Tom Yam Sedap... Sudah Tentunya Dengan Perencah Tom Yam Seri Aji!

2:01 PTG

Selamat berhujung minggu buat semua.
Hari ini mood nak masak sudah timbul! Tapi sikit jew... tak banyak mana....ahaks!
Dah banyak hari asyik makan yang berlemak-lemak, maklumlah sempena hari raya. Sudah tentulah kita tak mahu ketinggalan menikmati juadah tradisi! Tak cukup raya pertama dan kedua di kampung sanun, balik sini pun tak menang tangan dengan jemputan rumah terbuka. Kelmarin di sekolah pun buat jamuan hari raya juga bersama warga sekolah termasuk murid-murid. Malam tadi, rumah terbuka di rumah adik ipar pula....terus sambung ke rumah kawan Encik Suami. Petang ni.... ada lagi undangan ...
Pagi tadi, saja jew tengok Encik Suami cabut rumput di belakang rumah. Wah! Menjadi nampaknya pokok pudina yang Encik Suami tanam. Pokok lavender hidup segan mati tak mahu sama juga dengan pokok rosemary! Yang lain tu entah pokok apa lagi....  Tapi bila tengok rumpun serai, dengan daun limau purut yang subur, dengan tak semena-mena terbau aroma tom yam pulak! Maka terbayanglah semangkuk tom yam panas meruap di atas meja!

 Tom yam dah siap!
Hasil kumpul bahan tinggalan seadanya!

 Yang penting, tambah sedikit jus limau nipis!

Kita pun ada pokok limau kapas.
Macam lebat jugalah buahnya....

 Kalau tak ada limau nipis, limau kapas pun berguna.
Cuma, limau kapas ni saiznya kecil sedikit berbanding limau nipis.

 Balik kampung beraya dua minggu lepas....
Sempat masak sebelanga tomyam untuk berbuka puasa!
Kita gunakan daging segar. Rebus sampai empuk, dan kemudian tambahkan hirisan ayam,cendawan dan sayur-sayuran lain. Alhamdulillah... petang itu  cucu-cucu Bonda datang berbuka.  Banyak lauk-pauk terhidang, tapi tom yam pun habis juga hingga tinggal batang-batang serai!

Kita gunakan perencah Tom Yam keluarag Seri Aji. Perencah ni kita suka gunakan sebab tak berminyak seperti pes tom yam yang lain. Serbuk aje kan. Lepas tu, rasanya pun cukup...secukup rasa. Cuma kalau nak rasa yang lebih kuat, tambahlah apa-apa bahan perasa yang kita nak.  Sebungkus perencah tom yam ini boleh dididihkan dengan 500 ml air.
Periuk di bawah ini berisi 2 liter air. Kita tambahkan 4 bungkus perencah Tom Yam Seri Aji. Mula-mula kita didihkan dahulu dengan 1 kg potongan tomato, lobak merah, bawang besar, bawang putih, serai dan cili padi. Jom kita tengok resepinya di bawah ini:

 Bahan-bahan:

4 bungkus Perencah Tom Yam Seri Aji
2 liter air
1/2 kg dada ayam - hiris nipis
1 kg tomato -  potong kiub
1 batang lobak merah - potong bulat setebal 1 cm
200 gram kobis bunga - potong ikut suka
6 batang putik jaging - potong serong
2 labu bawang besar - mayang kasar
3 ulas bawang putih - ketuk
6 batang serai- diketuk
3 keping hirisan lengkuas
3 keping hirisan halia
15 biji cili padi - pecahkan (kurangkan jika tak suka pedas)
2 sudu besar stok ayam pekat MAGGI (optional)
4 biji limau nipis - perah jusnya (kurangkan jika tak suka masam)
10 helai daun limau purut

Cara memasak:
1. Masukkan air dalam periuk dan hidupkan api dapur.
2. Masukkan perencah tom yam, tomato, lobak merah, serai, bawang putih, bawang besar, serai, halia dan lengkuas serta cili padi.
3. Renih sehingga tomato hancur dan kemudian masukkan hirisan dada ayam. Masak sehingga dada ayam lembut.
4. Masukkan bunga kobis, putik jagung dan daun limau purut.
5. Tambahkan stok ayam pekat MAGGI dan kemudian tuangkan jus limau kasturi.
6. Kacau sekali dua dan kemudian padamkan api dapur.

 Rasanya...?
Cukup rasa!
Pedas, masam, masin yang sedang-sedang....mmmmm yummy!
Tak bubuh garam yea...

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe