Syurga Beli Oleh-Oleh Makanan Tradisional di Ayer Hitam
11:59 PG
Lama dah Amie berangan-angan kalau berkesempatan sampai ke Ayer Hitam sekali lagi, Amie ingin borong baulu gulung banyak-banyak. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada Amie di awal September ini. Itu pun Amie tidaklah mengharapkan sangat, sebab yang paling penting sampai tujuan pendaftaran Fuad. Cadangan Kak Aton untuk mencari gerai jualan segala macam makanan tradisional di Ayer Hitam pada sebelah malam, kami sambut dengan baik. Katanya, kalau esok tak sempat datang sini, sekurang-kurangnya sebelah malam ini kita boleh beli sikit-sikit.
Hampir pukul 10 malam, kami tiba di sini.
Syukur Alhamdulillah.
Baulu gulung jem nanas yang dicari akhirnya dapat ditemui, walaupun tuan kedai terpaksa mencari di kedai-kedai jiran yang lain untuk kumpulkan 100 gulung baulu! Minta maaf dik, sebab asyik buatkan kamu terpinga-pinga mendengar jumlah yang dimaksudkan, dan sekali lagi dia terpaksa mengambil masa mengira harganya. Katanya, tidak pernah pelanggan membeli dalam jumlah yang begini banyak!
Di dalam kepala ini, sudah mencongak-congak membahagi baulu gulung untuk keluarga dan jiran tetangga sebelah Bonda di kampung, dan keluarga sebelah Encik Suami di LD, termasuk rakan-rakan sekerja, dan juga pekerja-pekerja di bawah seliaan Encik Suami dan jiran kami.
Apa istimewanya baulu gulung ini?
Bagi Amie memang ia sangat istimewa kerana diperbuat secara tradisional. Baulu ini mempunyai rasa manis sederhana dengan teksturnya yang agak keras sedikit. Itulah yang Amie rasa sedap!
Sedikit demi sedikit baulu gulung dikumpul, akhirnya berjumlah 99 batang! Minta cukupkan menjadi 100 batang. Harga baulu gulung ini ialah RM10.00 untuk 3 batang. Kami singgah di gerai No 15 seperti di bawah ini. Hanya gerai ini sahaja katanya yang dibuka 24 jam!
Sayangnya, pada penghujung tahun ini katanya gerai di sini akan dipindahkan ke Kluang pula! Dan ruangan gerai jauh lebih kecil dari yang sedia ada di sini.
Sesungguhnya tak dapatlah Amie nyatakan secara terperinci segala macam jenis keropok, kerepek dan sebagainya yang ada di sini. Hanya gambar sahajalah sebagai pengganti bicara.
Sementara tuan kedai ke sana ke mari mencari jumlah baulu gulung yang Amie kehendaki, sempatlah tangkap gambar di dalam kedainya.
Selain dodol di atas, di sini juga Amie beli wajik sirat, tapi tak ambil gambar.
Telur pindang!
Pertama kali Amie terpandang, Amie nak beli.
Leka dengan baulu gulung dan yang lain-lain, terlupa pulak dengan telur pindang!
Ciku pun besar-besar saiznya.
Tak sempat nak meneroka gerai lain di sekitar.
Farid dan Fuad memilih makanan kegemaran masing-masing.
Kak Aton dengan dodolnya!
Bagi penduduk sekitar dan yang sudah biasa berulang-alik ke Johor memang ia perkara biasa, tetapi bagi yang berminat untuk singgah buat pertama kalinya di sini, eloklah datang untuk menjamu mata dan juga menjamu selera dengan pelbagai makanan ringan dan kuih-muih tradisional di sini. Banyak gerai yang sama berderetan di situ. Cuma, kami hanya berkesempatan berurusan dengan gerai ini.
Terima kasih layanan baik dari peniaga gerai No 15 dan terima kasih juga menunjukkan arah restoran untuk kami makan malam, walaupun sudah agak lewat.
Selesai membeli-belah di gerai Ayer Hitam, kami singgah makan malam di Restoran Family Tip Top.
4 comments
Banyaknya akak beli bahulu gulung...
BalasPadamkongsi rezeki yek, dalam masa yang sama boleh kenalkan kepada mereka yang belum pernah jumpa.
Beli banyak sebab rasanya sedap!
PadamNanti kalau ada rezeki sy kirimkan bahulu gulung ke sana ya, Kak Amie.
BalasPadamWah, bestnya! Bahulu gulung sana memang sedap sungguh!
Padam