Jom Makan Sate!

by - 4:32 PTG

Berfikir sejenak untuk tulis tajuk entri kali ini.
Teringat ajakan kawan-kawan : Kupi kupi dulu bah. Maksudnya : Mari minum kopi.
Amie nak ajak kawan-kawan maya makan sate : Jom menyate! Macam tak sesuai pula sebab dalam Kamus Dewan menyate bermaksud membuat sate. Lari pula tujuan asal nak ajak makan sate tiba-tiba suruh buat sate pulak.... ahaks!

Jom sate-sate...... lain macam bunyinya.

Jom makan sate!

Sate Ayam & The Gang


Kalau kita pergi ke 10 buah warung sate, sudah tentulah saiz dan rasanya berbeza. Kecuali kalau pergi ke cawangan jualan sate. Kali ini Encik Suami beli sate di gerai taman sebelah setelah berkunjung ke tiga  buah warung tempat kami biasa beli. Ketiga-tiga warung itu pula tidak beroperasi. Apa pun terima kasih atas usaha Encik Suami memenuhi permintaan mencari sate untuk kita. Kesian dia, tentu penat memandu ke sana dan ke sini.

Sampai di rumah, katanya: Kecik-kecil pula satenya.
Kita tanya : Berapa harga secucuk?
80 sen, jawab Encik Suami.
Kita jawab: Memanglah beza. Biasanya kita beli RM1 secucuk. Alaaaa.... beza sikit jew. Yang penting dapat makan sate... hehehehee.

Jom makan sate.

You May Also Like

27 ulasan

  1. Sedapnya makan sate. Agak lama jugak tak menjamu sate. Kadang rasa teringin baru menyebut. Alhamdulillah dapat jugak Kak Amie makan sate, syukur encik suami tunaikan :)
    Lengkap timun, bawang dengan nasi impit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Kak Amie pun macam lama tak makan sate. Tiba-tiba teringin nak makan.
      Encik Suami pantang dengar kalau kita nak makan sesuatu. Itu yang usaha sampai 4 penjuru dia cari.

      Padam
  2. Harga makin mahal.. Sate makin kecil. Ada juga kedai yg jual 1.20 secucuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kalau saiz besar harga RM1.20 kira ok juga kan.

      Padam
  3. Kak Amie, sy baru habiskan sate 6 cucuk beli kat Pontian hari tu ๐Ÿ˜‚

    Kalau menyate tu maksudnya membuat sate, jadi mengopi tu? Membuat kopikah??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mengopi maksudnya minum kopi. Mengopi ialah bahasa percakapan (bahasa hari-hari).

      Padam
  4. Tengok time petang rasa ngidam terus...sedapnya kak

    BalasPadam
  5. Saya tengah mengidam sate ni Kak Amie haha...

    BalasPadam
  6. Akak suka satay daging...
    Makan satay ni banyak dipengaruhi oleh kuahnya kan..sedap kuahnya boleh la telan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya selalu jumpa sate di LD & Tawau yang cukup rasa, tak payah celup kuah pun dah rasa sedap.... untung penjual sate kalau dapat pelanggan tolak kuah hahahaaaa.

      Padam
  7. Mak saya suka sangat sate.
    Saya kurang sedikit sebab cepat muak.
    Hehe bagus suami Puan Amie mencari sate serata tempat.

    BalasPadam
  8. Wak tak suka sate ayam
    Kalau beli sate cari yang daging lembu atau kambing

    BalasPadam
  9. Dah lama tak makan sate. Sampai tak ingat bila kali terakhir makan sate ๐Ÿ˜…

    BalasPadam
  10. Salam ziarah..sesakli makan best tu

    BalasPadam
  11. Baca tajuk dia ..ingatkan cikgu buat sendiri๐Ÿคญ
    Saya suka sate daging...Tapi kebanyakan. penjual buat sate ayam jak..

    BalasPadam
  12. Sedap la sate huhu.. teringin.
    TEringat 3 tahun lepas ada beli sate di pasar Kulim, 20 sen secucuk kalau tak silap.. memang comel-comel. Tapi beli gak sebab rasa... ehhhh... murahlah. Ni kalau balik kampung sana tak tau ada lagi tak peniaga yang jual sate 20 sen.

    BalasPadam
  13. sejak2 PKP ni dah lama tak makan sate..

    BalasPadam
  14. Macam di Johor juga sarapan sate. Lahad Datu pun sama juga ye

    BalasPadam
  15. sedapnya sate.. dah lama tak mkn..

    BalasPadam
  16. Kalau kat Melaka boleh cari Sate Hajjah Mak Nani. Area Cheng. Sedap!!

    BalasPadam
  17. SA baru lepas makan satay...Sabtu lepas...masa bday Dania....beli sampai 3 jenis..kambing, daging lembu ngan ayam...yang laku dan habis licin satay kambing

    BalasPadam
  18. 2 hari lepas baru saya mkn sate juga kak amie..tp malangnya kuahnya dah xsesedap dlu..sedih..mkn huhuu

    BalasPadam
  19. Alahaiiii my peberet. Kalau kat muo suka satay perut....semua satay saya suka.

    BalasPadam
  20. Orang kita suka singkat2.. ngopi, ngeteh and turn out nyate... ahahaha

    BalasPadam