Bihun Goreng 12 Sudu Teh Gula

11:20 PG

Selamat berhujung minggu. Moga ceria-ceria sahaja sepanjang hari ini.

Kelmarin jalan-jalan ke selatan tanah air. Singgah jamu selera di dapur SERI KANDI DI TANAH JAUHAR. Dihidangkannya  resipi yang sedang viral  : BIHUN VIRAL 12 ST GULA. Kata SK, dia teruja nak masak setelah membaca entri masakan PUAN HAZEL

Sebelum ini selalu juga Amie nampak resipi ini lalu lalang di FB, tapi Amie pandang saja. Belum bersedia untuk masak di dapur sendiri. Kata SK, bihun itu seakan-akan rasa bihun air tangan ibu mentuanya. Wah! Kalau begitu, baiklah Amie cuba masak. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

 Eh! Orang KL (Mama Cella) dah cuba cuba masak belum bihun viral ini? Kalau Mama Cella buat entri bihun viral ini tambah meriahlah dapur dengan celotehnya yang sangat menghiburkan itu.

Taraaaaa.....!

Inilah hasil Bihun Goreng 12 Sudu Teh Gula.


Bihun Goreng 12 Sudu Teh Gula


Nampak biasa sahaja, dan kosong tanpa pelbagai aksesori. Belum cuba makan belum tahu rasanya ya. Memang nampak kosong, tapi CUKUP RASA! Tidak pula rasa manis, tapi rasa sangat seimbang dengan pelbagai bahan yang terkandung di dalamnya. Bayangkan ada udang kering, ditambah belacan pula. Yang menariknya sebab ditambah serbuk kunyit dan juga asam jawa!

Dapat bayangkan tak macamana rasanya?

Terlebih dahulu Amie ucapkan ribuan terima kasih kepada tuan punya asal resipi bihun viral ini iaitu Encik Mohd Syukur. Mudah-mudahan murah rezeki beliau kerana sudi kongsi menu yang sangat sedap ini. Nanti Amie kongsikan resipinya di bawah.


Menu sarapan di pagi minggu:
  • Bihun Goreng 12 Sudu Teh Gula
  • Nasi Goreng Ikan Masin
  • Cempedak Goreng ENO
  • Teh Putik Bunga Ros

Nasi Goreng Ikan Masin Cili Padi.

Selain Bihun Goreng 12 Sudu Teh Gula, Amie goreng nasi. Firdaus minta nasi goreng bubuh cili padi. Amie tambahkan ikan masin tumbuk dan hirisan kacang panjang dalan nasi goreng. Pagi ini menu agak berat sebab Amie perlu siapkan kerja. Kalau tak sempat masak tengahari, bolehlah ulang makan lebihan sarapan pagi.

Cempedak Goreng ENO.

Cempedak goreng ini Amie tambahkan serbuk ENO dalam adunan. Oh! Tiba-tiba teringat Mama Cella pernah kata susah nak jumpa ENO paket warna biru. Mama Cella banyak kali jumpa ENO halia dan orange saja. Sebenarnya gunakan ENO halia pun tak jadi masalah. Tak ada beza rasa dengan ENO paket biru.

Teh Putik Ros.



Amie kongsikan resipi Bihun Goreng 12 Sudu Teh Gula. Amie tidak beritahu Encik Suami adanya penambahan bahan (lain dari masakan bihun sebelum ini). Amie cuma tanya: Okey tak rasa bihun goreng ini. Encik Suami kata ; Ok. Firdaus pula tiga empat kali menambah sampai Encik Suami tegur: Adik makan banyak sangat!

Amie tambahkan bahan seperti 4 sudu besar minyak (tidak tercatat dalam resipi viral).

Bahan-bahan:

  • 1 paket bihun - rendam dengan air biasa sehingga lembut - toskan
  • 1 paket kecil udang kering - bilas & toskan (Amie gunakan 2 sudu besar udang kering)
  • 4 sudu besar minyak
  • 2 sudu teh MSG - ajinomoto - ratakan
Bahan kisar:
  • 3 biji bawang merah Rose
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 1/2 sudu kecil belacan bakar
  • asam jawa sebesar duit 20 sen
  • 12 sudu teh gula - ratakan
  • 7 X 1/2 sudu teh garam - ratakan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan goreng udang kering  seketika.
  2. Tuangkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit aroma.
  3. Perlahankan api dapur. Taburkan MSG. Terus tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan bihun.
  5. Gaul rata. Jika perlu tambahkan sedikit air. 
  6. Untuk mengetahui bihun goreng sudah masak, akan kelihatan asap di permukaan bihun.
  7. Gaul lagi beberapa kali dan padamkan api dapur.

22 comments

  1. Ingatkan manis sebab 12 sudu teh gula. Tapi ikut portion dan seimbang semua rasa ada ok la.
    Sedapnya nasi goreng Firdaus tu.

    BalasPadam
  2. Alamak...
    Camana ni...?depa dah pakat masak mihun viral 12 sudu gula..Saya belum lagi ni....
    Kalau buat untuk dinner malam ni ok dak?
    Kena cari sudu KFC dulu la cikgu .takut salah sukat satgi jadi pengat pula..hihihi...
    Bahan lain dah ada ni...
    Kalau masak kita hupdate..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... pengat bihun viral pulak nanti Mama Cella.

      Padam
  3. viral resepi bihun goreng ni. dgr mcm byk gula, tp rasa dia balance ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang macam rasa bihun tak bubuh gula pula.

      Padam
  4. Memang bihun ni tgh hot sekarang..tp akak belum cuba lagi..nampak senang ja buatnya kan..bahan2 pun tak banyak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tak banyak bahan tapi kena bermain dengan bahan-bahan perasa yang pelbagai.

      Padam
  5. Sedap tu ada udang kering, saya cari gula, maaf tak nampak pula hehe.. Tentu sedap firdaus menambah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh! Rupanya saya terdelete gula waktu kemas kini resipi. Terima kasih banyak sebab tak jumpa gula. Sekarang saya sudah 'bubuh' gula dalam resipi heheheee.

      Padam
  6. Belum cuba lagi resipi viral ni. Teringin nak cuba nanti. Rare betul bahan bahan dia ada belacan, serbuk kunyit dan asam jawa semua tu. mesti rasa dia unik juga. Nak cuba lah nanti kalau dah Kak Amie cakap walaupun kosong rasanya sedap. Nasi goreng pun sedap. Cempedak goreng belum jumpa cempedak lagi. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba Fizah. Kak Amie pun rasa teruja sebab bahannya lain dari kebiasaan.
      Dah mula musim cempedak, tu pasal selir cempedak goreng hehee.

      Padam
    2. Baiklah nanti saya cuba sama sama terjebak :)

      Padam
  7. Aha mungkin sebab ada bahan serbuk kunyit, udang kering sebab itu tidak manis kan.

    BalasPadam
  8. macam-macam menu viral. unik namanya, pasti rasanya sedap jugak.

    BalasPadam
  9. Okay shida nak cuba resepi ni kak amie..hope berjaya dan terlaksana hahaaa

    BalasPadam
  10. Haaa.. terbukti sedap bila Firdaus makan menambah2. Sy sebenarnya tak jumpa post asal En Mohd Shukur tu, tapi sy tahu beliau empunya resepi. Lupa pulak nak ucap terima kasih 🙈🙈🙈

    BalasPadam
  11. heheheh udah viral kene lah cuba ye kak...
    dana masa baca tu gelak juga, dana pun kalau masak mehun kadang memang bagi gula dalam 2 sudu besar gitu, kalau tumis tu guna cili boh kan nak bagi rasa seimbang manis pedas masin...

    BalasPadam
  12. Memang tengah viral bihun 12 sudu teh gula ni :)

    BalasPadam
  13. tengokkan namanya takut nak makan, bukan sebab takut manis, tapi takut kandungan gulanya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe