Fuad Mendaftar di UTHM : Selamat Mengejar Cita-Cita
10:43 PTG
2 September 2018, bersamaan pada hari Ahad Fuad mendaftar sebagai salah seorang pelajar UTHM. Dan seperti biasa, perlu menjalani orientasi pelajar selama seminggu.
Tahniah dik!
Belajar rajin-rajin.
Jangan lupa solat.
Berjimat cermat ketika berbelanja.
Ikutkan hati memang tak mahu jenguk biliknya!
Bila melintasi pintu yang terbuka, rasa pedih!
Rasa sunyi!
Rasa sepi!
3 bulan Fuad menghabiskan cuti bersama kami setelah menamtkan pengajiannya di Kolej Matrikulasi Labuan.
Fuad!
Petang tadi Amie ajak Firdaus tidur. Bilik kami berhadapan dengan bilik Fuad. Firdaus pula suka melukis. Dibawanya buku dan pen ke dalam bilik, dan melukis. Katanya, ini gambar keluarga kita. Cukup lengkap dari Baba, Mommy, Farid, Fuad, Fairuz dan dirinya sendiri, Firdaus.
Kemudian dia tambah lagi seorang, gambar perempuan di hujung sekali. Katanya itu gambar mamanya, pengasuh Firdaus. Sesekali disebut-sebut juga nama abang Farid dan Fuad!
Memang tak berapa bersemangat untuk menulis tentang kenangan ini, tapi bila fikirkan ia berguna buat tatapan anak-anak bila kita tiada, segera kita bingkas bangun menuju ke meja komputer. Tak boleh layan rasa lama-lama. Farid pun sudah hantar gambar, katanya dia sedang makan malam di Seri Iskandar.
Maka, jari-jemari ini pun mulalah menekan butang, dengan rasa santai-santai saja.
31 Ogos 2018, Encik Suami bersama Fairuz dan Firdaus hantar kami berdua ke Airport Tawau. Amie seorang yang hantar Fuad untuk daftar di UTHM, Johor. Amie ambil Cuti Rehat Khas selama 3 hari untuk hantar anak daftar masuk ke IPT. Fairuz dan Firdaus bersekolah pada hari tersebut. Pukul 7 malam, lewat sedikit kami terbang ke Kuala Lumpur.
Waktu ini, perasaan pun dah mula lain macam...hiks!
Hidangan Nasi Goreng Yangzhou dengan Telur Dadar pun tak berapa nak dijamah.
Minta tolong Fuad habiskan nasi goreng!
Bila penerbangan lewat, sampai ke KLIA2 pun lewat juga. Hampir pukul 10.30 malam barulah dapat berjumpa Abang Farid yang sanggup datang naik bas dari Seri Iskandar. Alhamdulillah Kak Aton, bersama Mira datang mengambil kami di KLIA 2 untuk pulang ke kampung. Malam itu, Kak Aton belanja makan aiskrim di KLIA2. Lewat pukul 11 malam, baharulah kami bergerak ke kampung, dan 12.38 malam sampailah kami. Bonda sambut di muka pintu. Begitu begini bercerita, entah pukul berapa tidur!
Pagi Sabtu, 1 September 2018 tepat 10 pagi, Kak Aton datang bersama Mira. Kami cadang untuk bermalam di Batu Pahat. Mulanya, Bonda akan turut serta, tetapi dibatalkan sebab Bonda kurang sihat.
Kami pun memulakan perjalanan dari kampung menuju ke Batu Pahat.
Singgah di A Famosa Freeport Outlet.
Kak Aton kata nak hilangkan rasa mengantuk.
Selain jamu mata, rembat jugalah dua tiga benda di sini!
Memandangkan sudah tiba waktu makan tengahari, kami singgah di Baker's Cottage @ Famosa Freeport.
Kami pesan seekor ayam panggang madu.
Kak Aton kata, harganya pun okey : RM15.90 sen seekor.
Kemudian kami tambah pesanan nasi, Rm1.40 sen setiap satu.
Dan tambah lagi satu, iaitu chicken meatball soup, Rm1.10 sen semangkuk.
Selesai makan, dan solat kami pun bergerak meninggalkan tempat ini.
Kak Aton ajak singgah makan durian di tepi jalan. Farid, Fuad dan Mira tak makan durian!
Hairan juga kan, kenapa ada segelintir kecil yang tak boleh makan raja buah ini...ahaks!
Hairan juga kan, kenapa ada segelintir kecil yang tak boleh makan raja buah ini...ahaks!
Pada mulanya Kak Aton tertarik untuk singgah kerana melihat harga RM5 yang terpampang besar di atas bakul. Bila Kak Aton pegang durian, dan minta buka peniaga itu kata dia tak jual durian itu. Katanya isinya tak bagus. Dia berikan kami seulas durian kecil untuk mencuba rasanya, dan terus diambilnya sebiji durian lain lalu dibukanya.
Kemudian, katanya ambillah sebiji lagi. Belum sempat kami sahut, peniaga tersebut sudah membelah kulit sebiji lagi durian!
Ini durian pertama yang diletakkan di atas meja untuk kami.
Ini durian kedua.
Separuh lagi durian itu dia tak bagi kami.
Bila Amie tunggu di depannya untuk memberikan sebahagian lagi, dia berkata begini:
Pergilah makan durian itu.
Amie kata: Kenapa separuh lagi durian ini kamu tak bagi kami?
Jawabnya: Pergilah makan dulu, nanti saya hantar. Awak ingat saya tipu ke?
Amie dan Kak Aton pun makan durian yang sudah dibuka.
Kemudian dia datang ke arah kami, dan meletakkan seulas durian kecil di atas durian yang separuh. Seingat Amie banyak lagi ulas durian yang tersembunyi di dalamnya.
Kami berpandangan dan saat itu juga kami sedar, kami diperbodohkan.
Bila Amie tanya, mana durian yang lebih itu, jawabnya : Isi tidak bagus!
Kak Aton minta diskaun, tetapi tidak dilayan.
Akhirnya kami tinggalkan gerai durian itu setelah membayar harga durian tersebut.
Dalam kereta Amie kata: Tahu tak? Dia sengaja ambil sebahagian durian itu untuk bagi rasa pada pelanggan macam mula-mula kita datang tadi.
Jawab Kak Aton: Dia perdaya pelanggan dengan meletakkan harga RM5 pada bakul durian, bila kita nak beli dia tak bagi padahal durian itu elok. Sebaliknya dia tunjukkan durian harga RM25 pula! Cepat-cepat pula tu mereka (berdua) membelah kulit durian sampai tak sempat kita nak kata apa!
Entahlah! Tak tahu nak kata apa. Nak berkelahi pun, mereka ada parang!
Wokey!
Taklah terasa sangat menulis entri kali ini bila diselang-seli dengan cerita-cerita lain he heee. Moga Fuad dapat belajar dengan selesa di sana.
3 comments
Sama ngan anak bongsu acik masa diploma belajar diuthm.sambung degree di utm skudai
BalasPadamYa Allah, geram pulak baca kisah durian tu. Sy pun pernah terkena di Balik Pulau.
BalasPadamTaktik peniaga durian!
Padam