Ayam Masak Kari Pakistan
7:09 PTG
Tiap kali Amie mengolah Ayam Masak Kari Pakistan, pasti teringat Ummie MARIA HAKEM nun jauh di bumi Cardiff. Masih terngiang-ngiang di telinga mendengar celotehnya setiap kali Ummie telefon Amie. Itu...suatu ketika dahulu! Sekarang, suara Ummie Maria hanya tinggal dalam kenangan. Dah lama tak dengar suaranya. Amie harap Ummie Maria sentiasa sihat.
Kenapa Amie sentiasa ingat Ummie Maria? Resepi ini Ummie Maria yang bagi, sarankan untuk Amie cuba masak! Kali pertama Amie masak DI SINI. Amie masak beberapa kali termasuk DI SINI. Selain menggunakan daging ayam, Amie juga pernah masak menggunakan daging kambing DI SINI. Resepi ini juga pernah tersiar dalam Majalah SAJI Edisi April 2016 DI SINI.
Tiba-tiba rindu pulak nak dengar suara Ummie Maria!
Untuk ubat rindu itu, marilah kita masuk dapur cari bahan untuk Ayam Masak Kari Pakistan.
Proses memasaknya agak lama, terpaksa ambil masa! Fairuz dah tak sabar nak makan. Berulang kali masuk dapur tengok Amie masak. Pesannya, jangan bagi kuah tu kering sebab katanya Firdaus suka makan kuah pedas. E'eeleeehhh sebenarnya dia tu yang suka kuah basah-basah.
Jom tengok resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
1.2 kg daging ayam - potong 12 bahagian
4 labu bawang besar - cincang
4 biji tomato masak - cincang
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar halia kisar / tumbuk
1 sudu besar bawang putih kisar / tumbuk
2 cawan air
1/2 cawan minyak
garam / gula / perasa pilihan
1 sudu besar garam masala - pilihan / jika suka - Amie tak bubuh
hirisan daun ketumbar dan cili padi untuk hiasan
Kalau nak gunakan ayam seekor pun boleh. Nak gunakan 1/2 ekor pun okey jew... pandai-pandailah sesuaikan sukatan bahan yang digunakan.
Jangan lupa serbuk cili, serbuk kunyit dan serbuk ketumbar. Bawang putih dengan halia tu kalau rajin sangat, tumbuklah dalam lesung. Kalau nak cepat dan mudah, kisar sajalah...ahaks!
Inilah hasil bawang besar cincang dan tomato cincang. Kena masak semua tu, bukannya masak separuh atau sikit-sikit. Dah memang begitu peraturan dan undang-undang masakan ini. Jenuh Ummie Maria Hakem bagi tau step by step nak masak ni tau. Bukannya dekat, tapi jauh dia menelefon dari Cardiff sanun!
Wokeh!
Jom teruskan masak.
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kekuning-kuningan. Kena bersabarlah menunggu bawang besar yang banyak tu jadi layu dan kuning! Api dapur tu jangan besar sangat sebab nak cepat masak. Guna api sedang-sedang. Alahai...sabarlah menunggu. Sambil-sambil tu bolehlah lap itu ini, atau kemas dapur mana yang patut. Waktu itu memang rasa santai jew...sebab aroma bawang besar tu mula semerbak!
3. Tambahkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, bawang putih dan halia serta serbuk cili. Kalau suka tambahkan garam masala, tapi Amie tak simpan dah garam masala di dapur. Ummie Maria kata tak bubuh pun tak apa.
5. Masukkan dua cawan air. Waktu inilah tahap kesabaran anda akan diuji! Kena tunggu lama sampai bawang dan tomato hancur!
6. Masak gunakan api sederhana panas. Kalau buka api besar, bukan jadi hancur pun bahan tu, sebaliknya jadi kering hangus! Untuk masakan kali ini, Amie tengok jam... dekat satu jam 15 minit jugalah sementara menunggu masa nak masukkan daging ayam dari mula-mula tumis bawang tu!
8. Gaul rata dengan bahan tumisan. Biarkan masak, dan air daging ayam akan keluar.
9. Tunggu sehingga kuah pekat atau sehingga daging ayam masak. Jangan lupa perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
Ayam Masak Kari Pakistan boleh dihidangkan dengan nasi atau roti!
6 comments
Rajinnyerr Amie! InsyaAllah nanti nak cuba resipi Amie ni. Nampak sedap sangat...
BalasPadamsedapnyaaa... nak drumstick seketoi...
BalasPadamAssalamualaikum Akak, nak tanya kalau serbuk cili tu ganti dengan cili kisar boleh ke?
BalasPadamZanita,
BalasPadamcubalah..sedap!
Gee,
kita bagi dua aaa drumstick tu hihii
Asyima,
BalasPadamwaalaikumussalam...
setakat ini saya belum pernah gunakan cili kisar, tapi kalau nak cuba apa salahnya... selamat mencuba!
Terima kasih Ilmunya..
BalasPadam