Sarapan Cempedak Goreng

10:49 PG

Selamat pagi semua. Hari ini Rabu 15 September 2021. Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan urusan akhirat. Urusan dunia diniatkan hanya kerana Allah dan mencari keredhaan-Nya semata-mata,  in syaa Allah akan menjadi jambatan penghubung menuju ke syurga-Nya. 

Sarapan apa pagi ini?
Kami sarapan cempedak goreng. Sudah dua hari hidu aroma cempedak dari dapur. Pagi ini baru berkesempatan untuk membuka buah cempedak ini. Seperti biasa, Amie goreng dengan menambahkan serbuk ENO dalam adunan. Jika suka hasil gorengan yang garing, gorenglah lama sedikit. Firdaus suka percikan tepung yang kecil-kecil. Dia kutip dan makan. Katanya itu kacang!


Cempedak Goreng.

Isi cempedak.

Pada mulanya rasa kecewa jugalah apabila kulit cempedak dibuka, hanya beberapa ulas saya yang kelihatan! Apabila dikeluarkan, dapatlah lebih kurang 15 ulas. Bolehlah tu. Daripada dapat dua tiga ulas!

Kulit cempedak & jerami.

Kulit cempedak dan jeraminya yang banyak ini nanti bolehlah Amie perap dengan garam. Mana tahu selepas ini teringin hendak olah kulit cempedak menjadi masak lemak cili padi pula! Apa sajalahnya kita berkreativiti dan berinovasi menghasilkan resipi sendiri.

Cempedak Goreng.

Banyak juga hasil cempedak goreng yang pada mulanya nampak hanya beberapa ulas sahaja! Makan bertiga pun masih berbaki lagi.



30 comments

  1. memang tk jemu2 mkn ni Amie, bkn pg je mlm pun kadang sy goreng
    selagi masih ada cempedak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Cik Nor.
      Ingakan beli sekali dua saja, tapi bila nampak longgokan cempedak nak beli juga.
      Setakat ini goreng sajalah.

      Padam
  2. Amiinn atas doanya...
    Wah,sedapnya cempedak goreng tu.Saya sah beli Eno tapi seperti biasa tiada Eno biru hanya ada Eno halia & lime..
    Sekarang ni banyak betul scamer yer..teh,cempedak,karipap🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gunakan ENO halia atau lime pun boleh. Tak ada rasa halia atau lime dalam gorengan tu. Sama saja dengan yang biru.

      Padam
  3. jiran sebelah rumah ni, tanahnya ada pokok cempedak buahnya melacak lacak dimakan tupai. kita dapat bau aje la...tuan tanahnya tak pernah nampak muka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki tupai tu.
      Kalau nampak jiran keluar, cepat-cepatlah minta sebiji dua dengan muka selamba hihihiii.

      Padam
  4. Menu minum petang semalam dana goreng cempedak juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Musim durian makan durian, musim cempedak makan cempedak ye Dana.

      Padam
  5. sedapnya cempedak goreng..cantik tepung gorengan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan. Saya hanya gunakan serbuk ENO untuk dapat gorengan yang rangup dan cantik... eheee masuk bakul angkat sendiri pulak!

      Padam
  6. ENO tu yg kita buat minum kalau kembung perut tu ke kak?

    BalasPadam
  7. Nampak rangup betul cempedak goreng . Bulat2 je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang rangup kalau goreng lama sikit, bagi dia garing.

      Padam
  8. Di rumah tidak habis lagi buah cempedak. Menunggu untuk dikopek dan digoreng. Alhamdulillah sementara banyak makanlah puas-puas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah habis musim durian, kita pulun pula buah cempedak heheee.

      Padam
  9. sedapnya cempedak..tk dpt lg merasa....biasa dgr minum ptg layan cempedak..ni sarapan..yummyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pagi boleh, petang pun boleh. Malam pun boleh kalau mahu hihihiii.

      Padam
  10. Tak merasa lagi Kak Amie cempedak tahun ni. Nak mencari lagi. Sedapnya...

    BalasPadam
  11. Kat tempat akak ni musim cempedak dh melabuh tirainya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo... lama dah musim durian di sana ye... di sini tengah meriah!

      Padam
  12. Wow!! meletop lah..hummm!! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meletup haaaa... pesta musim durian sekarang ni.

      Padam
  13. time musim sebelum ni..tiap2 hari makan cempedak grg kak amie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Shida.
      Nanti kalau cempedak dah bye bye semuanyatinggal kenangan.
      Baunya pun tak tinggal!

      Padam
  14. Cempedak goreng lagi. Banyak juga rezeki dapat tu kak Amie daripada 2 3 ulas je bak kak kata Kak Amie. Dan dapat juga dijadikan mandai. Ada ada je firdaus ni cakap kacang pulak. Agaknya rangup dia fikir kacang.

    BalasPadam
  15. Sedap makan cempedak goreng.. di utara dh nk habis musim buah

    BalasPadam
  16. SA pernah kecewa dengan cempedak beli kat kedai...ada 2 ulas jer isinya..sedangkan beli sebiji sampai 40 hengget...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe