Santai Petang
2:49 PTGMendung belum berlalu. Suasana alam semakin gelap. Hujan tidak juga turun. Kita sambung tugas untuk buat laporan. Sementara itu Firdaus ikut PDPR subjek Bahasa Arab secara google meet. Oleh kerana Amie gunakan komputer, Firdaus gunakan HP saja. Laptop pula macam ada penyakit sejak akhir-akhir ini.
Minggu lepas Amie sudah dicerap selama 3 jam dari pukul 7-10 pagi oleh pentadbir. 20 minit sebelum PDPR bermula, lap top buat hal. Rasa nak pitam waktu itu! Mana nak bangunkan murid, mana nak urus link. Kalau PDPR bermula pukul 7 pagi, seawal 6:30 pagi memang Amie sudah kejutkan murid. Berikan ucapan 'kasih sayang', pesan isi perut dahulu dan sembang-sembang dahulu sementara menunggu yang lain hadir.
Firdaus sedang mengikuti PDPR. |
Kelmarin Encik Suami bawa pulang mangga muda. Memang betul-betul mangga muda! Belum ada idea nak buat apa. Kawan-kawan, ada cadangan tak nak buat apa dengan mangga muda yang betul-betul muda ni?
29 comments
Laptop buat hal memang menggangu, HP banyak menolong, buat kerabu, buat rojak hehe.. Santai kat luar cicah garam belacan..
BalasPadamBetul tu. HP banyak membantu.
PadamSedap kan makan mangga cecah garam belacan, ramai-ramai santai luar rumah.
sedapnya mangga muda . buat jeruk pun sedap
BalasPadamYa, memang sedap dbuat jeruk.
PadamBuat kerabu. Sedapnya.
BalasPadamTerliur dah ni.
PadamKalau laptop buat hal memang boleh spoil mood jadinya.
BalasPadamAduh! terasa-rasa masam pula kat lidah mangga tu
Itu laaa... nak pula waktu sangat diperlu untuk diselia. Memang terus panik jadinya.
PadamBanyak dugaan PdPR ni. Semangat Firdaus masuk kelas Bahasa Arab. Nampak mangga muda terus terbayang mangga muda cicah kicap, gula dan cili picit. Buat kerabu mangga rangup rangup masam sedap gak kot tu. Takpun buat jeruk.
BalasPadamYa, seronok Firdaus dapat jumpa ustaz dan kawan-kawan.
PadamBest ni kalau ada gang makan mangga muda.
Sedapnya buat sambal,tumbuk dgn isi ikan yg dibakar/rebus,cili padi,letak garam sukit..tak pun sambal ikan kering..fuhh..
BalasPadamWah! Kena cari ikan kering ni.
Padamselamat bersantai kak amie, betul tu desktop dan laptop saya pun macam dah mula berperangai
BalasPadamAduhai... laptop kakak jenis marhaen punya Syaz.
PadamBuat jeruk, kak Amie mangga mudanya.
BalasPadamAmboiii.. tekun Daus hadap pdpr
Rangup nanti hasil kejadiannya bila dibuat jeruk kan.
PadamSerius jew budak kecik tu kan.
PdPRK pun kena cerap juga ek
BalasPadamKena buat lesson plan tak
Ya Wak. Kami wajib dicerap samada melalui aplikasi google meet, microsoft teams atau zoom.
PadamLesson plan memang perkara wajib dibuat. Lesson plan dalam PDPR ni kena hantar secara online (ERPH) setiap kali sesi PDPR, kena buat laporan SPDPR, kehadiran murid juga wajib diisi. Sama saja Wak kerjanya, cuma dibuat online. Aktiviti kokurikulum pun wajib buat secara online.
mangga muda makan gitu jer cicah kicap gula sedap gak
BalasPadamSedapkan Afeezz. Teringat zaman dulu di kampung, makan mangga muda cecah kicap gula makan bawah pokok.
PadamSerius muka Firdaus PDPR. Fokus ya...
BalasPadamMangga muda buat sambal la sedap kot.. Tak pun cicah kicap atau cuka.
Kalau depan guru memang dia fokus, kalau dengan kita main-main saja budak ni hihihiiii.
PadamMacam-macam kan bolhe dibuat kalau ada mangga muda.
mula-mula dana ingat buah apa tu comel sangat rupanya mangga muda... di jeruk sedap, dibuat kerabu sedap jugak kan kak
BalasPadamIngatkan PDPR ni cikgu-cikgu tak dicerap, rupanya masih dibuat ye. Selamat mengajar kak Amie. Harap dipermudahkan urusan mengajar secara bersemuka nanti
BalasPadamPDPR bila laine problem bila laptop problem bila HP problem semuanya jadi tunggang terbalik problemnya.
BalasPadamBuat jeruk kak amie.....hehehhe....terliur SA kak
BalasPadamSedapnya... buat jeruk, buat kerabu, buat sambal. Dap dap dap!
BalasPadamawalnya kak amie bersedia utk pdpr..
BalasPadam
BalasPadamAl quran digital
Buku cerita kanak kanak
Belajar membaca
Anak lambat bercakap