Daging Goreng Kicap: Sedapnya Hingga Menjilat Jari!

3:19 PTG

Jumpa lagi. Sudah makan tengahari? Jemput jamu selera di dapur Amie. Paparan kali ini bukannya hasil masakan pada hari ini. Ini masakan kelmarin, dan baru sempat untuk dijadikan paparan.

Salah satu antara lauk hidangan ialah Daging Goreng Kicap. Amie pernah kongsikan resepinya di sini: SEDAPNYA DAGING GORENG KICAP. Memang sedap sungguhlah menu begini. Kalau boleh gunakan daging segar dan muda. Jadi, sudah tentulah  lembut sahaja dagingnya apabila dimasak. Nanti Amie kongsikan resipinya di bawah.

Daging Goreng Kicap.


Hidangan tengahari Selasa:
  • Nasi Putih
  • Daging Goreng Kicap
  • Sup Ayam dengan Sawi
  • Kacang Buncis Tumis Sotong
  • Telur Dadar Gulung
  • Sambal Ikan Mackerel Tin
  • Sambal Belacan
  • Epal & Oren

Kacang Buncis Tumis dengan Sotong.



Sup Ayam dengan Sawi.

Sambal Ikan Mackerel Tin

Telur Dadar Gulung.

Firdaus asyik sebut telur gulung... telur gulung! Inilah hasilnya telur gulung untuk Firdaus. Apabila terjumpa makanan kesukaannya memang menambah dua tiga kali nasi dalam pinggannya. Selain telur dadar gulung, Firdaus berulang kali menambah kentang yang dimasak bersama Daging Goreng Kicap.

Epal & Oren.

Daging Goreng Kicap.


Jom cuba masak Daging Goreng Kicap yang sangat sedap ini. Dapat kuahnya pun dah cukup enak gaul dengan nasi!

Bahan-bahan:
  • 400  gram daging lembu bahagian peha  / batang pinang  - hiris tipis - perap dengan 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit selama 20 minit - goreng hingga garing - toskan
  • 3 biji kentang - kupas kulit , potong ikut saiz yang disukai - goreng hingga kuning keemasan - toskan
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • garam / gula / perasa pilihan - jika perlu
  • minyak untuk menggoreng
Bahan penumis:
  • 2 cm halia - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Cara:
  1. Panaskan 4 sudu besar minyak bekas gorengan daging lembu, dan goreng semua bahan penumis hingga terbit bau dan layu.
  2. Masukkan daging goreng dan kentang goreng.
  3. Tuangkan kicap lemak manis dan kicap pekat. Gaul rata.
  4. Taburkan lada putih. Jika kurang rasa, boleh taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  5. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

19 comments

  1. betul betul hd hee
    sedapp hingga menjilat jari
    nampak pun. tahu

    BalasPadam
  2. Betul itu saya pun suka daging masak kicap. Makan bertambah. Suka letak bersama kacang pis dan kentang.

    BalasPadam
  3. Masakan yg ringkas tp mampu mengundang selera malan bertambah2 amie..cantik telur dadar gulung tu.

    BalasPadam
  4. Kalau masak kicap makan bertambah2. Sedapppp

    BalasPadam
  5. Saya pun biasa buat paparan throwback je. Tak sempat kadang nak buat paparan hari yang sama. Hihi..
    Terasa rasa sedap daging masak kicap ni. Kalau guna daging fresh dan muda memang sedap! Telur gulung tu pernah cuba buat, menggunakan banyak telur juga nak cantik tebal macam tu. Agak ambil masa nak menggulung. Tapi sedap!

    BalasPadam
  6. Aduh menggiurkan semua menu akak, telur dadar gulung tu cantik sangat

    BalasPadam
  7. SA pun suka....tp hari ni SA buat sup daging...hehehe...esok la pi cari tetel kat pasar besar

    BalasPadam
  8. Confirm sehingga menjilat jari ni .

    BalasPadam
  9. Semuanya sedap2 tu...
    Sup ayam & sawi tu teringat arwah Mak. Sampai skrg tak pandai buat sup ayam macam tu :(

    BalasPadam
  10. Kecur air liur, daging kentang kicap memang tergoda..

    BalasPadam
  11. lauk cam ni mmg best. makan dgn nasi putih panas2 pun mmg win.

    BalasPadam
  12. Menariknya daging masak kicap tu . Seakan daging masak merah

    BalasPadam
  13. Dapat gaul nasi putih panas-panas....apa nak kata weiiii...swdapnya

    BalasPadam
  14. Memang sedap. Ratah gitu je selalunya. Hehe. Tak lunch lagi. Tadi heavy breakfast, so hold dulu

    BalasPadam
  15. Betul, saya pun suka makan daging goreng kicap ni, memang menambah la kalau makannnn.

    BalasPadam
  16. Lauk paling senang nak masak, tapi malasnya sy nak hiris daging, hihi

    BalasPadam
  17. sedapnya daging goreng kicap. teringat daging goreng kicap yg ayah syu slalu msk. trus rndu kg..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe