Bahan-bahan kulit pastil:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1/4 cawan marjerin atau minyak masak
  • Sedikit garam

Bahan-bahan bihun:
  • 1/2 bungkus bihun
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah atau bawang besar
  • 3 sudu kicap manis
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • Garam secukupnya
  • Sedikit perasa
  • Minyak masak
  • Sedikit air
# Kalau Mama Cella mahu olah bihun warna putih, tak perlulah tambah kicap manis.

Bahan-bahan air lada:
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 2 sudu cuka
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan air panas

Cara penyediaan kulit pastil:
  1. Masukkan kesemua bahan dan uli sehingga sebati dan tidak melekat pada jari.
  2. Rehatkan adunan selama 30 minit.
  3. Canai nipis doh (wajib nipis) dan letakkan bihun (inti) lalu kelim menggunakan acuan karipap.
  4. Goreng sehingga kulit pastil bertukar warna kekuningan.


Cara penyediaan bihun:
  1. Rendam bihun sehingga lembut.
  2. Kemudian, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  3. Masukkan kicap manis, sos tiram dan sos cili.
  4. Selepas itu, masukkan bihun dan gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit jika bihun masih keras lalu perasakan dengan garam.

Cara penyediaan air lada:
  1. Tumbuk bawang putih, cili padi, gula dan garam.
  2. Kemudian, masukkan cuka dan air panas.
  3. Gaul sebati kesemua bahan.
  4. Masukkan kicap jika perlu.

Terima kasih buat Haruja Jikeron atas perkongsian resipi ini.





Selamat mencuba Mama Cella.  Pastikan kulit pastil tipis ya!



21 comments

  1. Boleh cuba nanti ni...menarik sanagat ni....

    BalasPadam
  2. Waaaa🥰🥰🥰🥰
    Terima kasih Cikgu bersusah payaj study & dapatkan info serta resipi untuk saya...Terharu..
    Saya memang perasan tentang kulit nipis tu hinggakan saya andaikan kulit dia guna fucuk nipis..rupanya pastri dicanai nipis..hihihi.
    In sha Allah nanti nak cuba yg ori mihun putih tu...Sekali lagi Terima Kasih Daun Keladi...
    🌹🌹🌹

    BalasPadam
  3. Cantik kelim pastil tu Amie..kemas ja..akak pun dah save tesepi ni..nnt nak minta Alia buatkan..

    BalasPadam
  4. dana ingat pastil cuma terkenal di indonesia tapi di sabah pun ada jugak ye kak... macamnelah rasanya mesti sedap cicah dengan kuah lada tu... macam kita makan popia sayur tu cicah dengan air lada, kalau air ladanya tak sdp terus popia tu pun jd tak best sebab pelengkap dia tak ngam

    BalasPadam
  5. Special untuk mama cella ni. Kulit nipis tu baru sedap dimakan macam karipap juga kena kulit nipis baru sedap. Krup krap rangup dia. Sini macam susah nak jumpa pastil dan air lada. Kena singgah rumah mama cella ni kalau mama cella buat :)

    BalasPadam
  6. Wahhh banyak resepi baru yang dpt belajar dkt blog kak amie ni. Ya saya mula2 tengok gambar. Ini kan karipap? Rupanya salah sangkaan saya hehe. Menarik sangat pastil ni.berinti mihun pula

    BalasPadam
  7. ingat karipap td bila. bca ohh lain
    x penah mkn. dan. baru tgk sini
    menarikk

    BalasPadam
  8. Lahhh masa tengok gambar thumbnail kusangka karipap hehe. Bila baca baru tahu intinya lain. Menarik perkongsiannya.

    BalasPadam
  9. Kalau nak canai nipis, tentu dohnya bukan biasa2 supaya tidak terkoyak nanti, kan. Mak Cella, sila buat ya, kami nak tengok.. hihi

    BalasPadam
  10. first time dgr pasal kuih pastil. menarik jgk, teringin nak cuba..

    BalasPadam
  11. Cerewet juga ya nak membuatnya. Good luck mama Cella dan kak Amie jugak. Kot lah terdetik hati nak cuba buat sendiri

    BalasPadam
  12. Itulah rupa macam karipap. Boleh bayang kerangupan sebab kulit dicanai nipis.

    BalasPadam
  13. waaaa.... menariknya... tapi tak rajin buat sendiri. Tak pernah pulak tu jumpa kat kawasan ni

    BalasPadam
  14. 1st time dengar nama..1st time tgk bentuk karipap isi bihun

    BalasPadam
  15. macam nak cuba tapi tengok resepi, banyak sangat pulak proses pembuatannya.
    saya angkat bendera putih dulu...hihihi

    BalasPadam
  16. Heheh.. nampak ranggup ni. Sekali ngap habis. Proses nk membuatnya nampak perlukan kesabaran. Ada harraz sah2 tak menjadi

    BalasPadam
  17. mmg rare ni sbb x penah lg jumpa di sarawak... tgk di fb je.. karipap inti meehoon.. hehehe... pastil rupa namanya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe