Rendang Bunga Betik
1:14 PTG
Orang kata, yang pahit itulah ubat!
Benarkah?
Nak cerita tentang bunga betik , tapi kalau nak tahu khasiatnya silalah berbual-bual dengan Pak Google...hiks! Sebelum ini Amie pernah kongsikan resepi bunga betik atau kembang kates (ikut bahasa Melayu Cocos). Bila memasuki keluarga sebelah Encik Suami barulah Amie 'belajar makan' bunga betik! Biasanya MIL olah bunga betik menjadi kerabu, ditambah dengan jantung pisang dan pucuk ubi. Biasanya MIL suka masak 'lodeh'. Masakan lodeh MIL berbeza dengan masakan lodeh kita. Boleh klik di sini : SAYUR LODEH COCOS.
RENDANG
BUNGA BETIK
Bahan-bahan:
400 gram
bunga betik
2 cawan pati
santan
2 sudu besar
kerisik
2 helai daun
kunyit – hiris halus
Garam dan
gula / perasa pilihan secukup rasa
Bahan kisar:
20 biji cili
padi
2 ulas
bawang putih
5 biji
bawang merah
1 labu
bawang besar
3 cm lengkuas
2 cm kunyit
hidup
2 batang
serai
1 sudu besar
udang kering
Cara
penyediaannya:
1. Rebus bunga betik hingga layu dan toskan airnya.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali bunga betik,
garam, gula dan hirisan daun kunyit di dalam kuali.
3. Masak sehingga terbit minyak.
4. Akhir sekali masukkan bunga betik, hirisan daun
kunyit, kerisik, gula dan garam.
5 5. Kacau rata, dan padamkan api dapur.
Petua: Untuk
kurangkan rasa pahit bunga petik, tambahkan dua atau tiga keping asam keping
semasa merebus bunga betik tersebut.
4 comments
Interesting, Amie. Bunga betik pun boleh direndangkan. Nampak sedap...
BalasPadamWow, bunga betik? Never thought it can be cooked.
BalasPadamhttp://panphila.blogspot.my
Salam Amie..lama tidak singgah. Selamat berpuasa untuk Amie sekeluarga. Semoga sihat dan ceria sepanjang Ramadhan ini. Peluk cium utk Firdaus.
BalasPadamPH,
BalasPadamada rasa pahit tapi berkhasiat.
Panphila,
boleh jew masak macam2.
Cik Wan,
Selamat berpuasa juga buat Cik Wan sekeluarga. Sudah disampaikan peluk cium untuk Firdaus.