Acar Ikan Masin Jeruk Belimbing Buluh
12:47 PTGHari ini Jumaat, penghulu segala hari. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita sepanjang hari ini dan hari-hari seterusnya.
Sudah masak untuk keluarga tengahari ini? Amie sedang tunggu Encik Suami pulang dari masjid. Alhamdulillah. Tidak ada halangan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid. Namun begitu, kenalah hadir lebih awal untuk elak kesesakan di dalam masjid. Pukul 11 pagi, Encik Suami sudah bersiap. Maklumlah waktu Zohor di LD hari ini pukul 12:08 minit, lebih awal berbanding di Malaya.
Hari ini Amie masak Acar Ikan Masin Jeruk Belimbing Buluh. Boleh klik di sini untuk melihat resipi : JERUK BELIMBING BULUH.
400 gram ikan putih masin - rendam hingga lembut dan potong dadu
15 ulas bawang putih - kupas
15 biji bawang merah kecil - kupas
20 biji cili padi minyak
3 cm halia - hiris halus
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 50ml air
1/2 cawan cuka
4 sudu besar gula
200ml minyak
sedikit garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis halia serta bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari, dan bancuhan air pati asam jawa. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan cili padi minyak, bawang putih, bawang merah serta ikan putih masin. Gaul sebati.
4. Setelah kesemua bahan tadi masak, tambahkan cuka, gula dan sedikit garam / perasa dan belimbing buluh jeruk.
5. Perlahankan api dapur dapur dan biarkan masak sepenuhnya sehingga terbit minyak sekali lagi.
6. Padamkan api dapur.
22 comments
Tertelan2 ailio saya baca post Kak Amie hari ni. Lauk macam ni, cukuplah satu dengan nasi panas2.. sedapnya 😍
BalasPadamAdeeehhh... cukup rasa! Semua ada, masam, masin, manis.... gaul jew dengan nasi putih panas...wallaaaa....!
PadamAduh...nampak jeruk belimbing tu dah ngences.
BalasPadamTapi kalau nak ratah gigi ngilu.Dijadikan lauk macam ni,makan dengan nasi putih tanpa lauk lain,boleh berulang tambah ni...
Memang sedap tu makan dengan lauk satu ini saja. Aeeehhh... enak banget!
Padamaduhai...telan air liur SA tgok...nampak sedap tu ha...
BalasPadamJemput SA. Sedap ni.
PadamTeringin belimbing buluh. Baru semalam sebut tanya Lurviey mana nak beli belimbing buluh..
BalasPadamOooo yee... harap dapatlah cari belimbing buluh sampai jumpa.
PadamSedapnya....
BalasPadamJemput Ain.
PadamAkak suka makan bawang putih dan merah dalam jeruk/ acar ..sedap
BalasPadamSedapkan bawang putih bawang merah dalam acar.
PadamLauk yang menyelerakan. Walaupun tak pernah makan acar ikan masin jeruk belimbing buluh tapi kecur tengoknya Kak Amie. Bila belimbing buluh terlebih popular, bawang dilupakan. hihi..
BalasPadamSesekali makan nasi putih dengan acar ikan masin memang sedap tau Fizah. Jangan letak lauklain, nanti kurang keenakan acar ikan masin hihihiii.
Padambetul betul. Setuju sangat. Kalau letak lauk lain alamatnya lambat nak habis lauk sedap nan satu ni.
PadamBelum dapat rasa lauk acar ikan masin dengan belimbung buluh.
BalasPadamKebetulan ada jeruk belimbing buluh, jadi masukkan sajalah dalam acar ikan masin.
PadamBetul tu. Tak payah dah cari lauk lain.
BalasPadamdah terasa pulak kemasamannye...
BalasPadamkecur air liur nengok jeruk belimbing buluh tu kak oi
BalasPadamberselera terus kena lauk ni
BalasPadamlama x mkn belimbing buluh..
BalasPadam