Hari ini 14 September. Hari Selasa. Hari ulang tahun kelahiran anak bujang kami yang kedua. Memang tak dapat dilupakan sepanjang tempoh alahan sewaktu hamil, Encik Suami melayan dengan sabar. Asyik muntah tak boleh telan makanan. Sampai satu tahap, terpaksa dirujuk ke hospital kerana muntah bercampur darah akibat luka di kerongkong. Injection diberikan untuk tahan muntah. Kalau tak henti muntah terpaksa diahan di wad.
Ketika itu hanya boleh makan buah-buahan tetapi tengok jenis buah pula. Kalau makan epal, muntah semula. Akhirnya dengan izin Allah, bertemulah dengan sejenis buah yang tidak dimuntahkan semula selepas melepasi tekak. Tak lain tak bukan buah tembikai. Kebetulan waktu itu jerebu melanda. Setiap hari Encik Suami akan beli buah tembikai kerana buah itu sahaja yang boleh dimakan! Bayangkan hampir dua bulan lamanya makan buah tembikai!
Berat badan memang turun. Rupa memang dah tak ada rupa orang. Rupa kain buruk rasanya. Memang tidak bermaya.
14 September 1998, lahirlah seorang anak lelaki seberat 3.06 kg. Rambutnya hitam lebat, kulitnya bersih sebab katanya lahir kembar air! Sebaik sahaja lahir, nurse terus letak di dada supaya Amie boleh peluk. Allahu Akbar! Ini rupanya 'anak tembikai'! Proses kelahirannya sangat mudah, tanpa setitis kesan darah pada tubuhnya. Bersih dari hujung kepala hingga ke kakinya!
Sengsara sepanjang tempoh mengandung terus hilang sebaik sahaja menatap wajahnya!
Tiga gambar di bawah ini cuba teka mana satu anak tembikai itu?
Anak tembikai berbaju merah paling hujung! |
Hari ini anak tembikai sudah berusia genap 23 tahun. Mana satu bujang tembikai? |
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran .
BalasPadamTerima kasih CCL.
PadamAduh.. Samalah isteri saya.. Awal kehamilan mesti mabuk teruk..
BalasPadamRasanya waktu itu seolah-olah hidup sega mati tak mahu saja. AllahuAkbar!
PadamSelamat hari lahir anak kedua kak Amie :)
BalasPadamMoga sihat tubuh badan dan bertambah rezeki..
Terima kasih Shida. Aamiin ya Allah.
Padamselamat hari lahir abg fuad.
BalasPadamsemoga menjadi anak soleh.
Terima kasih Ann.
PadamAamiin yang Allah. Terima kasih atas doanya.
Happy Birthday Fuad π
BalasPadamSeronok jugak tiga beradik bulan September, meriah sambut bersama.
Cantik pelaminan. Terasa lama sungguh tak tengok pelamin sejak Covid melanda π
Terima kasih Ujie.
PadamBiasanya sambut sekali harung, tapi sejak terpisah ni terpaksalah sambut masing-masing seadanya.
Comelnya digelar anak tembikai. Penangan makan tembikai 2 bulan. Lain anak lain pengalamannya. Happy birthday Fuad, Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan berikan kesihatan yang baik. berjaya dunia akhirat. Aaaminn...
BalasPadamYa Fizah. 4 anak lahir, 4 pengalaman yang berbeza.
PadamTerima kasih ucapan dan doa untuk Fuad. Mudah-mudahan Dia mendengar danm memakbulkannya. Aamiin.
Eh sama hari jadi dengan adik saya. Selamat hari jadi Fuad. Comel gelaran anak tembikai. Semoga membesar jadi anak soleh dan berbakti pada ibu bapa
BalasPadamTerima kasih Sal. Happy belated birthday untuk adik Sal ye.
PadamTerima kasih ayas doanya.
Selamat ulang tahun kelahiran Abang Fuad.Anak kedua selalunya lain dari yang lain kanπ€
BalasPadamSemoga dipanjangkan umur yang berkat & diberkati hidup di dunia hingga akhirat
Terima kasih Mama Cella.
PadamKata orang begitulah anak kedua ni lain sikit, tapi rasanya setiap anak tu memang ada keunikannya yang tersendiri. Terima kasih doanya.
Ehe anak tembikai. Unik pula tiada darah pada badan selepas lahir. Senang itu 3 orang sambut hari lahir bulan sama.
BalasPadamSelamat hari lahir lewat untuk Fuad.
Mungkin terlalu banyak air dalam kandungan, sebab sampai 4 kali tukar kain sarung basah lencun dengan air sebelum bersalin. Anak-anak yang lain ada kesan darah pada badan, cuma yang ini lahir kembar air (kata ibu saya) selepas dia lahir baru ada darah.
PadamSelamat hari lahir buat anakanda. Moga dirahmati Allah swt selalu. Aameen. Penangan makan tembekai kulit jadi sihat Alhamdulillah, gelaran pun comel.
BalasPadamAnak tembikai Fuad, di hari lahirmu bonda doakan semoga panjang umur, diberi kesihatan yg baik, berjaya dalam kerjaya, bahagia di dunia dan akhirat.. Amiiinnnn Ya Rabbal Alamiiinnn.
BalasPadamSelamat Hari Lahir Lihat Blog saya mengenai WhatsApp Platform Media Sosial Paling Penting di Dunia. Whatsapp Saya Sangat Bersyukur jika anda mengunjungi Blog saya dan Berkongsi Pengalaman.
BalasPadamSelamat hari lahir Fuad!
BalasPadamSanah helwah Fuad aak soleh..mujur aak tembikaii bkn aak buluh betung heh..heh..
BalasPadamwah hensem abang tembikai...happy birthday Fuad...semoga jadi anak soleh kebanggaan ibu ayah..
BalasPadamSaya pulak ada sorang anak rambutan gula batu... hahaha
Selamat hari lahir ke 23 Fuad atau baby tembikai...
BalasPadamMoga jadi anak yg soleh dan berjaya didunia dan akhirat...
Semoga terus cemerlang dunia akhirat
BalasPadamJauh perjalanan luas pengalaman dan pandangan
Selamat hari lahir Fuad.. Sebut anak tembikai teringat kat Naura. Akhir pregnancy memang asyik makan tembikai je. Sebiji tu Naniey sorang je makan. Selang berapa hari pasti beli tembikai.
BalasPadamAmie..kelakar pulak akak baca kisah tembikai tu...skrg dh besar,dah hensem dh budak tembikai..
BalasPadamDh hensem fuad.. wah semua hero. Nanti meriah rumah kalau ada menantu hehe. Selamat hari lahir. Semoga berjaya di dunia dan akhirat
BalasPadamSelamat hari lahir anak tembikai..eh..Fuad...
BalasPadamSelamat berbahagia bersama keluarga tercinta, Amy.
BalasPadam