Putu & The Gang
7:11 PTGHari ini agak lapang sedikit, sebab hanya perlu siapkan tugas-tugas hakiki. Sebelah pagi sahaja masuk dapur untuk sediakan sarapan pagi. Petang tadi Encik Suami beli makanan di warung. Kali ini kami makan petang dengan menikmati Putu & The Gang.
Putu boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk. Makanan tradisi masyarakat Bajau ini memang senang didapati di LD. Boleh kata, bila-bila masa boleh dinikmati, baik waktu pagi, tengahari atau petang. Kalau beli waktu pagi, memang kena bawa pulang dan sediakan lauk sendiri. Tapi kalau sebelah petang, memang banyaklah gerai atau warung jual putu. Boleh beli lauk kegemaran seperti ikan bakar. Macam-macam jenis ikan bakar yang dijual termasuk kiampau dan ikan kubal-kubal. Kiampau ialah ikan pari saiz kecil manakala kubal-kubal ialah nama lain bagi ikan cencaru.
Selain ikan bakar, putu boleh dimakan bersama kilau atau kinilau dan kerabu rumpai laut atau agar-agar laut.
Encik Suami tambahkan 5 cucuk tongkeng ayam panggang.
Hidangan petang Selasa:- Putu
- Ikan Tongkol Bakar
- Kilau @ Kinilau
- Kerabu Agar-Agar Laut dengan Mangga
- Tongkeng Ayam Panggang
Putu. |
Ikan Tongkol Bakar. |
Lada Pencecah Ikan. |
Kicap Lada Pencecah Ikan & Tongkeng Ayam |
Kilau @ Kinilau |
Kerabu Agar-Agar Laut dengan Mangga. |
33 comments
Saya perasan Cikgu Amie kerap bubuh limau kasturi dalam masakan ya. Tradisi makanan di LD?
BalasPadamYang ini bukan saya bubuh tapi memang ada dalam makanan yang dibeli.
PadamWak pilih tongkeng ayam bakarlah
BalasPadamYa Wak. Banyak peminatnya tu.
PadamPertama kali tengok putu yang rupanya begitu. Di Malaya ada macam2 putu, kebanyakannya dimakan manis. Mohon ceritakan lebih lanjut jika ada masa terluang ya, Kak Amie 😅
BalasPadamSaya sokong..
PadamJuga mohon cikgu Amie ceritakan juga tompek,tehe-tehe(betul ken ejaan)🤭
In syaa Allah. Boleh. Tak jadi masalah.
PadamNampak macam pulut ke tu? Selamat berehat kak amie! Chaiyok2 semoga dipermudahkan hari esok!
BalasPadamUbi kayu tu Ain.
PadamSaya ingatkan putu piring ke putu mayam ke. Mulanya pelik makan dengan lauk. Rupanya putu lain. Cari dalam blog kak Amie. Rupanya putu diperbuat dari ubi kayu :)
BalasPadamYa, putu dperbuat dari ubi kayu. Diperah airnya dan dikukus. Ini makanan tradisi masayarakat Bajau.
PadamItulah tu, gali entry lama kak Amie jumpa pasal putu ni. Ala lepat juga cara penyediaan dia kan.
PadamSekali tgk putu tu mcm lemang pun ada..tp yg ni dibuat dari ubi kayu kan..
BalasPadamHeheheee... bentuknya macam potongan lemang, tapi licin pulak kan.
Padamputu tu dibuat daripada apa? lain macam plak dr putu lain yang pernah saya tengok
BalasPadamPutu diperbuat dari ubi kayu. Memang tak sama dengan putu mayam atau putu bambu / piring.
PadamTongkeng bakar pun sedap..
BalasPadamYa, tongkeng pun ada peminatnya.
PadamEh putu rupanya. ingatkan lemang hehehe.
BalasPadamSekali pandang ada rupa lemang ye.
PadamBAGAIMANA CARA NK BUAT PUTU TU MAKANAN TRADISI NI UNIK N LAZAT
BalasPadamUbi kayu diparut, perah airnya. Kemudian dikukus.
PadamSaya jengah lewat. Selamat bekerja. Purut ini mesti sudah habis diproses perut. Hehe. Jumpa lagi.
BalasPadamAduh silap taip purut=putu
PadamHahahaaa... selamat dah.
Padamtongkeng ayam tu fav
BalasPadamsaya ingat putu tu macam putu mayam.
BalasPadamApa Itu Sakit Tennis Elbow Kaedah Rawatan dan Pemulihannya.
putu tu diperbuat dari ubi kayu ke beras pulut kak? mesti sedap bila makan dengan lauk sampingan tuh
BalasPadamsekali pandang gambar ingatkan ubi kayu rebus. Menu petang yang mengenyangkan. mesti tak dinner dah
BalasPadamIngatkan putu piring ke putu mayam rupanya bukan lepas tu ada lauk pauk sampingan lah pulak. emmm rare ni makanan ni tak pernah rasa
BalasPadamBanyak senarai makanan yang SA tak berapa tau lagi especially makanan masayarakat kat sana..nanti kalau kak amie free bleh la share lagi...nampak sedap putu tu...x sabar nak mencuba
BalasPadamSaya feeling-feeling tengah duduk bersimpuh di hadapan semua hidangan lazat Kak Amie tu hehehe
BalasPadamlama xmkn tongkeng ayam panggang. sedap, tp xbleh mkn selalu..
BalasPadam