Selamat berhujung minggu buat semua.
Hari ini mood nak masak sudah timbul! Tapi sikit jew... tak banyak mana....ahaks!
Dah banyak hari asyik makan yang berlemak-lemak, maklumlah sempena hari raya. Sudah tentulah kita tak mahu ketinggalan menikmati juadah tradisi! Tak cukup raya pertama dan kedua di kampung sanun, balik sini pun tak menang tangan dengan jemputan rumah terbuka. Kelmarin di sekolah pun buat jamuan hari raya juga bersama warga sekolah termasuk murid-murid. Malam tadi, rumah terbuka di rumah adik ipar pula....terus sambung ke rumah kawan Encik Suami. Petang ni.... ada lagi undangan ...
Pagi tadi, saja jew tengok Encik Suami cabut rumput di belakang rumah. Wah! Menjadi nampaknya pokok pudina yang Encik Suami tanam. Pokok lavender hidup segan mati tak mahu sama juga dengan pokok rosemary! Yang lain tu entah pokok apa lagi.... Tapi bila tengok rumpun serai, dengan daun limau purut yang subur, dengan tak semena-mena terbau aroma tom yam pulak! Maka terbayanglah semangkuk tom yam panas meruap di atas meja!
Tom yam dah siap!
Hasil kumpul bahan tinggalan seadanya!
Yang penting, tambah sedikit jus limau nipis!
Kita pun ada pokok limau kapas.
Macam lebat jugalah buahnya....
Kalau tak ada limau nipis, limau kapas pun berguna.
Cuma, limau kapas ni saiznya kecil sedikit berbanding limau nipis.
Sempat masak sebelanga tomyam untuk berbuka puasa!
Kita gunakan daging segar. Rebus sampai empuk, dan kemudian tambahkan hirisan ayam,cendawan dan sayur-sayuran lain. Alhamdulillah... petang itu cucu-cucu Bonda datang berbuka. Banyak lauk-pauk terhidang, tapi tom yam pun habis juga hingga tinggal batang-batang serai!
Kita gunakan perencah Tom Yam keluarag Seri Aji. Perencah ni kita suka gunakan sebab tak berminyak seperti pes tom yam yang lain. Serbuk aje kan. Lepas tu, rasanya pun cukup...secukup rasa. Cuma kalau nak rasa yang lebih kuat, tambahlah apa-apa bahan perasa yang kita nak. Sebungkus perencah tom yam ini boleh dididihkan dengan 500 ml air.
Periuk di bawah ini berisi 2 liter air. Kita tambahkan 4 bungkus perencah Tom Yam Seri Aji. Mula-mula kita didihkan dahulu dengan 1 kg potongan tomato, lobak merah, bawang besar, bawang putih, serai dan cili padi. Jom kita tengok resepinya di bawah ini:
Bahan-bahan:
4 bungkus Perencah Tom Yam Seri Aji
2 liter air
1/2 kg dada ayam - hiris nipis
1 kg tomato - potong kiub
1 batang lobak merah - potong bulat setebal 1 cm
200 gram kobis bunga - potong ikut suka
6 batang putik jaging - potong serong
2 labu bawang besar - mayang kasar
3 ulas bawang putih - ketuk
6 batang serai- diketuk
3 keping hirisan lengkuas
3 keping hirisan halia
15 biji cili padi - pecahkan (kurangkan jika tak suka pedas)
2 sudu besar stok ayam pekat MAGGI (optional)
4 biji limau nipis - perah jusnya (kurangkan jika tak suka masam)
10 helai daun limau purut
Cara memasak:
1. Masukkan air dalam periuk dan hidupkan api dapur.
2. Masukkan perencah tom yam, tomato, lobak merah, serai, bawang putih, bawang besar, serai, halia dan lengkuas serta cili padi.
3. Renih sehingga tomato hancur dan kemudian masukkan hirisan dada ayam. Masak sehingga dada ayam lembut.
4. Masukkan bunga kobis, putik jagung dan daun limau purut.
5. Tambahkan stok ayam pekat MAGGI dan kemudian tuangkan jus limau kasturi.
6. Kacau sekali dua dan kemudian padamkan api dapur.
Rasanya...?
Cukup rasa!
Pedas, masam, masin yang sedang-sedang....mmmmm yummy!
Tak bubuh garam yea...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan