Simpang Ampat Melaka : Jom Borong Buah-buahan!
10:17 PG
Ketika kereta masuk ke persimpangan melepasi Bandar Alor Gajah, Melaka nampaknya aliran trafik jadi sangat perlahan! Kenapa banyak sangat kenderaan di sini? Oh! Rupanya bukan di Bandar Hilir sahaja yang menjadi tumpuan ramai, di sini pun tidak kurang hebatnya!
Kami tertarik melihat pelbagai gerai di tepi jalan yang menjual bermacam jenis kraftangan, belacan yang bergantungan, dodol cair, termasuk dodol yang sedang dimasak / dikacau di dalam kawah. Nampak sungguh menarik! Dodol dimasak secara tradisional dengan menggunakan kayu api. Lemang buluh dan lemang periuk kera ada di mana-mana gerai. Sayangnya kami tak sempat turun dari kenderaan!
Kak Aton membawa kami masuk ke suatu simpang kecil, dan di situ memang agak kurang kenderaan. Sekurang-kurangnya dapatlah melihat sendiri apa yang dijual (hanya sempat membeli buah-buahan). Anak-anak pun dapat berkenal-kenalan dengan buah-buahan tempatan yang kata penjual buah di situ, musim buah sudah hampir ke penghujungnya!
Kami sempat membeli buah binjai. Kak Aton beli 2 kg, Amie pun beli 2kg. Kononnya nak bawa sebiji dua ke LD, tapi bila tiba hari berangkat ke KLIA, terpaksa batalkan hasrat sebab aroma binjai sangat kuat! Lagi pun beg penuh berisi macam-macam makanan yang Bonda kirim untuk cucu-cucunya di LD.
Harga buah binjai di atas ialah RM8 sekilogram. Pada mulanya Kak Aton tak jadi beli di salah sebuah gerai yang kami singgah. Katanya, harga buah binjai yang ditawarkan sangat mahal : RM17.00 sekilogram. Rupanya kena rajin mencari dan memilih untuk dapatkan harga yang berpatutan!
Amie ikut sajalah apa Kak Aton kata. Lagi pun memang teringin makan buah binjai. Entah berapa puluh tahun tak pernah merasa!
Petai pun banyak bergantungan di sepanjang jalan!
Kak Aton beli seikat. Kalau tak silap seikat ada 8 papan, dengan harga RM10.00.
Untuk menambah pengetahuan anak-anak, Amie perkenalkan ini buah tampoi. Sekilogram berharga RM10.00.
Sayangnya Farid dan Fuad tak mahu pula makan buah tampoi!
Ini pula buah sentul!
Kak Aton mengimbau kisah lama.
Sewaktu bersekolah rendah dahulu, sementara menunggu bas sekolah tiba kami suka memanjat pokok sentul Wak Kuri, dan makan buahnya yang masam!
Hihiii... bukan pokok sentul Wak Kuri!
Kita bergayut di dahan sentul Paman Tukiman!
Oh! Banyaknya pokok sentul di kampung kami. Itu dulu. Sekarang, nak jumpa sebatang pokok pun susah!
Manggis!
Seminggu sebelum hantar Fuad ke UTHM, kami bermalam di Semporna. Terpandang buah manggis, tapi tak jadi nak beli. Punyalah mahal harganya mencecah RM20.00! Sungguh tak masuk akal. Di sini, manggis yang dijual berharga RM7.00.
Buah dukung.
Kak Aton beli di sini tetapi dalam perjalanan terdengar rungutnnya mengatakan harga dukung agak mahal. Sekembalinya dari UTHM, kami singgah di Simpang Ampat lagi, dan Kak Aton dapat mencari dukung berharga RM10.00 untuk 3 kilogram. Amie pun beli juga.
Buah duku.
Amie beli 3 kilogram dengan harga RM10.00.
Kebanyakan buah-buahan yang kami beli, kami makan sepanjang perjalanan menuju ke Batu Pahat. Sekembalinya dari sana, kami singgah lagi dan beli lagi untuk dibawa ke kampung.
Buah rambai.
RM6.00 sekilogram.
Anak-anak tak ada yang tahu tentang buah klasik ini.
Dahulu, inilah buah rebutan kami!
Memang nampak meriah sungguh pemandangan di tepi jalan. Penuh dengan pelbagai gerai buah-buahan tempatan!
Kraftangan pun cantik-cantik dan unik!
Buah binjai pelbagai saiz, ada yang kecil, sederhana dan besar. Sebiji buah binjai yang besar mencecah 1 kg beratnya!
Sempat melihat orang mengacau dodol di dalam kawah!
Melihat papan tanda ini teringat sejarah perjuangan Dol Said di Naning!
Belacan Melaka bergantungan di hadapan gerai!
Sekian, catatan kecil ketika singgah di Simpang Ampat, Melaka.
4 comments
Nak contact number.tq
BalasPadamSalam blh bg no fon
BalasPadamSalam blh bg no fon
BalasPadamLain kali jika ke Melaka, nak ke Simpang Ampat lah, boleh cuci mata dan poket Pak Inche, hehe.
BalasPadam