Kiriman Hadiah Teka Bunga Daripada Blogger Mama Sara Nur

7:25 PTG

Alhamdulillah. Rezeki datang lagi! Petang kelmarin dapat latu lagi kiriman. Datangnya dari Kuala Lumpur,  Blogger MAMA SARA NUR . Pada 26 Ogos 2021 lepas, Mama Sara Nur buat teka teki. Teka nama bunga. Amie sampai ke rumah Mama Sara Nur pada 27 Ogos 2021. Ramai juga yang sudah memberikan jawapan tapi Mama Sara Nur kata, cuba lagi. Maknanya jawapan tidak tepat.

Mama Sara Nur paparkan sekeping gambar seperti di bawah ini:

                                           

Soalan Mama Sara Nur:

Bunga apakah ini?
Pokok jenis memanjat, buahnya sedap. digoreng tumis, masak lemak dan juga dicelur wat ulam.

Amie cuba jawab : Bunga peria.

Yeayyyy! Betul!

Kata Mama Sara Nur, jawapan yang betul akan dikirim hadiah khas.

Jom kita buka bungkusan kiriman daripada Mama Sara Nur.

Taraaaaaa.........!

                                   
Mama Sara Nur kirimkan sebuah beg sulam sandang tepi dan sehelai printed shawl!



Cantik sungguh beg sulam sandang tepi warna biru lembut ini. Sulaman bunganya warna pastel. Ruang di dalamnya agak besar. Boleh muat macam-macam keperluan untuk dibawa berjalan seperti telekung, toiletries, alat make-up, mineral water, buku dan lain-lain. Hahaa... itulah sebenarnya peralatan yang Amie selalu bawa kalau berjalan. Memang tak pernah tinggal buku. Sekurang-kurangnya buku nota atau bahan bacaan seperti novel dan buku resipi.


Printed shawl ini sangat lembut, rasa sejuk dan warnanya sangat menawan! Nampak sedondon dengan beg sulam sandang tepi. Sukanya Amie dapat dua-dua hadiah ini. Tak sabar untuk menggayakannya... ahaks!


Tak sangka pula teka nama bunga akan dapat hadiah yang begini istimewa. Terima kasih Mama Sara Nur sayang! Terima kasih daun keladi. Mmmuaaahh....mmmuaahhh!
Moga Mama Sara Nur sentiasa sihat di samping keluarga tersayang. Mudah-mudahan terus berlipat ganda dengan pelbagai rezeki anugerah daripada-Nya. In shaa Allah.

Kepada yang belum pernah berkunjung ke rumah Mama Sara Nur, Amie bukakan jalan menuju ke rumahnya di sini: MAMA SARA NUR. Rumah Mama Sara Nur sentiasa tenang dan santai-santai saja. Jom lepak di sana!

40 comments

  1. Wah,seronoknya kat Aamie dapat hadiah dari Semenanjung...cantik betul bag dan printed shawl tu...nanti kak amie dah gayakan OOTD kat sini ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan SA. In syaa Allah ada masa yang sesuai nanti boleh digayakan.

      Padam
  2. Cantikkk beg tuuu, warna dia cantikkk! Tahniah kak amie, rezeki tak pernah salah alamat kan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Atiqah. Memang lawa. Hati pun ikut berbunga.bunga.

      Padam
  3. Nampak gerang warna beg itu.
    Selamat mrnggunakan. Boleh gilir-gilir pakai dengan beg Puan Notice beri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik-cantik begnya. Sayang nak pakai hihihiii.

      Padam
  4. Wahhh bln ni Amie dah dpt 2 beg kan..tahniah..tumpang hepi .

    BalasPadam
  5. wahhh. congrats Amie. cantik bag tu.

    BalasPadam
  6. trademark kak amie, beg mesti gantung kat pokok. hehehe

    anyways.. tahniah berjaya tekan bunga apa, saya pon tak tau itu bunga apa. macam pernah tengok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... tak perlu cari prop set lagi Afeezz. Daun dan batang pokok dah cukup sebagai tempat penyangkut.

      Padam
  7. nampak bunga tu sah bunga tanaman peria..tahniah ya dapat hadiah

    BalasPadam
  8. Wah…banyak dah koleksi beg Amie dari kawan blogger. Tahniah 👏🏽

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ujie. Dari Ujie pun ada hheheeee.

      Padam
  9. alhamdulillah ♥️
    tqqq Amie
    hadiah yg tak seberapa, yg penting ikatan. ukhwah terjalin. kan.
    terimakasih byk2 jalinkan persahabatan. di alam. maya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Tq kembali Mama Sara Nur.
      Saya sangat menghargainya. Cantik beg dan printed shawl tu.Tak sabar nak pakai.
      In syaa Allah. Mudah-mudahan ukhuwah terus terjalin berpanjangan.

      Padam
  10. Tahniah Kak Amie...lawa bag dengan shawl tu, bunga peria memang cantik nak-nak waktu pagi sedang berkembang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga peria memang cantik. Daun hijau bunga kuning kombinasi yang menarik.

      Padam
  11. Hebat Kak Amie teka nama bunga tu. Tahniah kak Amie dapat hadiah juga. cantik beg dan printed Shawl. Boleh lah bergaya dengan beg dan shawl baru :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat bunga peria di kebun waktu kecil-kecil dulu. Betul pula jawapannya.
      Terima kasih Fizah. In syaa Allah, jalan-jalan nanti bolehlah bergaya dengan beg dan printed shawl itu.

      Padam
  12. Alhamdulillah rezeki, Pandai sis tahu nama bunga sayur pula tu.. cantik beg dan shawl, menyerlah nanti, buku resepi dalam bag, patutlah pakar. Tahniah sis Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya dari dulu sudah terbiasa baca apa-apa sahaja bahan bacaan kalau berjalan. Boleh baca sambil tunggu bas, dalam kereta atau dalam kapal terbang. Kalau tak bawa sebarang buku rasa macam satu kekurangan pua.

      Padam
  13. cantiknya beg n shwl hadia tahniah amie

    BalasPadam
  14. Tahniah, Kak Amie! Cantik-cantik hadiah yang diterima :)

    BalasPadam
  15. Pandai kak Amie. Kalau saya memang tak tahulah tu bunga apa. Tak sangka bunga peria cantik rupanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya lupa-lupa ingat bunga peria tu. Cuba-cuba teka, betull pula.

      Padam
  16. wahhh cantiknya kak.... berbunga-bunga hati nengok beg dan tudung yg cantik tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheee... memang penuh dah bunga dalam hati sampai tak cukup ruang.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe