Turki (22) : O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir

8:14 PTG

Turun dari belon panas, kembali semula ke Avrasya Hotel untuk bersarapan dan pukul 9.30 pagi kami bergerak ke Göreme. Göreme merupakan sebuah kawasan yang unik dan sebahagian daripada bentuk muka buminya kami telah saksikan semasa berada di atas belon panas! Perkara yang sangat menarik dan Amie rasa pelik sudah tentulah bila melihat batu-batu pelbagai bentuk yang kelihatan aneh  serta berpintu! In shaa Allah dalam entri akan datang Amie akan paparkan apakah sebenarnya batu-batu aneh dan pelik yang kami lihat sepanjang berada di sini.Kali ini kami singgah di O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir. 

Sebaik sahaja melewati pintu masuk, apa yang dapat Amie saksikan ialah beberapa buah gerai atau cafe di sini. Nampaknya beberapa orang pelanggan kelihatan sedang duduk-duduk sambil minum cay atau juga minum kopi dan menikmati sinaran cahaya matahari!


Dan ada juga pemilik cafe yang sedang sibuk mengemas  serta membersihkan ruang cafe masing-masing.


Beralih pandangan ke sebelah kiri pula, deretan gerai menjual pelbagai barangan kraftangan.



 Selain kraftangan, pelbagai jenis pakaian turut dijual.

Ketika ini ahli rombongan yang lain berpecah mengikut kumpulan masing-masing menuju gerai-gerai pilihan mereka, dan ada juga yang mengambil gambar kenangan. Salawati dan Nurhidayah pun entah ke mana! Tentu Salawati ambil gambar Nurhidayah dan begitulah sebaliknya. Nurhidayah pandai mencari latar belakang yang menarik untuk bergambar! Tinggallah Amie dengan Atie. Kerja Amie sudah tentulah tembak sana tembak sini ikut sedap mata memandang! Sekarang Atie pula yang Amie tembak...hiks!

 Pantang jumpa pokok gondol...mesti nak tembak juga walaupun tak berapa mengena!

Apa yang menarik di sini, bukan sahaja sebagai tempat singgah untuk minum dan membeli cendera kenangan, tetapi pada masa yang sama kita boleh menikmati pemandangan di sekitar!




Ada sesuatu yang unik dan menarik perhatian sepanjang lawatan kami di semua tempat di Turki! Sudah tentunya batu bermata biru pelbagai bentuk! Dari yang sekecil-kecilnya (sebagaimana yang diberikan oleh Betse kepada Amie semasa melawat pusat jualan barangan berasaskan minyak zaitun) kepada bentuk yang lebih besar! Selain pemandangan biasa seperti gambar di atas, batu mata biru juga ada di tempatnya yang 'tersendiri' di bawah ini.

Nampaknya penjual aiskrim pun tidak mahu ketinggalan meletakkan batu mata biru di tiang gerainya!

Bila diteliti dan diamat-amati, tidak semua batu mata biru ini diperbuat daripada batu tetapi sebahagiannya diperbuat daripada batu sintesis. Bentuknya tetap sama iaitu ikon mata berwarna biru walaupun saiznya berbeza. Penduduk tempatan memanggilnya sebagai nazar boncugu atau mata biru.

Si mata biru ini rupa-rupanya dipercayai sebagai pengusir roh jahat. Ini merupakan kepercayaan turun-temurun dari nenek moyang mereka! Berdasarkan kepada sejarah dan budaya yang pelbagai serta berlakunya pertembungan, sudah tentulah ada sesuatu tradisi atau kepercayaan dan adat resam yang diwariskan dari generasi ke generasi. Dengan kata lain dalam bahasa kita yang lebih mudah difahami, batu mata biru ini merupakan tangkal atau azimat supaya mereka terlindung dari pandangan mata yang jahat!

Beberapa bulan sebelum Amie melihat bumi Turki, ada sebuah gelang dadu kecil dengan ejaan Istanbul pada setiap dadu tersebut dan di hujungnya si batu bermata biru! Sayangnya, Amie tidak sempat bertanya, dan barangkali 'terlupa'  untuk menyiasat siapakah pemberi cendera kenangan misteri itu! Gelang tersebut ada di atas meja Amie! Seingat Amie, pada tahun lepas, salah seorang rakan sekerja telah menjejakkan kaki di Turki, dan memberikan sendiri oleh-oleh berupa fridge magnet Hagia Sophia kepada Amie. Gelang batu mata biru itu... entah dari siapa! Maklumlah, bila musim cuti rakan-rakan sukan mengembara ke sana kemari, dan pulang dengan pelbagai cendera kenangan yang comel-comel, dan kemudian diletakkan sahaja di atas meja kami tanpa mengetahui siapa pemberinya!

Batu mata biru bukan sahaja dalam bentuk seperti yang tergantung di ranting pokok, tetapi boleh didapati dalam pelbagai bentuk perhiasan seperti key chain, fridge magnet, dompet dan seumpamanya. 


Teringat lagu Permata Biru nyanyian Ella:
Permata biru usah biarkan dirimu

Disaluti lumpur dan debu kota
Permata biru berhati-hatilah selalu
Usah kau lontarkan dirimu ke lembah hina


Antara gelang bentuk mata biru yang ada di sini.


Lihat di hujung sana tu.... si mata biru tetap ada di mana-mana!

Beginilah gaya penjual aiskrim di Turki! Pembeli akan dipermain-pmainkan terlebih dahulu sebelum aiskrim sebenar diserahkan! Ingatkan dah boleh ambil aiskrim tu! Rupanya diterbalikkan ke atas!

 Kemudian diserahkan kembali, tapi dipermainkan lagi!

 Akhir sekali barulah aiskrim diisi penuh dan diserahkan kepada pembeli!

Hairan juga ye.... kenapa setiap penjual aiskrim (penjaja jalanan atau gerai) buat perkara yang sama?

 Inilah rupa aiskrim dengan harga TL5...hihihiii nampak lucu pulak!
Kalau datang ke Turki, jangan lupa cuba aiskrim di sana ye!



 Oh! Ada mata biru lagi!

Bila melihat patung penari sufi, Amie teringat Mevlana Museum dan penyair Rumi! Jika anda peminat seni kebudayaan, jangan lepaskan peluang menonton persembahan Sufi Dance dengan tiket berharga TL110.

 Amie tidak ikut serta untuk menontonnya, kerana Amie sudah melihatnya melalui video dan gerakannya sama sahaja selama satu jam! Lagi satu, gerakan para penari dalam keadaan berpusing!





 Wah! Sterika lama pun ada di sini!

 Bila berada di sini seolah-olah Melihat barangan purba pulak!

Bentuk lampu dan sebagainya mengingatkan Amie kepada cerita-cerita Melayu saduran dari kisah Timur Tengah!


Beg-beg tergantung di ranting pokok! Kalau dilihat dengan lebih dekat, buatannya sangat halus! Kebanyakan barangan di sini merupakan barangan kraf tangan yang amat tinggi nilai seninya!

 Tak tahu pokok apa!






Pelbagai bentuk magnet dengan ukiran dan bentuk yang mewakili panorama serta sejarah di sekitar Cappadocia.




 Baju yang cantik dengan hiasan manik pelbagai warna.




 Buku tentang Cappadocia dalam pelbagai bahasa.

Amie beli sebuah, dan Atie pun beli sebuah juga dengan harga TL15.

 Pashmina atau selendang pelbagai corak dengan pilihan kain jenis lembut!

 Cuba perhatikan! Si mata biru ada di mana-mana...

 Lihat juga di belakang beg tangan ini.... walaupun gambar tak berapa jelas.

 Di sini juga! Carilah.....

He he heee.... bukan apa! Setelah belek-belek kamera rupanya banyak sangat 'mata biru' yang tertembak tanpa sengaja!


Barangkali ini kain lapik meja! Cuba perhatikan lukisannya! Selain elemen semulajadi alam sekitar di sini seperti batu-batu aneh dan juga belon panas, ada juga gambar mata biru tapi warna sedikit berbeza!




Dan lagi, lihat di bahagian atas susunan fridge magnet! Ada kasut warna perak yang cantik, dan di situ ada juga mata birunya! Sebenarnya Amie tidak sedar ada mata biru pada kasut itu! Melihatkan bentuknya yang cantik, Amie pun beli dengan harga TL3 untuk sebelah kasut!

 Jadi semuanya berjumah TL6!

Sepanjang berada di sini, kami diperdengarkan dengan alunan musik yang sangat merdu! Bila Amie bertanya kepada pekedai di situ, ditunjukkannya deretan CD, dan Amie meminta CD yang mengandungi lagu isntrumental seperti yang sedang dialunkan pada ketika itu.

Dapatlah juga dibawa pulang untuk kenang-kenangan!
CD mengandungi irama instrumental Cappadocia ini berharga TL20.

























 Oho! Jumpa lampu Aladdin pulak!


Yang ini siap ada sumbu! Jom kita nyalakan api bagi keluar asap! Kita tunggu gergasi keluar..... hihihiiiii!







Sesungguhnya pelbagai reflika dan barangan kraftangan di sini mewakili budaya dan peralihan zaman. Sekali pandang ada gaya Rom, kali kedua pandang ada gaya Yunani dan Greek. Pandang lagi sekali ada unsur Hellenistik dan Timur Tengah! 


Puaslah kami meneroka kawasan di sini yang pada mulanya Amie sangka sekadar gerai minuman. Sekarang masa untuk menyambung perjalanan.

Dari tingkap kaca bas, Amie perhatikan wanita ini menunggu pengunjung untuk menjual 'gambar' mereka yang telah siap dicuci! Syukurlah muka Amie tidak ada!

 Perjalanan diteruskan menuju ke Fairy Chimney.

Ada gunanya juga engkau wahai epal!
Buat alas perut yang lapar sementara menunggu masa untuk makan tengahari.

Entri berkaitan kembara ke Turki:

3 comments

  1. Assalamualaikum...

    Terima kasih kerana kongsi pengalaman awak ke Turkey. Insya Allah saya sekeluarga akan ke sana bulan December. Harga2 souvenir seperti fridge magnet, pashmina shawl, ceramic, dll yang dijual di Cappadocia, Pamukkale dan bandar2 yang lain lebih murah atau mahal dari Grand Bazaar Istanbul?

    BalasPadam
  2. Ati,
    waalaikumussalam, rasanya lebih murah di Grand Bazaar sebab di situ banyak gerai dan banyak pilihan selain persaingan harga para peniaga.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe