Nasi Ambeng & Pegedil Kentang

9:00 PTG

Tiba-tiba teringin makan Nasi Ambeng! Siang tadi masaklah lauk yang ringkas-ringkas dan mudah. Firdaus pula sibuk nak buat pegedil kentang. jadi, selepas goreng kentang, Amie serahkan kepadanya kerja-kerja tumbuk bahan dan membentuk pegedil.

Memang terubatlah rindu nak makan Nasi Ambeng versi simple dimple! Teringat zaman dahulu, sedap sangat makan Nasi Ambeng yang arwah Ayahanda bawa dari tempat kenduri. Wangi sungguh aromanya apabila nasi putih bertemu dengan serunding kelapa dan lauk ayam goreng bungkus dalam daun pisang. Kini semuanya hanya tinggal kenangan.

Orang kampung kami sediakan lauk-pauk Nasi Ambeng ikut kemampuan. Kalau tak ada ayam (dahulu sembelih ayam kampung), mereka gantikan ikan seperti ikan baguk masak kicap atau dipanggil masak semur. Kalau yang berkemampuan, Nasi Ambeng mereka gunakan nasi minyak, dengan lauk -pauk yang mewah seperti ayam daging dan juga daging lembu, serta sambal goreng dan juga acar mentah. Kalau arwah Ayahanda bawa pulang nasi berkat begini, memang rasa macam makan di syurga. Kalau boleh tak mahu cuci tangan, sebab nak hidu bau nasi berkat yang sangat sedap itu!


Nasi Ambeng:

  • Nasi Putih
  • Ayam Goreng
  • Sambal Goreng Jawa
  • Serunding Kelapa
  • Mee Goreng
  • Pegedil Kentang

Sewaktu Firdaus menyiapkan kerja membentukp pegedil, tiba-tiba dia berteriak.
Mommy!
Daus minta maaf!
Sudu Mommy patah!
Tapi Daus masih boleh gunakan.

Firdaus ganakan sudu sukatan masakan untuk mengaut kentang dan membentuk pegedil. Agaknya kuat sangat menekan di tapak tangannya sampai patah pula sudu itu. 

Pegedil Kentang.

Ini hasil pegedil kentang yang sudah digoreng. Amie gunaan 1 kilogram kentang. Firdaus tak mahu makan nasi. Budak kecil itu hanya makan pegedil kentang saja. Memang itulah salah satu makanan kegemarannya!

Sebelum ini Amie banyak kongsikan resipi pegedil kentang. Antaranya ada di sini: CARA MUDAH & CEPAT MEMBUAT BEGEDIL KENTANG DENGAN MENGGUNAKAN SUDU SUKATAN MASAKAN


Amie kongsikan gambar-gambar dalam entri lalu. Dengan menggunakan sudu sukatan masakan, memang cepatlah kerja membentuk pegedil kentang yang comel-comel ini siap. Boleh pilih saiz sudu yang dikehendaki. Hari ini Firdaus gunakan sudu paling besar (15ml). Gambar di bawah Firdaus gunakan sudu kedua (7.5ml).


Montel betul tangan budak ini kan. Ini gambar tahun 2019.





Gambar atas: Hasil pegedil kentang Firdaus tahun 2019.
Gambar bawah: Hasil pegedil kentang Firdaus hari ini.





Bolehlah bubuh pegedil kentang dalam Nasi Ambeng buat tambah-tambah lauk!

20 comments

  1. Sedap ya nasi ambeng. baru makan minggu lepas. rasa macam nak order lagi sekali lepas tgok post ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput Faiz. Kak Amie teringat keenakan nasi ambeng dulu-dulu.

      Padam
  2. Memang rindu nasi ambeng dulu dulu. Sedap kalau dapat yang betul betul original nasi ambeng. saya dah beberapa kali beli nasi ambeng tak menepati KPI nasi ambeng sebenar. Lepas tu give up nak membeli nasi ambeng ni. Takut tertipu lagi. Harganya bukan biasa biasa sebab segala lauk pauk dan hidangan sampingan ada. Portion nasi ambeng ni besar. Kena makan berdua.

    Nasi ambeng kak Amie ni menyelerakan betullah. Letak pulak tu atas daun pisang. Barulah feel makan nasi ambeng.
    Haha..jari Firdaus boleh geng dengan jari saya. Jenis montel montel. Tapi comel..nak jugak.
    Elok elok hasil kerja tangan Firdaus buat pegedil. Asal buat pegedil, firdaus lah tukang pembentuknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Fizah.
      Kalau balik kampung selalu juga beli nasi ambeng di pasar malam. Memang ada beza dengan nasi ambeng kenduri hasil rewang orang kampung.
      Budak kecil itu memang tak boleh duduk diam. Ada sahaja kerja-kerja dapur dia nak buat. Elok jugalah sebab dia rajin teroka dunia masakan.

      Padam
    2. Itulah tu, susah nak dapat yang betul betul authentic. Bagus sangat dia explore dunia masakan. Nanti taklah kekok dan boleh masak sendiri bila lapar dah besar nanti macam abng farid.

      Padam
  3. Haah cantik sama bentuk buat rupanya pakai penyukat.
    Ya Allah saya suka komponen dalam nasi ambeng. Boleh makan banyak dibuatnya. Puas betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu Firdaus menangis sebab tak boleh bentuk pegedil guna tangan. Lepas tu timbulidea guna sudu sukatan. Haaa... sampai sekarang memang bagi pada dia sajalah kalau nak bentuk pegedil.

      Padam
  4. Kegemaran saya dua-dua ni.. Nasi ambeng dan bergedil..

    BalasPadam
  5. cantik kejadian bergedil yg firdaus buat tu.

    nasi ambeng paling sedap saya pernah makan masa pergi kenduri kat muar, johor. mmg asli orang jawa yang masak. sampai sekarang x ternah jumpe nasi ambeng yang sedap macam tu

    BalasPadam
  6. cantik kejadian Pegedil yang dibentuk Firdaus. Seronok dia makan hasil air tangan sendiri

    BalasPadam
  7. 1st time makan nasi ambang masa trip universiti ke batu pahat. Tu pun dah tak ingat rasanya macam mana. Cuma ingat macam dalam dulang saja. Hehe bestnya kalau berpeluang makan lagi.

    Cute jee firdaus. Excited buat pegedil smpai patah sudu mommy hehe. Takpe yang penting effort tu ada. Good job!

    BalasPadam
  8. Seumur hidup saya ni baru sekali beli dan rasa nasi ambeng..
    Wahh rajin daus buat pergedil ya...comel2 bentuknya

    BalasPadam
  9. pandai firdaus bentuk pegedil comel ja

    BalasPadam
  10. Baca cerita Kak Amie, sy pun terkenang nasi berkat dalam bungkusan daun pisang. Ahhh.. rindunya. Masak sendiri, boleh makan puas2, skrg pun puas makan nasi ambeng yang dibeli sebungkus seorang tapi nikmatnya tak sama dengan nasi berkat itu 😅

    BalasPadam
  11. Suka...suka...
    Saya suka Nasi Ambeng...
    Baru semalam dok teragak nak masak serondeng..Tapi teragak sahaja.Buatnya tidakm.hihihi

    Takpa Daus,
    Sudu patah suruh baba beli baru ganti kat mommy..Kenangan tu lagi mahal kan...

    BalasPadam
  12. sedapnya nmpk nasi ambeng ni.
    pegedil pon nmpk sedap.. tiba2 rasa mcm nk buat pegedil..

    BalasPadam
  13. aduh-aduh comelnya perkedil kentang akak tu...

    sedapnya nengok nasi ambeng tu kak oi.... aduh lama tak masak dan makan nasi ambeng

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe