Bubur Candil Durian

12:58 PTG

Bubur candil memang sedap!
Tambah sedap kalau tambahkan pelbagai bahan tambahan mengikut selera.
Zaman dahulu kalau nak makan bubur candil kena tunggu bulan puasa. Waktu itu segala bubur dan pengat semua keluar! Seronok sangat kalau bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga. Kalau disebut pengat atau bubur memang pelbagai jenis ada. Biasanya kami akan bertukar-tukar juadah seperti pengat pisang, pengat ubi, pengat keladi, pengat sukun dan pengat labu. Bubur pula termasuklah bubur candil dan bubur som som! Kadang-kadang pada hari yang sama jiran-jiran pun buat juadah yang sama. Tidak jadi masalah. Kita pun balas hidangan yang sama juga. Misalnya di rumah kita buat bubur som som, jiran pula hantar bubur som som juga. Kita pun balas dengan bubur som som dari dapur kita pula.

Meriah kan?

Kali ini, kita cerita tentang Bubur Candil Durian pula. Walau pun semuanya sudah masuk peerut dan tinggal kenangan tetapi apabila merenung gambarnya rasa teringin pula untuk mengulang makan. Apakan daya.... Bubur Candil Durian dah wassalam (kata SK kihkihkihhh).


Bubur Candil Durian


Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan isi durian
  • 10 ulas durian
  • sedikit air - jika perlu untuk menguli
  • 1/2 cawan sagu biji - bilas dan toskan
  • 1 tin jagung krim
  • sedikit pewarna kuning oren dan merah jambu
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 liter air untuk merebus
  • 2 liter air untuk merendam bebola candil

Bahan kuah:

  • 1 cawan santan pekat + 3 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan - siat dan simpul

Cara:
  1. Campurkan tepung pulut, isi durian serta garam ke dalam sebuah bekas.
  2. Uli bahan menjadi doh yang lembut sehingga tidak melekat di tangan. (Tambahkan sedikit air sekiranya tidak menjadi doh. Amie tidak tambah air kerana isi durian sudah cukup untuk sebatikan tepung pulut).
  3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. 1 bahagian titikkan pewarna hijau epal dan satu lagi pewarna kuning telur. Satu bahagian lagi titiskan pewarna merah jambu.
  4. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang disukai.
  5. Didihkan air sehingga menggelegak dan masukkan bebola candil ke dalam periuk.
  6. Apabila bebola candil timbul, bolehlah angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam air sejuk supaya tidak melekat di antara satu sama lain.
  7. Untuk kuah candil, masukkan santan ke dalam periuk diikuti dengan durian, sagu biji, jagung krim, gula pasir, garam dan daun pandan.
  8. Kacau sehingga gula pasir larut, dan sagu biji menjadi jernih.
  9. Kemudian masukkan bebola candil.
  10. Kacau lagi sehingga kuah mula mendidih, dan terus padamkan api dapur.

Bubur Candil Durian



19 comments

  1. Mmmm....sedap ni...dengan aroma duriannya...pernah buat tapi versi plain putih...tak terfikir pula nak colourfull kan dia...Nanti boleh try...hihihi

    BalasPadam
  2. bulan puasa sekarang dah takde dah tradisi bertukar juadah ni. Mungkin sebab orang2 lama dah takde, dan org2 muda malu nak pi hantar juadah rumah jiran tetangga. Hehehe...

    dah ade resepi bubur candil ni nanti bole lah saya cube. InsyaAlllah kalau rajin lah

    BalasPadam
  3. Kelihatan rupa makanan ni ( bubbur) memang sedap segar nak makan...

    BalasPadam
  4. Seronok aktiviti tukar tukar hidangan. Sekarang dah tak rasa macam tu dah.
    Bahaya tenung gambar, memang mengundang rasa teringin. Tambah lagi durian susah nak dapat.

    BalasPadam
  5. Teringin nak makan bubur/pengat tapi itulah, takde geng. Malas pula nak membuatnya
    Jamu mata sajalah nampaknya hihi..

    BalasPadam
  6. selamat menjamu selera, dan selamat mencuba pada yang datang ke sini mencari resepi

    BalasPadam
  7. Rindunya bila Amie mengimbau kenangan bertukar2 juadah dibln puasa...meriah dan seronok sgt kan ..masak 1 atau 2 jenis ja juadah tp bila berbuka bertambah2 juadahnya..

    BalasPadam
  8. Tidak pernah buat sendiri candil ni, tau makan aje. Sedap betul tu kak Amie kalau teringat-ingat

    BalasPadam
  9. Cun sangat Bubur Candil Durian Kak Amie. Masa kecik-kecik dulu, ibu selalu jugak buat bubur ni petang-petang. Berkeliling la kami tengok ibu menggentel tepung, budak-budak dia tak bagi tolong, tengok jer boleh. Kadang, dia bagi secubit tepung suruh main jauh2 😆😆

    BalasPadam
  10. sedap melayan candil yang kenyal lembut di lawankan dengan durian memang ngam la kak

    BalasPadam
  11. bubur candil 1st time dgr..tkpernh mkn

    BalasPadam
  12. Tak pernah rasa bubur candil durian

    BalasPadam
  13. Hehe rasa pelik pula bagi juadah sama. Tapi kalau sudah biasa cara begitu tidak apa.

    BalasPadam
  14. Bagai terasa terasa di tekak la...nampak sedap betul tu

    BalasPadam
  15. adoiii kakak, mau menitik ayaq liok tengok bubur ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe