Kuetiau Goreng Dengan Udang

by - 10:12 PG

Jumpa lagi di pagi Selasa nan indah. 
Jenguk ke luar  jendela, nampak mendung tapi hawa dingin cukup nyaman.Pancaran cahaya matahari terasa hangat walaupun pemandangan alam sedikit kelam.

Sudah minum pagi?
Jom sarapan Kuetiau Goreng Dengan Udang.
Kelmarin dapat teguran apabila Encik Suami terpandang sebotol besar Sos Char Kuey Teow Nona yang telah lama dibeli tetapi masih belum digunakan. Sebelum teguran menjadi bebelan, kita pun terus kata : Okey. Okey esok pagi goreng kuetiau!

Selepas solat Subuh, seperti biasa dalam tiga atau empat hari sekali kami turun ke pasar. Tempat terakhir kami tuju setelah membeli barang basah untuk keperluan dapur sudah tentulah ke pasar ikan. Walaupun ikan belum sampai, tetapi biasanya ada penjual kerang dan siput. Dua kali pusing keliling pasar, tidak ada siput atau kerang. Yang ada hanyalah udang. Beli sajalah udang untuk gantikan kerang yang akan dijadikan perencah kuetiau goreng nanti.

Kuetiau Goreng Dengan Udang.



Sebelum Encik Suami keluar bekerja, sempatlah Amie goreng kuetiau. Encik Suami beli kuih penjaram @ penyaram dengan pulut panggang. Kami hanya makan Kuetiau Goreng Dengan Udang tambah cili jeruk. Kuih penjayam @ penyaram dengan pulut panggang itu nanti boleh dimakan sementara menunggu hidangan tengahari. Biasanya Amie masak tengahari agak lewat. Amie selesaikan dahulu BDR dan hantar laporan, kemudian barulah bersilat di dapur pada sebelah petang.

Amie masak ringkas sahaja Kuetiau Goreng Dengan Udang. Selain sos char kuey teow, Ame tambahkan sos cili dan sos tomato. Tidak ada penambahan kicap atau bahan perasa lain seperti garam dan gula. Cukup dah rasanya!


Bahan-bahan:
  • 500 gram kuetiaw basah - bilas - toskan
  • 1 cawan isi udang basah
  • 1 cawan hirisan fish cake
  • 2 cawan taugeh
  • 3 sudu besar sos char kuetiau
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 10 batang kucai - potong 3cm
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 4 sudu besar minyak
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih serta bawang besar sehingga kuning keemasan.
  2. Masukkan udang dan fish cake.
  3. Goreng kacau sehingga udang berubah warna.
  4. Masukkan kuetiau, diikuti dengan  sos char kuetiau, sos cili dan dan sos tomato.
  5. Gaul rata.
  6. Kemudian masukkan taugeh dan daun kucai serta hirisan cili merah.
  7. Gaul beberapa kali, dan padamkan api dapur.
  8. Sedia dihidang panas bersama cili jeruk.

You May Also Like

19 ulasan

  1. sos kuey tiow Nona memang sedap, kalau makan bertambah-tambah

    BalasPadam
  2. Kalau jumpa sos kueteow Nona nak la beli, nampak sedap hidangan dengan kuih, menyekerakan..

    BalasPadam
  3. sedspnya..mcm dah lama tak makan kuey teow..tq resepinya..nak buat jugaklah lepas tgk post ni..

    BalasPadam
  4. wah cucoq jawa punada makan dgn kuewtiau udang sedap tu

    BalasPadam
  5. sedap tu ada byk udang dlm kuehtiaw...husband suka masak letak udang..wifenya suka masak letak daging

    BalasPadam
  6. kalau tengok rupa macam udang goreng kuetiau je kak... sebab nampak udang je lebih hehehhehe

    BalasPadam
  7. Eh,tengok cucur jawa tu rasa macam dah lama juga tak buat cucur jawa nim..Hihihi...Pulut panggang pun terliur ni

    BalasPadam
  8. hehehe..belum sempat bebelan diteruskan kak Amie dah siap masak dah. Menyelerakan betul kuetiau Kak Amie. Kaya rencahnya. Agaknya belum musim spesis bercengkerang kot. Takpelah dapat udang pun dah okay dah jadikan rencah. Mesti lagi sedap guna sos char kuetiau tu.

    BalasPadam
  9. Puas hati mkn kueteow udang penuh ni Amie

    BalasPadam
  10. Lama dah ammi tak makan pulut panggang. 2-3x beli kat area rumah hampa je rasanya.

    BalasPadam
  11. Aiseh... Tadi pagi sebelum gotong-royong saya makan kuey teow goreng juga tapi cuma ada fishball, hehe

    BalasPadam
  12. pagi tadi kami makan biskut kering ja kak

    BalasPadam
  13. Hehe nanti beli sos kuetiau Nona. Senang tidak payah letak sis lain.
    Bagus suami Puan Amie suruh guna cepat-cepat.

    BalasPadam
  14. Salam ziarah..memang handal memasak..bertuah nya

    BalasPadam
  15. ade ye sos char kuey teow nona. kene cari ni, senang sket nak masak nanti

    BalasPadam
  16. SA paling suka kuew tiau macam ni..kalau ada kerang lagi la sedap...

    BalasPadam
  17. Kuew tiau peberet lagi kalau banyak kucai dan taugehnya rangup..emmm yummy

    BalasPadam