Pages

Ahad, 21 Mei 2017

Rendang Bunga Betik

Orang kata, yang pahit itulah ubat!
Benarkah?
Nak cerita tentang bunga betik , tapi kalau nak tahu khasiatnya silalah berbual-bual dengan Pak Google...hiks! Sebelum ini Amie pernah kongsikan resepi bunga betik atau kembang kates (ikut bahasa Melayu Cocos). Bila memasuki keluarga sebelah Encik Suami barulah Amie 'belajar makan' bunga betik! Biasanya MIL olah bunga betik menjadi kerabu, ditambah dengan jantung pisang dan pucuk ubi. Biasanya MIL suka masak 'lodeh'. Masakan lodeh MIL berbeza dengan masakan lodeh kita. Boleh klik di sini : SAYUR LODEH COCOS.

Cerita tentang Rendang Bunga Betik pula, resepi ini pernah tersiar dalam majalah SAJI Februari 2017. Resepinya pun mudah, dan bagi penggemar sayur-sayur pahit, tentu teruja nak mencubanya.

RENDANG BUNGA BETIK
Bahan-bahan:
400 gram bunga betik
2 cawan pati santan
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit – hiris halus
Garam dan gula / perasa pilihan secukup rasa

Bahan kisar:
20 biji cili padi
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
2 batang serai
1 sudu besar udang kering

Cara penyediaannya:
1. Rebus bunga betik hingga layu dan toskan airnya.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali bunga betik, garam, gula dan hirisan daun kunyit di dalam kuali.
3. Masak sehingga terbit minyak.
4. Akhir sekali masukkan bunga betik, hirisan daun kunyit,  kerisik, gula dan garam.
5   5. Kacau rata, dan padamkan api dapur.


Petua: Untuk kurangkan rasa pahit bunga petik, tambahkan dua atau tiga keping asam keping semasa merebus bunga betik tersebut.


4 ulasan:

  1. Interesting, Amie. Bunga betik pun boleh direndangkan. Nampak sedap...

    BalasPadam
  2. Wow, bunga betik? Never thought it can be cooked.

    http://panphila.blogspot.my

    BalasPadam
  3. Salam Amie..lama tidak singgah. Selamat berpuasa untuk Amie sekeluarga. Semoga sihat dan ceria sepanjang Ramadhan ini. Peluk cium utk Firdaus.

    BalasPadam
  4. PH,
    ada rasa pahit tapi berkhasiat.

    Panphila,
    boleh jew masak macam2.

    Cik Wan,
    Selamat berpuasa juga buat Cik Wan sekeluarga. Sudah disampaikan peluk cium untuk Firdaus.

    BalasPadam