Ikan Bolu @ Susu @ Bangos Panggang Tanpa Tulang & Sambal Mangga

6:53 PTG

Kalau Encik Suami ajak makan di Khadijah Ikan Bakar di Sri Perdana, memang Amie tak lepas peluang pesan ikan bolu panggang. Istimewanya ikan bolu yang dhidangkan tidak bertulang langsung! Walaupun tak makan dengan nasi, Amie ratah begitu saja!
Alhamdulillah, nampaknya bekalan ikan bolu siap buang tulang ada di beberapa tempat di LD. Dah lewat tengahari Amie baru keluar dari kawasan sekolah setelah selesai aktiviti kokurikulum dan di sambung mesyuarat kokurikulum pula. Perut yang berkeroncong usahlah nak kata lagi. Singgah sebentar di kedai, dan sewaktu berkira-kira untuk membeli apa yang patut (yang boleh dimasak segera), terpandanglah ikan bolu tanpa tulang bersusun dalam freezer! Apa lagi, Amie pun pilihlah yang mana boleh muat masuk dalam kuali ajaib! Semuanya saiz besar! Akhirnya dapat jugalah saiz yang agak sederhana! Bila Amie panggang, terpaksalah bengkokkan ekornya supaya muat masuk dalam kuali untuk ditutup!

Seperti biasa, menyingsing lengan dengan kuasa lipas kudung, siaplah ikan panggang terhidang bersama teman seangkatannya, mentimun, tomato, petai dan sambal mangga serta sup ayam kurma merah. Sup ayam tu tak sempat ambil gambar. Lupa!

Encik Suami selalu bising, katanya tak elok petik mangga belum masak dibuat sambal. Haisshhh... lupakanlah perkara karut tu! Bila kita petik dan siap terhidang, tak bising pulak...hiks! Jom tengok resepi yang sangat ringkas di bawah ini:

Ikan Bolu Panggang
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bolu tanpa tulang seberat 500 gram
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada putih
1 sudu kecil pati asam jawa
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak

Cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit hidup serta lada putih hingga lumat.
2. Masukkan garam dan pati asam jawa. Gaul sebati.
3. Lumurkan pada ikan.
4. Letakkan ikan di atas kuali dan tuangkan minyak di atasnya.
5. Panggang hingga masak di bahagian sebelahnya dan terbalikkan supaya masak di bahagian sebelahnya lagi.

Jangan terkejut dengan penggunaan lada putih yang banyak sebagai bahan pemerap ikan. Sebaiknya peraplah 15 minit, tapi Amie terus panggang sebab dah tak ada masa. Lada putih tu Amie bubuh banyak sebab dulu jiran selalu bagi ikan bolu panggang dan sedap pula rasanya bila banyak dia bubuh lada putih!

Sambal Mangga 
Bahan-bahan:
2 cawan isi mangga yang sudah disagat
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
3 sudu besar jus limau kasturi

Bahan tumbuk:
15 biji cili padi merah
3 biji bawang merah
2 cm belacan 

Cara:
Camburkan semua bahan di atas. Gaul rata dan hidangkan.

Maaf ye... resepi yang dihasilkan ini merupakan resepi orang kelam kabut...hiks!  Yang penting siap dan sedap! Alhamdulillah... seperti biasa, ini hidangan tengahari kami merangkap makan malam!

9 comments

  1. Sedapnya ikan panggang Bolu nie...saya memang peminat blog Pn. Aimi..memang hari hari buka tengok resepi masakan..biasa jadi silence reader je..hari ni terasa pulak nak bagi komen dek penangan ikan Bolu tu...First time saya dengar ikan jenis nie. Kat semenanjung ni rasanya x de org jual ikan jenis ni...Sealamat berblog..

    BalasPadam
  2. Pn Siti Hajar, dia Semenanjung esp KL ada dijual di hypermarket-Giant, Mydin atau Checkers. Orang sini panggil ikan susu. Di pasar pun ada jual. Isinya lebih lemak dari ikan terubuk.

    BalasPadam
  3. Puan Siti Hajar,
    terima kasih sudi datang dapur kecil ini. Seperti kata Puan Roslin, memang ada ikan susu @ bolu dijual di Malaya. Saya pun selalu nampak kalau balik kampung, singgah di Econsave atau Giant...(selalunya saya pergi Puncak Alam, Meru dan Sungai Buluh).

    Puan Roslin,
    terima kasih bagi info tempat2 selain Econsave dan Giant. Betul tu ikan susu. Di sini tak ada ikan terubuk, jadi ikan susulah penggantinya.

    BalasPadam
  4. Salam K.Amie..camana cara dorang buang tulang ikan susu sblm dimasak..k.amie tau?

    BalasPadam
  5. Zamza,
    kakak tak tahu caranya, sebab dah siap jual dalam bungkusan.

    BalasPadam
  6. Terima kasih Pn Roslin dan Pn Amie atas info...kena cari ni sebab nampak sedap sangat tu...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum puan. Boleh kongsikan tempat beli ikan baulu di LD? Sebelum ni saya beli di Kunak. Jauh plak dari tempat saya felda sahabat

    BalasPadam
    Balasan
    1. 0198977439..penjual ikan baulu tanpa tulang di ld

      Padam
  8. Wani,
    waalaikumussalam.
    Tak pastilah pula sekarang ini masih lagi dijual ikan bolu tanpa tulang atau tidak sebab kedai tu sudah ditutup. Sekarang kalau nak makan, saya ke restoran Khadijah Cathering di Seri Perdana. Di situ ada hidangan ikan bolu panggang tanpa tulang.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe