Nasi Lemak

10:55 PG

Jumpa lagi di pagi minggu yang nyaman.
Hari ini tidak ada aktiviti keluar rumah seperti sebelum ini.
Selepas solat Subuh, bergegas  ke dapur.
Buka tingkap dan pintu dapur, angin dingin menerpa ke wajah!
Suhu sejuk begini, alangkah nikmatnya dapat hirup minuman panas barang secawan!
Melalui celah tingkap dapur, dapat melihat kelibat Encik Suami sedang sibuk dengan rutin mingguannya! Banyak pasu bunga sudah disusun memenuhi setiap penjuru halaman, sehinggalah ke pintu dapur. Nampaknya aktiviti kegemarannya sepanjang PKP dan PKPB diteruskan sehingga ke hari ini. Mudah-mudahan hidup subur semua tanam-tanamannya. Terima kasih juga kerana membantu menyiapkan kerja-kerja rumahtangga, meringankan beban dari dalam rumah sehinggalah ke luar rumah.

Nasi Lemak

Menu sarapan pagi kami sekeluarga pagi ini ialah nasi lemak. Amie masak nasi lemak bubuh halba. Sambalnya pula sambal udang kering. Memang syok sendiri masak nasi lemak di dapur pepagi buta! Matahari belum terbit lagi. Dalam suhu sejuk, aroma sambal udang kering yang sedang ditumis di kuali menerjah ke luar melalui tingkap dapur! Ditambah pula dengan nasi lemak halba, bercampur aroma daun pandan!

Nasi Lemak
Seronoknya kalau dapat makan begini di tepi pantai berkelah bersama keluarga atau kawan-kawan! Lama sungguh tak berekreasi di tepi laut seperti dahulu, sebelum berlakunya Perang Tanduo. Di pantai timur Sabah memang banyak pantai yang cantik, dipenuhi dengan pulau-pulau kecil yang indah dan bersih. Sayangnya, kalau nak berkelah memang berfikir 99 kali. Maklum sahajalah, daerah kami bukanlah termasuk dalam kategori pantai yang dijamin selamat 100%! 

Nasi Lemak
Wokey!
Agaknya Encik Suami terlupa ambil daun pandan di belakang rumah. Jadi, sementara menunggu daun pandan sampai ke dapur melalui tingkap dapur, eloklah sediakan bahan untuk masak sambal terlebih dahulu. Sambal perlu disediakan lebih awal kerana ambil masa untuk memasaknya.  Jom kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 helai daun pandan - siat dan simpul
3/4 cawan minyak
2 sudu besar gula melaka parut
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
25 gram belacan - hancurkan
1 cawan udang kering - rendam hingga lembut - toskan - kisar halus
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa

Bahan kisar:
30 tangkai cili kering - rebus - toskan
3 labu bawang besar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

(Jika sukakan sambal yang lebih pekat, tambahkan 5 biji buah keras dalam bahan kisar. Amie tak bubuh sebab lupa, tapi sambal tetap sedap!)

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkan daun pandan, belacan serta udang kering kisar. Tumis hingga terbit aroma.
2. Masukkan bahan kisar, gula melaka dan gula pasir.
3. Biarkan masak dengan api sederhana. 
4. Apabila terbit minyak, masukkan bancuhan asam jawa dan biarkan mendidih, sehingga terbit minyak sekali lagi.
5. Jika kurang rasa, bolehlah tambah  Maggi Cukup Rasa atau garam / gula dan sebagainya. Sebenarnya belacan dan udang kering sudah sedia memberi rasa masin dalam sambal. Apa pun, sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.


Ketika menunggu sambal terbit minyak, Amie sempat sediakan teh panas. Masak serbuk teh bersama 1.5 liter air di dalam cerek, bubuh sedikit gula batu dan masukkaan tiga helai daun pandan yang disiat dan disimpul. Kami sekeluarga cukup menggemari minuman ini. Amie gunakan serbuk Teh Ceylon 888, teh kegemaran dari zaman dahulu lagi! Sambil masak di dapur, sambil hirup secawan teh panas! 

Nasi Lemak
Untuk memasak nasi lemak pula, Amie masak seperti biasa dalam rice cooker. Jika inginkan aroma yang lebih menggoda, bolehlah tumis dahulu bahan perencah dengan minyak masak atau marjerin, kemudian masukkan beras dan santan.

Bahan-bahan:
4 cawan beras biasa - cuci bersih dan toskan airnya
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
1 sudu kecil halba
3 cm halia - hiris
3 biji bawang putih - hiris
sehelai daun pandan (disiat-siat dan disimpul)
1/2 sudu kecil gula pasir
1 sudu kecil garam

Cara memasak:
1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi (rice cooker) bersama semua bahan lain.
2. Tekan butang 'on' dan biarkan sehingga masak seperti memasak nasi biasa.

Nasi Lemak
Selain sambal udang kering, Amie tambahkan udang goreng sebagai lauk pilihan. Amie goreng  600 gram udang kertas saiz besar. Bubuh garam dan serbuk kunyit sedikit saja, dan perap seketika, kemudian goreng hingga masak.

Nasi Lemak
Sementara menunggu nasi lemak tanak, kita siapkan dahulu lauk-pauknya seperti telur rebus, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng (Amie gantikan dengan kacang gajus), hirisan mentimun, dan juga lobak merah celur. Amie tambahkan lobak merah sebab ada raja lobak nak makan! Siapa lagi kalau bukan Fuad!

Nasi Lemak
Hidangan nasi lemak and the gang sudah siap! 
Sibuklah Firdaus memanggil Encik Suami di luar, dan juga Fuad dan Fairuz yang masih memerap di dalam bilik!

 Hasil tuaian Encik Suami di pagi minggu. Dua biji mangga udang yang sudah masak.

Yang masak ranum nan sebiji ini bolehlah dibuat jus!

Nasi Lemak
 Jom sarapan pagi!


Nasi Lemak
 Bismillah.

Alhamdulillah. Kenyang sampai tengahari dengan bersarapan nasi lemak halba sambal udang kering dan minum Teh Ceylon 888 yang manis-manis manja gula bantu serta harum aroma daun pandan.

Dah selesai bersarapan, Encik Suami menyambung kerjanya membersihkan keliling rumah. 
Tiba-tiba terdengar suaranya memanggil dari luar. Rupanya ada lagi mangga udang sudah masak. Setiap biji mangga udang ini beratnya melebihi 2 kg.

Sekian.
Cerita nasi lemak disisipkan sekali dengan mangga udang.

6 comments

  1. Memang musim mangga di Sabah sekarang ya Kak, Saya dapat kiriman mangga udang dari anak sepupu di sandakan, puas makan dari sebiji mangga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasa, memang banyak pokok mangga berbuah, tapi yg dijual tetap juga mangga dari Philipine dan Indonesia.

      Padam
  2. mantap, jadi laper kaka


    https://berguruseo.com

    BalasPadam
  3. terbaiklah kak.... paling best bila kacang tu pakai kacang gajus sedap dia lain macam,
    dana hujung minggu aritu pun menu nasi lemak juga tapi sambal sotong kembang

    BalasPadam
  4. Nasi lemak versi premium ni kak amie. ada udang goreng, kacang gajus dan lobak sekali tu. Puas hati makan macam ni. tambah pulak ada teh o panas. panas badan pagi yang sejuk :)

    BalasPadam
  5. Thank you for this wonderful article. The setup should continue! My latest post is about How Morse Code Works and Still Lives On in the Digital Age. We like to visit morse code translator. Thank you so much for your concern.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe