Bubur Candil Cempedak & Candil Durian
10:52 PTGEncik Suami ajak ke kampungnya, rumah adik ipar. Katanya, kalau Amie rajin masaklah sesuatu bawa ke kampung. Amie pun buat kerahan tenaga. Uli tepung pulut. Satu bahagian tambah isi durian, satu bahagian lagi tambah isi cempedak. Firdaus bukan main suka apabila diminta bantu gentel tepung nak buat bubur candil!
Encik Suami pun turun ke dapur. Firdaus ajar Encik Suami bagaimana untuk sukat doh campuran durian supaya bentuknya sekata apabila digentel. Amie pula gentel doh campuran cempedak menjadi bulat dan picit bahagian tengahnya seolah-olah bentuk vadai kepeng.
Akhirnya, siaplah Bubur Candil Durian (Versi Jawa) dan Bubur Candil Cempedak (pinjam bentuk vadai kepeng - Versi Banjar).
Bubur Candil Durian dan Candil Cempedak |
Bubur Candil Cempedak. |
Bubur Candil Durian. |
Di kampung, rambutan sudah berbuah tetapi belum masak sepenuhnya. Encik Suami petikkan beberapa biji untuk kita. |
16 comments
Menariknya bubur candil Kak Amie. Warna-warna pastel pulak tu, sampai rasa nak tenung aje lama-lama.
BalasPadamP/S Kalau saya dapat mihun sup penuh aksesori tu, mahu jugak dua mangkuk habis, hihi
Itulah hasil gentelan tiga beranak di dapur hahahaaa.
PadamBubur candil cempedak tu guna gula melaka. Bubur candil durian guna gula siam.
Kerahan tenaga sampai dapat 2 menu bubur. Rajin Firdaus tolong ye. Ehhh terbalik pulak, Firdaus pulak yang mengajar. Mesti sedap candil dicampur dengan isi durian dan isi cempedak sebenar. Hehe..sesekali resipi diluar buku resipi kan. Geram tengok bubur candil cempedak tu. menarik betul pelbagai isi ada. Mahu tak excited orang kampung nak mencuba.
BalasPadamRambutan tu saya suka gak makan ala ala macam nak masak tu. Sedapnya isinya tak lembut tak keras. Sedang elok.
Fuhh...mihun sup penuh segala rencah tu mahunya tak bertambah, kan.
Firdaus gunakan sudu sukatan makanan saiz paling kecil. Dia biasa guna sdu sukatan untuk bentuk pegedil kentang. Dia nak saiznya sama saja. Si baba pula tak pernah buat, jadi minta Firdaus ajar hahahaaa. Suka sangatlah Firdaus dapat kongsikan ilmunya.
PadamRambutan baru dikait, sedapkan Fizah.
Memang puaslah makan mee hoon sup penuh aksesori tu.
Bagus Firdaus, sistematik kerjanya. Hahaha..dapat cikgu cerewet pulak kan nak sama je saiznya. Terpaksalah babanya mengikut.
PadamMemang sedap rambutan baru kait.
lagi lagi orang masak, berselera lebih makan mee hoon sup :)
Wangi bau durian dan cempedak tu bila dimasak Amie..
BalasPadamYa, memang harum dua-dua bubur tu. Satu harum cempedak, satu lagi harum durian.
Padamseronoknya dapat balik kampung bawa bekal bubur candil yg sedap terbaik
BalasPadamYa Kak PI. Makan di kampung sedap.
Padamsedapnya bubur candil tu. elok dimakan ptg2. bila buat potluck byk la yg boleh dimakan...
BalasPadamSedap tu kak oi...
BalasPadamWah beraroma bubur candil special.Berwarna warni pulak tu Tambah meriah dimakan berjemaah bersama sanak saudara...Semoga diberkati semuanya
BalasPadamKreatif Puan Amie gunakan cempedak untuk buat candil. Lepas ini buat apa pula?
BalasPadammeriah bubur candil tuh, perisa durian dengan cempedak... tengok pon dah tau sedap
BalasPadamTak pernah umur makan bubur candil cempedak dan bubur candil durian. Mesti sedap ni
BalasPadamNice blog, keep it up for more updates. For the best Website designing company and digital marketing company in delhi visit OGEN Infosystem Pvt Ltd. Here you will get well-experienced website designers and digital marketing experts and they help you to grow your business online.
BalasPadamDigital Marketing Company in Delhi