Pastil & Air Lada
10:05 PGJumpa lagi di pagi Khamis yang mendung. Suhu 26'C. Waktu Subuh pagi tadi tepat pukul 4:52 pagi. Selesai solat Amie bersama Encik Suami turun ke pasar. Cari sayur dan buah. Kemudian beli makaaan untuk sarapan pagi.
Pagi ini kami sarapan makanan tradisi Bajau dan Bugis. Kami beli pastil Pastil ialah sejenis makanan masyarakat Bajau dan Suluk yang sangat terkenal di Lahad Datu dan beberapa daerah lain di Sabah.
Pastil & Air Lada |
Pastil. |
Bentuk pastil tidak ubah seperti karipap tetapi intinya jauh berbeza. Kalau karipap kita inti kentang, pastil inti bihun sama ada bihun putih atau bihun berkicap. Bihun digoreng kosong tanpa sayur. Pastil dinikmati bersama air lada. Air lada diperbuat daripada bawang putih dan cili padi tumbuk, tambah cuka, garam dan gula. Boleh tambah kicap jika suka.
Air Lada. |
Pastil. |
Sarapan pagi Khamis:
- Pastil
- Buras
- Ayam Palekko
- Pulut Panggang Bugis
- Serondeng Kelapa Ikan Bilis
- Air Halia
Pulut Panggang @ Kecolle |
13 comments
rare sungguh makanan ni. ku sangkakan karipap..
BalasPadamdana biasa nampak ni di you tube mukbang dari indonesia pastil ni kak, intinya bukan kentang tapi bihun dan pelbagai lagi...
BalasPadamsedapnya pulut tu makan dengan serunding kelapa tu kak oi
Terliur tengok ayam Palekko tu, tapi perut saya tak tahan pedas, tak bolehla buat breakfast. terkejut pagi-pagi. teringin nak cuba Pastil
BalasPadamDulu kecoh kt fb karipap berinti bihun..ramai penguna dr sabah dok xplain mmg mcm tu intinya pastil
BalasPadamPernah nampak tapi tak tahu pulak namanya Pastil. Sedap cara makan macam tu. Saya makan popia tu macam tu jugak. Tak pandai nak cicah. tuangkan sos dalamnya baru nikmat makan. Betul betul suka Firdaus makan sampai 6 biji tu. Dah jemu agaknya hilang fokus. Main dengan kucing lagi seronok :)
BalasPadamPernah dengar kata karipap sabah intinya mihun.Rupanya nama pastil bukan karipap.Macam kat Kedah ada kuih memang tak tumpah macam karipap.Intinya kelapas pedas bacam.inti pulut udang namanya spera.
BalasPadamTapi pasti tu nampak kulit dia nipis cantik & pastinya rangup.Kalau ada resipi share la cikgu...teringin nak cuba
Makanan lebih kurang macam Semenanjung Malaysia tapi olahan berbeza.
BalasPadampertama kali dengar pastil rupanya anak beranak karipap
BalasPadamooo kisahnya...pastil ni intinya bihun..SA x pernah rasa lagi
BalasPadamOhhhhh inti yang berbeza, kira macam makan karipap dengan bihun jugak la hehehe, kulit luar macam kulit karipap, inti dalam bihunn. Nampak sedappp!
BalasPadamburas saja yang pernah saya makan kak...yang lain tu rare sangat.
BalasPadamDari satu gambar ke satu gambar, makin terliur saya dibuatnya. Paling tergoda tengok serondeng. Saya pernah makan pastil tu kak tetapi baru tahu namanya pastil. Selama ini panggil karipap bihun je.
BalasPadamsedap nmpk ayam palekko tu.
BalasPadam