Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Ayam
10:46 PGKulit cempedak yang fresh ini apabila ditumis, aduhai! Aromanya cukup menggoda. Tak sabar nak makan. Oleh kerana beberapa hari lepas tak sempat makan SAMBAL GORENG KULIT CEMPEDAK DENGAN PETAI & IKAN MASIN, jadi kali ini Amie buat Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Ayam pula.
Kulit cempedak bersama jeraminya yang masih segar dan manis akan menghasilkan warna gelap berkaramel apabila digoreng. Apabila terhidang Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Ayam, memang rasa nak ratah-ratah sahaja.
Huurrmmm... selagi ada cempedak memang itu sajalah yang diolah! Nanti cempedak sudah ucapkan selamat tinggal, kena tunggu lagilah pada musim seterusnya.
Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Ayam & Nasi Goreng |
Nasi Goreng |
Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Ayam. |
- 2 cawan kulit cempedak yang sudah dikupas / dibersihkan - potong ikut saiz yang disukai - gaul dengan sedikit garam - bilas -toskan
- 2 cawan daging ayam - cincang kecil
- 3 sudu besar cili kering kisar
- 10 tangkai cili padi hijau - cincang
- 3 ulas bawang putih - hiris
- 3 biji bawang merah - hiris
- 1 labu bawang besar
- minyak secukupnya
- garam / gula / perasa pilihan
- Panaskan minyak. Goreng kulit cempedak seketika. Angkat dan toskan.
- Goreng daging ayam cincang hingga masak. Angkat dan toskan.
- Tinggalkan 4 sudu besar minyak di dalam kuali.
- Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
- Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga terbit minyak.
- Kemudian masukkan kulit cempedak, daging ayam , hirisan cili padi dan bawang besar.
- Taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
17 comments
Kulit buah cempedak pun boleh makan ke? Tak tahu pun.. Biasa makan biji cempedak saja.
BalasPadamYa boleh makan. Sekarang dah tahu hehehee.
Padamsedapnya..manis2 pedas..
BalasPadamSedap. Kenyal-kenyal lembut lagi.
PadamTak pernah makan lagi sambal kulit cempedak.
BalasPadamTeringin jugak nak mencubanya
Kalau ada cempedak bolehlah kupas kulitnya. Boleh cuba olah.
PadamTengok pun dah boleh agak sedap tu...
BalasPadamAda petai pulak...
Kulit cempedak jumpa petai, dua-duanya kawan baik dalam satu kunyahan!
Padamsedap tu kak, suka tengok nasi goreng jagung akak tu... tu kalau dana masak gitu mau Aiyan nangis nak asingkan jagung tu heheheh...
BalasPadamKalau kt rumah saya,nasi grg apa pun memang laris..
BalasPadamsedap pula tgk nasi goreng kak amie..buh jagung..xpernah lg buat gitu hehee
BalasPadammenarik betul sambal goreng kulit cempedak
BalasPadamKulit cempedak memang sedap.
BalasPadamTeringat saya masa kat Malaysia, walaupun bukan mahir sgt buat mandai tapi sedap juga lah rupa2nya..walaupun derhaka resepi (org rendam lama tapi saya kurangkan masa.. hihi).
Nampak sedap ni Kak Amie. Baiklah, nanti saya cuba buat guna kulit buah cempedak fresh macam kak Amie. Nak menjeruk macam kurang rajin pulak. Nanti saya tiruvasi resipi kak Amie ni ye. Terima kasih kak Amie :)
BalasPadamMcm mana ye rasa kulit cempedak tu mesti chewy2 kan
BalasPadamlepas musim cempedak musim apa pulak ye? seronok tengok kak Amie mengolah resepi
BalasPadamtak pernah mkn kulit cempedak, tp klau msk mcm kak amie ni mesti sedap kan..
BalasPadam