Biji Cempedak Masak Lemak Tempoyak dengan Udang

9:53 PTG

Entri kali ini Amie paparkan menu Biji Cempedak Masak Lemak Tempoyak dengan Udang. Pagi tadi sarapan cempedak goreng. Kutip biji cempedak untuk dimasak lemak buat lauk makan tengahari. Biasanya kena rebus biji cempedak untuk bagi empuk sebelum dimasak. Boleh juga tak payah rebus, tapi kena lamalah sedikit waktu memasaknya nak bagi biji cempedak empuk. 

Terfikir pula Amie, apa salahnya gunakan biji cempedak yang sudah digoreng. Hanya buang kulitnya sahaja dan biji cempedak pun sudah sedia empuk. Kemudian terfikir pula nak bubuh tempoyak! Amie kisar beberapa biji cili padi sahaja sebab tak mahu bagi pedas. Bukan apa. Ikan belanak panggang sudah pedas. Kemudian ada sambal tomato versi udang kering pun pedas juga.

Amie gunakan santan kotak sahaja. Tak banyak Amie masak sebab yang makan Biji Cempedak Masak Lemak Tempoyak dengan Udang ini hanya Amie dengan Encik Suami sahaja. Firdaus pula sudah tentu hanya makan udangnya pula.

Seperti biasa, kalau masak lemak bubuh cili padi atau tempoyak memang Amie ikut gaya masakan SURIA AMANDA. Tak perlu bubuh bawang merah atau bawang putih, tapi bubuh serai. 

Biji Cempedak Masak Lemak Tempoyak dengan Udang.

Hidangan makan tengahari Ahad:
  • Nasi Putih
  • Ikan Belanak Panggang
  • Biji Cempedak Masak Lemak Tempoyak dengan Udang
  • Ulam Kacang Bendi Celur & Lettuce
  • Sambal Tomato Versi Udang Kering
  • Buah Oren & Epal Merah

Ikan Belanak Panggang.

Ulam Kacang Bendi & Lettuce.

Sambal Tomato Versi Udang Kering.

Epal Merah & Oren

Biji Cempedak Masak Lemak Tempoyak dengan Udang.

Jom kita lihat resipi Biji Cempedak Masak Lemak Tempoyak dengan Udang. Biasanya kalau masak lemak Amie gunakan santan segar, tetapi kali ini gunakan santan kotak sahaja.

Bahan-bahan:
  • 15 biji cempedak yang sudah empuk (ambil biji cempedak goreng) - buang kulitnya - belah 2
  • 3 batang kacang panjang - potong 2 cm
  • 1 cawan isi udang segar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 400 ml air
  • 1/2 kotak santan Ayam Brand
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 1 sudu besar tempoyak
  • 5 tangkai cili padi hijau
Cara memasak:
  1. Masukkan air ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai dan biji cempedak.
  2. Rebus sehingga kuah mendidih.
  3. Perlahankan api dapur.
  4. Masukkan kacang panjang, udang dan santan.
  5. Kacau sehingga mendidih sekali lagi.
  6. Taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  7. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

22 comments

  1. Wahhh..kreatif Kak Amie improvised resipi. Sedap gak tu kan campur biji cempedak. Ala ala sayur nangka masak lemak. Alang alang ada biji cempedak goreng why not campurkan sekali. Menarik jadinya hidangan tu. Kalau suka makan biji cempedak okay lah. Kalau macam Firdaus memang tak lah nak makan. Baik dia makan lauk favourite dia :)

    BalasPadam
  2. Pertama kali tau menu begini. Kalau tak, cuma tau rebus/bakar biji cempedak dan makan gitu je.
    Masakan Amie sentiasa nampak sangat menyelerakan, susah nak makan sikit kalau begini 😀

    BalasPadam
  3. kita pun suka biji cempedak.. selalu rebus makan gitu je.. nanti nak try la buat lauk ehehe

    BalasPadam
  4. Wah first time jumpa orang masak biji cempedak masak lemak mcm ni. Kreatif sgt :)

    BalasPadam
  5. Saya kalau makan cempedak goreng, memang makan sekali bijinya.. Jarang pula buat masak lauk bijinya tu.

    BalasPadam
  6. Mesti rasanya macam biji nangka kalau masak lemak tu kan. Kreatif la Kak Amie

    BalasPadam
  7. Mesti sedap dan lemak lemak .. Sebab biji cempedak makan gitu je pun dah sedap apatah lagi masak lemak.

    BalasPadam
  8. sedapnya lahai.. i ada gak simpan bijik cempedak ni. tapi plan nak makan cam tu je. last 2 weeks tgk IG ada yang masak kari. dah berangan2 gak nak cuba buat. tq for sharing the recipe.

    BalasPadam
  9. Tak pernah terpikir selama ni dok.mkn cempedak..buang ja bijinya..atau kalau mkn pun yg empuk sebiji dua..terimàkasih berkongsi ŕesepi rare ni Amie

    BalasPadam
  10. orang la biji cempedak xreti nk makan dah amie...

    BalasPadam
  11. wah tak pernah terfikir yang biji cempedak boleh buat lauk masak lemak cili api. Selalu di makan gitu je. Masak lomak nogori sembilan takde bawang. Pekat melatak rasanya pedas tapi sodap.

    BalasPadam
  12. Kami pun ada buat biji cempedak masuk dalam masak lemak. Hehe tapi guna sedikit sahaja biji cempedak.

    BalasPadam
  13. sedapnya biji cempedak kak, dana biasa rebus je tak pernah lagi masukkan dalam gulai atau sayur... tapi bila tengok akak buat tu aduh mesti best... lemak je rasanya kan

    BalasPadam
  14. Biji cempedak ni.. Dulu suka rebus n makan camtu je hhehehe

    BalasPadam
  15. Kreatiflah Kak Amie olah resepi. Lepas ni nak cubalah biji cempedak tu masuk gulai lemak. Selama ni saya buat sambal berlada je :)

    BalasPadam
  16. Belum pernah try masak tempoyak biji cempedak.
    Pernah masak lemak cili api & masak kari + ikam atau daging ja sebelum ni..Boleh try ni...kalau ada biji cempedak.la😅

    BalasPadam
  17. resepi baru ni, tak pernah pulak tambah tempoyak. biji cempedak dah rebus selalu makan gitu je. kalau rajin baru buat gulai. huhu

    BalasPadam
  18. Lambat la akak share resepi ni. beberapa minggu lepas buat goreng cempedak, klu tidak bole buat resepi ni.. selama ni tau biji cempedak rebus jer

    BalasPadam
  19. Ikan panggang pun nampak sedap, buah cempedak memang makan begitu saja, buat lauk pun nampak berselera.

    BalasPadam
  20. Biasa rebus aje
    tak pernah lagi buat masakan macam ni

    BalasPadam
  21. Ikan belanak adalh ikan kegemaran SA...memang sedap di bakar atau di goreng garing

    BalasPadam
  22. banyak kegunaan biji cempedak ni. kalau dkt rumah syu, biasa rebus je dan mkn mcm tu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe