Turki (27) : Venessa Seramik Art Gallery

10:13 PTG

Masih di Cappadocia.
Kami mengunjungi Venessa Seramik Art Gallery di Avanos. Memang tidak dapat dinafikan betapa halus dan indahnya seni kraftangan lama di sini. Avanos mempunyai sejarah pembuatan seni seramik lebih 4,000 tahun lamanya. Encik Barchin telah memberitahu kami, mengikut tradisinya penduduk lelaki Cappadocia mesti memiliki kemahiran membuat tembikar sebagai salah satu syarat untuk diterima sebagai menantu di situ! Kemahiran seni seramik ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan biasanya terdapat 'rahsia' tertentu yang perlu disimpan untuk menghasilkannya.

Bergambar di pintu (keluar).


Apa itu seramik?
Seramik berasal dari perkataan Greek 'keramos' yang bermaksud tanah liat yang digunakan untuk membuat sesuatu barangan. 


Kadang-kadang apabila disebut seramik, kita terbayang pula tembikar! Ini disebabkan tembikar juga diperbuat daripada tanah liat. Seramik lebih menjurus kepada hasil seni yang lebih kompleks dan bahan tanah liat yang digunakan perlu didedahkan pada suhu melebihi 600'Celsius!

Di Venessa Seramik Art Gallery ini, pembuatan seramik bermula sejak 200 tahun lamanya. Demi cinta kepada seni dan budaya serta melukiskan sejarah tamadun yang penuh gemilang ini, mereka memberi nafas baru terhadap barangan yang dihasilkan umpamanya memberi sentuhan yang lebih moden. Pendek kata, mereka sentiasa cuba lebih kreatif dan inovatif dalam meneruskan pembuatan seni tradisional kepada teknik yang lebih moden.

Kami di bawa ke sebuah bilik khas untuk menyaksikan sendiri proses pembuatan seramik.


 Demontrasi membuat seramik sedang bermula.

Apa akan jadi dengan segumpal tanah liat di tangan lelaki Turki ini?

 

Lihat kedua-dua belah kakinya yang pantas dan cekap mengawal gerakan pusingan bulatan di bawahnya!

 Nampak selamba dan bersahaja! Tak payah pandang pun menjadi juga!




 Tidak sampai 2 minit, sudah terbentuk satu objek dari tanah liat!

Kaki dan tangan memainkan peranan penting untuk menghasilkannya, sementara  di dalam otak barangkali sudah terpahat segala bentuk dan langkah demi langkah!


 Dah siap ke?

Ini contoh bekas air seramik yang terhasil setelah melalui pelbagai proses. Bekas air ini disangkutkan pada bahu, dan untuk menuang air ke dalam gelas atau cawan, perlu membongkokkan badan dan merendahkan bahu! He he heee... bayangkan pengantin perempuan Cappadocia sedang menuangkan air minuman untuk pengantin lelaki! Alangkah sopannya!


 Seterusnya kami dijemput memasuki ruang pameran proses membuat seramik.























 Pelbagai corak yang kelihatan begitu kompleks!



Corak yang dihasilkan mempunyai maksud yang tersirat dengan menggunakan simbol-simbol tertentu!


Kemudian kami dibawa ke bilik khas yang mempamerkan hasil seni seramik! Sayangnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar! Tidak dapat digambarkan betapa cantiknya segala hasil seni tangan mereka! Kesemuanya mempamerkan corak kehidupan, sejarah dan budaya termasuklah warisan Selcuks dan Uthmaniyyah. Tulisan khat dan ayat al-Quran diukir dengan begitu indah sekali. Setiap hasil seramik memaparkan warna yang sungguh menarik! Selain pelbagai bentuk pinggan yang berwarna-warni, terdapat juga pasu dan jubin. Diskaun diberikan kepada yang berminat untuk membelinya.
Di hati, memang berkira-kira untuk membawa pulang seramik kecil! Namun apabila mata melihat, cawan kecil dengan harga tidak kurang dari TL500, cepat-cepat alihkan pandangan ke tempat lain! Untuk kenangan, Amie dan Salawati membeli fridge magnet dengan harga TL10. Bila melihat harga di luar, hanya TL3 sahaja! Dan paling tidak dapat Amie lupakan, fridge magnet yang Amie beli di Pigeon Valley dengan harga TL3, di sini berharga TL20! Tapi tak tahulah, kalau dari segi kualitinya mungkin di sini lebih ok...hiks!

Keluarlah kami dari 'syurga seramik' yang hanya mampu dipandang oleh mata tapi tak berapa berani nak pegang, takut jatuh dan pecah berderai! Kepada peminat barangan seramik, eloklah berkunjung ke sini untuk menjamu mata! Oleh sebab tidak boleh dirakam dengan lensa kamera, simpan sahajalah di dalam minda!

 Encik Barchin dengan hayati pun sudah lama menunggu kami keluar dari sini!

 Wokeh!
Hayati sudah sedia untuk membawa kami ke destinasi yang seterusnya!



Bas berhenti di sebuah pusat jualan emas dan perak pula! Adeeehhh... sekali lagi kami terpaksa menjamu mata dengan pelbagai barangan yang memukau! Barangan kemas yang diperbuat daripada pelbagai jenis batu permata yang indah-indah belaka! Salah seorang pekerja menunjuk ke arah cincin yang Amie pakai. Katanya, cincin Amie mahal sebab diperbuat daripada emas. Ada cincin perak yang sesuai untuk Amie. Dia pun terus tarik jari Amie dan sarungkan! Ha ha haaa.... cincin tak boleh tersarung ke jari Amie yang montel! Cepat-cepat dia memilih yang lain! Memang cantik tapi bila ditunjukkan harganya.... masha Allah! TL19,000!  Jenuhlah dia memperkenalkan dan menerangkan kepada Amie tentang reka bentuk, gaya pemakaian dan sebagainya! Jom...jom...ambil angin di luar!

Selepas ini.... ke mana pula?

Entri berkaitan kembara ke Turki:

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe