Turki (14) : Izmir Selcuk Isa Bey Mosque

5:12 PTG

Dari Sofra Restaurant, Hayati membawa kami ke sebuah masjid lama untuk menunaikan solat iaitu di Masjid Isa Bey. Masjid İsabey (Bahasa Turki: İsabey Camii), dibina pada 1374, merupakan salah satu karya tertua dan seni bina paling menarik tinggalan beylik Anatolia.
Gempa bumi yang melanda pada tahun 1653 dan 1668 menyebabkan  salah satu menara masjid ini runtuh hingga ke bahagian balkoni dan halaman masjid.
 Kami menaiki anak tangga untuk memasuki perkarangan masjid.

Untuk melihat bentuk asal dan keseluruhan masjid, Amie meminjam dari koleksi Beautiful Mosque.com seperti gambar di bawah ini.

 Sumber : Google

Masjid ini terletak di antara Gereja Santo Jean dan peninggalan Kuil Artemis di pinggiran Bukit Ayasluğ di Selçuk, Izmir, dahulunya Efesus di Turki. Ia telah dibina oleh arkitek Şamlı Dımışklıoğlu Ali sebagai penghormatan kepada Aydınoğlu İsa Bey. Pada abad ke-19, ia juga digunakan sebagai sebuah caravanserai.

Masjid ini mempunyai dua pintu masuk iaitu satu di timur dan satu lagi di barat. Dinding di sebelah barat mempunyai ukiran tulisan dan bentuk-bentuk geometri. Dinding masjid ini terdiri daripada batu marmar, manakala bahagian hadapan dan penjuru yang lain diperbuat daripada potongan batu. Ia terbina ai atas asas seluas 48  meter X 56 meter.



Lingkaran dua kubahnya dihiasi dengan jubin iznik, manakala 12 tiang bulat berdiri di dalam halamannya yang dikelilingi anjung. Setelah menaranya telah musnah, mihrab masjid ini khabarnya telah dipindahkan ke masjid lain.


Bahan batuan yang digunakan serta tumbuhan menumpang memperlihatkan usia tua masjid ini.

 Tempat mengambil wudhu' bagi kuam lelaki.

Di sini pula tempat wudhu' kaum wanita.
Airnya sangat dingin!







 Imam masjid melaungkan azan dan solat di sini.



 Pelbagai bentuk batu nesan.


Batu nesan pipih sebagai tanda kubur wanita, manakala yang mempunyai bahagian bulat di atasnya untuk kubur lelaki. Wallahua'lam.




 Ini Amie tak pasti, adakah bekas runtuhan akibat gempa bumi.


 Tinggalan tiang yang masih berdiri kukuh walaupun terlihat kesan rekahan di san-sini.




Hati bertambah hiba melihat keadaan bekas runtuhan ini, ditambah pula dengan suasana sepi di sekitarnya!



 Tour leader kami, Puan Atie sempat bergambar kenangan di bawah pokok zaitun.

 Masa untuk meninggalkan tempat ini telah tiba.

 Pemandangan di luar masjid.

Terdapat gerai jualan pelbagai jenis cenderahati yang cantik di tepi masjid!



Lelaki ini ialah imam masjid ini yang baru sahaja keluar dari menunaikan solat di masjid. Amie tidak berhasrat untuk membeli sesuatu di sini, hanya sekadar mengambil gambar sahaja, tetapi apabila terlihat sebuah buku mengenai Turki dalam versi bahasa Inggeris Amie terus mencapainya dan bertanya harganya. Kata beliau, harga buku ini TL50. Apabila Amie minta kurangkan harga, beliau menunjukkan tanda harga iaitu EURO20! Beliau memanggil Amie untuk masuk ke bahagian dalam kedai. Pada mulanya Amie teragak-agak.
Jangan takut. Jangan takut! (Terkejut Amie  mendengar perkataan itu.)
Imam. Imam.... katanya sambil menunjukkan jari telunjuk ke dadanya.
Allahu Akbar! Allahu Akbar, katanya lagi sambil mengangkat kedua belah tangan sebagai tanda mengangkat takbiratul ihram.
Rasa nak ketawa pun ada melihat gelagat imam masjid ini. 
Tanpa banyak bicara memperkenankan permintaan Amie agar buku tersebut dijual dengan harga TL40. Beliau meminta nama Amie, dan menuliskannya di dalam sekeping poskad seperti di bawah ini.



Setelah masuk ke dalam bas, barulah Amie teringat bagaimana untuk menawar harga sesuatu barangan. Terlupa sekali lagi, pesanan penulis blog agar menawar sehingga separuh harga. Patutlah bila Amie minta harga TL40 dari TL50, cepat-cepat beliau menyetujuinya. Tak apalah, itu sudah rezekinya yang halal dengan cara berniaga.
Buku Turkey : The Land of Sun and History tulisan Huseyin Cimrin yang Amie beli di sini sangat membantu ketika Amie menyiapkan travelog ini.
Untuk entri berkaitan masjid ini, Amie petik tulisan dari buku tersebut:
Isa Bey Mosque : While looking from St. Jean Church Isa Bey Mosque which was built by Isa Bey in 1375 can be seen. It is impressive with his decorations on west side which is covered by marble. There are two minarets on east and west entrances of the mosque. Above all the ruins of Saadet Hatun Bath from 14th century are also attractive.





Pemandangan di seberang jalan. Terlihat sebuah patung di situ...

Apabila Amie bertanya kepada Encik Barchin, 'kepala' siapakah itu? Beliau menjawab, itulah pengasas Masjid Isa Bey.


Panas matahari yang terik semakin terasa di sini. Kami meninggalkan masjid bersama segala kisahnya yang semakin dimamah waktu.

Entri berkaitan kembara ke Turki:


2 comments

  1. Kita berkongsi rasa yang sama. Sekana rasa hiba mengjentik tangkai hati tatkala masa untuk beredar dari sini kian menghampiri. Melihat pada kesan runtuhan struktur asal masjid, rasa nostalgia sangat menebal

    BalasPadam
  2. Atie,
    betul tu...hiba sangat terutama bila ambil gambar batu-batu runtuhan kat tepi2 tu...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe