Ikan Jenahak Masak Tempoyak

6:12 PTG

Cuaca petang ini agak mendung. 
Fairuz ikuti latihan rumah sukan di padang. Firdaus kesunyian tak berkawan. Diajaknya Amie tidur! Amie pun apa lagi! Baringlah sama, dan mata pun terlelap. Televisyen menonton kami berdua.
Tiba-tiba tersedar, teringat sedang rendam ikan di sinki. Terus bergegas ke dapur. Oh! Nampaknya ikan sedang elok lembutnya.
Nak masak apa dengan ikan jenahak nan seekor ini?
Seperti biasa, belek-belek resepi di dapur kawan-kawan. Bila terjumpa satu-satu resepi, fikir-fikir dulu ada tak bahan yang nak digunakan? Oh! Rezeki petang nampaknya. Dah sampai ke dapur KASIH ILMAR, terjumpa resepi Ikan Jenahak Masak Tempoyak! Alhamdulillah.....semua bahan yang diperlukan ada. Jom masak.


Nampaknya Encik Suami tak sabar dah nak makan. Kebetulan nasi pun sudah masak. Apalagi! Makanlah kami berdua. Fairuz belum sampai rumah. Firdaus pulak dah kenyang makan kuih! Alhamdulillah. Cukuplah dengan lauk begini. Dah tak fikir nak masak sayur. Kuahnya tu pun dah cukup menyelerakan!

Amie kongsikan resepinya di sini ye Puan Sri Zanita Ramli, tuan punya dapur KASIH ILMAR. Ada ubahsuai sedikit terutama sukatan dan penggunaan kunyit. Puan Sri Zanita Ramli gunakan kunyit hidup dan kunyit serbuk, tapi Amie hanya gunakan kunyit hidup saja memandangkan warnanya pun dah cukup cantik.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan jenahak seberat 700 gram - bersihkan dan potong 4 bahagian
4 sudu besar tempoyak
6-7 tangkai daun kesum
15 biji cili pai merah - Amie gunakan cili padi minyak
3 cm kunyit hidup
3 batang serai - serai tu kurus, jadi Amie gunakan 3
4 cawan air
garam / gula secukup rasa


 Alhamdulillah... semua bahan ada.

 Jom kita masak.

 Cara:
1. Tumbuk kunyit hidup dan cili padi hingga hancur. (takut-takut juga tumbuk takut terpercik ke mata...hihihiii!) Tak berapa nak lumat tu.

2. Panaskan air dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk, serai dan tempoyak. Kacau hingga sebati dan masak hingga kuah mendidih.

 3. Masukkan ikan.

4. Jangan lupa masukkan sekali daun kesum.


 5. Kecilkan api dan renih sehingga ikan masak.

Encik Suami tambah nasi dua kali!
Wokeh!
Dah nak masuk waktu Maghrib.
Nak hantar semangkuk Ikan Jenahak Masak Tempoyak ke rumah Puan Sri Zanita Ramli.
Nak ucap terima kasih padanya!

6 comments

  1. Assalam kak amie,
    Aduh kecur tgk msk tempoyak ni...dah lama xmkn tempoyak..jgn kata nk buat msk,nk mkn ngn sambal pun xde stok.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie,
    Combination serai.. daun kesum & tempoyak.. sudah pasti satu rumah berbau harum.

    BalasPadam
  3. Lina,
    waalaikumussalam.... tempoyak buat sendiri ni Lina...jimat2 he he heee sementara menunggu musim durian tiba!

    Shansiah,
    waalaikumussalam... alhamdulillah...aroma itu turut membangkitkan selera!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam
      Cari resepi jenahak masak tempoyok. Dptlah resepi ni tapi takde pulak daun kesum

      Padam
  4. Assalamualaikum Amie. Agak lama juga saya tak kunjung ke sini, almaklum sejak akhir2 ni agak sibuk diri ini. Blog pun dah lama tak update...Terima kasih Amie kerana sudi mencuba resipi dari dapur kasihilmar. Tengok hidangan Amie tu lebih menyelera nampaknya. :D

    BalasPadam
  5. Dh cuba msk dh. Sedap sgt. Mula2 husband kata..mana ade jenahak msk tempoyak paten je msk tempoyak. Bila dh mkn bertmbh2 nasi n lauk. Terima kasih sudi kongsi resepi

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe