Ikan Tongkol Masak Pindang Tumis
8:12 PTG
Jumpa lagi.
Hari ini makan tengahari ketika jam menunjukkan hampir pukul 6 petang. Selesai meeting online, terus bergegas ke dapur. Nampaknya ada yang sudi masak nasi walaupun beras dalam rice cooker belum kembang. Sempat kita masukkan sebiji telur masin. Tak tahu siapa yang masak nasi. Mungkin Fairuz, mungkin Encik Suami! Di sinki, ada bungkusan ikan sedang direndam. Ikan tongkol rupanya. Masih keras! Kita pindahkan ke dalam bekas yang lebih besar dan tambah air supaya ikan terendam keseluruhannya. Tadi, separuh bahagian ikan saja yang terendam.
Fairuz memang tidak berminat untuk masak ikan. Kalau ayam, memang lajulah kerjanya! Bila bab ikan, memang sanggup dia makan maggi untuk alas perutnya. Bukan tak makan ikan, tapi tak mahu masak ikan.
Solat Asar dahulu.
Kembali ke dapur semula.
Terfikir-fikir, bila agaknya ikan tongkol ini dibeli sebab masih bulat belum dibersihkan! Bila diingat-ingat, rupanya kami beli di pasar Kunak! Lamanya.....! Patutlah sudah tidak nampak kesegaran ikan itu!
Untuk memudahkan kerja memasak, Amie olah jadi Ikan Tongkol Masak Pindang Tumis.
Warna kuah pindang kelihatan sangat kuning, akibat campur kunyit hidup dengan cili padi merah! Cili padi hijau ada dua tiga biji saja. Nampak pekat pula kuahnya!
Inilah rupa ikan tongkol yang muncul secara tiba-tiba di atas sinki... ahaks! Ada 4 ekor semuanya, tapi Amie masukkan kembali dua ekor ke dalam freezer. Masak 2 ekor saja. Ikan tongkol jenis hitam ini isinya lembut. Memang ada beza rasa antara ikan tongkol jenis hitam dengan tongkol jenis putih yang rasanya sesuai dipanggil ikan kayu sebab isinya pejal dan agak keras. Nak bezakan tongkol hitam isi lembut dengan tongkol putih isi pejal dan agak keras tidaklah susah. Ikan tongkol hitam siripnya panjang seperti dalam gambar atas dan bawah. Manakala tongkol yang isinya pejal dan agak keras siripnya lebih pendek dan bahagian atas badan ikan berjalur-jalur.
Wokey!
Bahan-bahan yang digunakan untuk masak pindang sudah tersedia, jadi marilah kita masak.
2 ekor ikan tongkol - bersihkan - kerat 5 setiap seekor
2 batang serai - diketuk
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 keping asam gelugor - boleh gunakan bancuhan air asam jawa
4 biji tomato saiz kecil - belah 2
3 cawan air
4 sudu besar minyak
2 helai daun kunyit - siat dan simpul
4 biji tomato saiz kecil - belah 2
3 cawan air
4 sudu besar minyak
2 helai daun kunyit - siat dan simpul
garam / gula melaka / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
20 biji cili padi merah / hijau
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
1 cm halia
3 cm kunyit
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis serai bersama bawang besar hingga terbit aroma.
2. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam tumisan. Tumis hingga pecah minyak.
Bahan tumbuk / kisar:
20 biji cili padi merah / hijau
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
1 cm halia
3 cm kunyit
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis serai bersama bawang besar hingga terbit aroma.
2. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam tumisan. Tumis hingga pecah minyak.
3. Tuangkan air dan biarkan kuah mendidih.
4. Masukkan asam gelugor, gula melaka, ikan, dan tomato.
5. Masak selama 5 minit. Masukkan daun kunyit.
6. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
7. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Masakan pindang ikan ini Amie bubuh sedikit gula melaka sebab takut terlalu pedas, nanti Firdaus tak mahu makan pula!
4. Masukkan asam gelugor, gula melaka, ikan, dan tomato.
5. Masak selama 5 minit. Masukkan daun kunyit.
6. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
7. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Masakan pindang ikan ini Amie bubuh sedikit gula melaka sebab takut terlalu pedas, nanti Firdaus tak mahu makan pula!
Alhamdulillah.
Walaupun anak-anak tak suka masak ikan, tapi bila dihidangkan lauk begini menambah pula nasi dalam pinggan masing-masing. Melihat Firdaus berkali-kali meminta kuah pindang, rasa seronok pula sebab sekurang-kurangnya anak alaf 21 ini boleh terima masakan kampung terutama rasa serai, halia, dan kunyit itu!
5 comments
Sibuk ya Amie, sedap ni msm mcm ni mkn dgn nasi panas2kan
BalasPadamLapar terus tengok lauk tu!
BalasPadamHampir sama menunya
BalasPadamTengah hari ini wak ngadap lauk pindang rebus ikan parang.
dana biasa ikan kerisi dengan ikan kembong je buat pindang... menarik jugak pindang ikan tongkol nih
BalasPadamWah..terus lapar rasanya
BalasPadam