Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Petai & Ikan Masin

1:37 PTG

Petang kelmarin anak-anak buah datang main masak-masak di rumah kami. Kebetulan ada kulit cempedak yang sudah Amie bersihkan, jadi Amie kata nak masak Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Petai & Ikan Masin.

Sudah tentulah anak-anak buah Amie terkejut tapi teruja ingin tahu cara memasaknya dan bagaimana pula rasanya? Tiga orang anak buah yang datang itu pula anak-anak kacukan. Ada Bugis + Cocos. Ada Cina + Cocos dan Melayu + Cocos.

Senanglah kerja Amie di dapur. Amie hanya tukang arah dan semua kerja masak-memasak dilakukan oleh anak-anak buah.

Ketika masakan masih berada di dalam kuali, tangan-tangan nakal sudah kaut masuk mulut. Sebelah malamnya pula datang ipar dan biras. Seronok melihat mereka makan Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Petai & Ikan Masin.

Ketika menaip entri ini barulah Amie perasan, Amie tidak sempat makan Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Petai & Ikan Masin itu! Tak apalah. Nanti boleh masak lagi. Melihat mereka makan dengan penuh selera, tidak dapat digambarkan betapa gembiranya rasa di hati!


Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Petai & Ikan Masin hasil air tangan anak buah.


Kulit Cempedak

Inilah kulit cempedak yang diolah menjadi sambal goreng. Aromanya.... walllaaaaa enak banget! Jom kita lihat resipinya di bawah ini. Sebelum ini Amie pernah kongsikan Sambal Goreng Kulit Cempedak di sini: SAMBAL GORENG KULIT CEMPEDAK.

Oleh kerana anak-anak buah pun hantu petai, jadi kombinasi kulit cempedak dan petai  sama rata iaitu 2 cawan kulit cempedak dengan 2 cawan isi petai. Akhirnya kulit cempedak ditenggelami petai!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kulit cempedak yang sudah dikupas / dibersihkan - potong ikut saiz yang disukai - gaul dengan sikit garam - bilas - toskan
  • 2 cawan isi petai
  • 1 cawan hirisan ikan masin
  • 10 tangkai cili padi - hiris (boleh gunakan cili merah atau cili hijau)
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 1 labu bawang besar
  • minyak secukupnya
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:

  1. Panaskan minyak. Goreng kulit cempedak seketika. Angkat dan toskan.
  2. Goreng ikan masin pula. Amie goreng sekejap sahaja.  Angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan 4 sudu besar minyak di dalam kuali.
  4. Tumis bawang putih dan bawang merah serta cili padi atau cili merah /hijau.
  5. Setelah bawang kekuningan, masukkan kulit cempedak, ikan masin, petai dan bawang besar.
  6. Taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  7. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Petai & Ikan Masin



24 comments

  1. Wah haritu jumpa resepi kulit rambai masak lemak cili api. Harini kulit cempedak pula. Menarik resepinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dunia masakan tanpa sempadan, seperti kata Mat Gebu : Dapur Tanpa Sempadan.

      Padam
  2. Istimewa menunya ada petai, kulit cempedak bersambal pasti sedap sebab anak-anak buah nikmati penuh selera. Untungnya mereka ada ibu sedara pandai masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak buah memang sporting. Kalau datang ke rumah rajin tolong masak.

      Padam
  3. Pertama kali tgk resrpi kulit cempedak grg mcm ni..tertanya2 bagaimana rasanya ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak cuba, memang tak tahu rasanya macamana sebab citarasa masing-masing berbeza. Kulit cempedak tu rasa liat-liat lembut.

      Padam
  4. Hehe tidak sangka laku dimakan oleh anak-anak buah dan ipar duai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah.... Terkejut juga masing-masing berebut. Mula-mula nak rasa, kemudian menambah pula heheheee.

      Padam
  5. Wak masih pelik kulit buah cempedak boleh dibuat masakan rupanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam dunia masakan ni Wak, tiada yang pelik. Yang penting halal dan tidak meudaratkan kesihatan heheheee.

      Padam
  6. Sedap!
    Harum aroma cempedak sewaktu ditumis dalam kuali.

    BalasPadam
  7. rare menu ni, kalau jumpe wajib rasa...

    BalasPadam
  8. Mcm mane nk kupas kulit cempedak tuh

    BalasPadam
  9. Sedapnya sambal goreng.Meriah dengan petai pulak lagi bertambah sedap la

    BalasPadam
  10. seronoknya masak ramai-ramai. mesti riuh

    BalasPadam
  11. Ramai yang update pasal kulit cempedak ni...nampak sedap plak kak amie...jujur SA x pernah rasa lagi

    BalasPadam
  12. Seronok bila tetamu berselera makan. Nampak sedap tu sambal goreng kulit cempedak dengan petai dan ikan masin. Licin habis. Alhamdulillah.
    Dah lama tak rasa kemeriahan masak ramai ramai kat dapur.

    BalasPadam
  13. mesti sedap ni kak... tapi dana tak pernah cuba masak kulit cempedak tu... atau jeruk kulit cempedak... mesti ada rasa manis2 kan

    BalasPadam
  14. 토토사이트 Benefits it a lot for developing incredible articles its effective for us

    BalasPadam
  15. Your always motivating and inspiring me. I am always waiting for your new article. 스포츠토토

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe