Jari Mengetik Sudip Berdenting
4:56 PTGHari ini mendung sepanjang hari hingga ke petang. Langit gelap, awan kelabu. Hujan sekejap-sekejap. Kalau dapat lelapkan mata, sudah tentu boleh terbang sampai ke Bosnia Herzegovina! Boleh makan ćevapčići dan minum kopi Bosnia sambil cuci mulut dnegan rahat lokum!
Huurrmmm... darpada berangan jauh, baiklah goreng cempedak di dapur!
Oh! Sebuah buku resipi yang dibeli secara online melalui penulisnya sendiri sudah dterima petang kelmarin. Terima kasih Novelis Afieyza Isahak atas kiriman tersebut. Buku ini baru sahaja keluar dari oven. Masih panas-panas gitu.
Ada resipi Spaghetti Sambal Udang Petai, ada Spaghetti Masak Lemak, ada Bihun Goreng Bunga Telang, Bihun Sup Utagha dan macam-macam lagilah. Bolehlah cuba mana yang berkenan jika ada kelapangan dan yang penting ada bahan untuk diolah.
Aahhaaaa.... Cik Fieyza selitkan pisau kupas buah warna hijau yang comel dalam kirimannya.
Tahniah Cik Fieyza atas kelahiran buku resipi Jari Mengetik Sudu Berdenting.
20 comments
Wahhh pasti lepas ni makin meriah blog Amie dgn pelbagai resepi baru..
BalasPadamHehehe... suka kumpul buku resipi, ada masa boleh cuba masak.
PadamAlhamdulillah, tahniah buat Cik Fieyza. Makin banyaklah menu kak Amie nanti
BalasPadamAda bahan bolehlah try masak.
PadamKak Amie..nanti cuba tau resepi dari buku ni..lepas tu share resepi ngan kami erk....
BalasPadamIn syaa Allah SA.
PadamWah... tengok tajuknya pun best sangat, mesti resepinya pun gempak jugak.
BalasPadamTajuknya pun dah gempak ye Diela.
PadamLepas ini lebih banyak variasi makanan yang puan boleh buat.. Memandangkan puan suka memasak, nanti saya kirimkan sebuah buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka. Insyaallah, nanti saya poskan..
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamTerima kasih Encik Fairus.
Kecil tapak tangan, nyiru Kak Amie tadahkan. Rezeki jangan ditolak.
Bertambahla menu harian nanti, makin menyelerakan la sajian.. Tahniah kepada Penulis Cik Fieyza.
BalasPadamAda masa, ada bahan in syaa Allah boleh cuba resipi yang diminati.
PadamWah luar biasa menu disajikan.
BalasPadamTajuknya pun luar biasa.
Padammenarik buku resepi ni..bertuah kak amie dapat memilikinya!
BalasPadamAlhamdulillah. Buat tambah koleksi buku resipi.
PadamUnik betul nama nama menu dia. Lepas ni lagi meriah lah menu makanan kat blog Kak Amie :)
BalasPadamMemang uni tajuknya. Maklumlah yang tuli resipi pun seorang novelis.
Padamteringin juga nak ke Bosnia Herzegovina satu hari nanti.
BalasPadamslmt membaca kak amie. menarik dan unik resipi dia.
BalasPadam