Sepetang di Bandar Hilir Melaka : Jom Naik Melaka Duck Tour

11:08 PG

Kalau dah menjejakkan kaki  di Melaka, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menaiki Melaka Duck Tour tau...

 Ini dia... kenderaan amfibia atau dua alam...Melaka Duck Tour. 

 Harga tiket untuk kami berlima, dua dewasa, dua pelajar dan satu kanak-kanak : RM172.00.

Memandangkan kami beli tiket pada pukul 5, sementara menunggu Melaka Duck Tour sampai pada pukul 5.30 petang, kami pun melihat-lihat suasana persekitaran. Sempat menyaksikan Menara Taming Sari yang berputar 360 darjah. Harap-harap nanti dapatlah naik menara tu...

Sambil menyaksikan banyaknya beca roda tiga yang lalu lalang membawa penumpang, sempat lagi menikmati coconut shake... yang katanya harga promosi: satu bekas RM4.00. Kalau 2 bekas : RM7. Kita beli 3 bekas RM10.00. Bolehlah buat basahkan tekak... tapi kita lebih suka basahkan tekak dengan air mineral jew.
5.25 petang... Melaka Duck Tour yang ditunggu pun tiba. Setelah menurunkan penumpang, kami pula naik kenderaan dua alam ini.  Perjalanan bermula dari Dataran Pahlawan. Sepanjang perjalanan melalui darat dan laut, kami dibekalkan dengan pelbagai informasi menggunakan 3 bahasa : Melayu, Cina dan Inggeris. Barulah tahu...Kenderaan dua alam ini direkacipta oleh Amerika semasa Perang Dunia Kedua. Pada masa itu kenderaan unik ini digunakan untuk mengangkut makanan dan tentera dan boleh digunakan menerusi laluan air dan darat, selain bertujuan untuk mendekati kawasan-kawasan musuh di bahagian pantai.

Melaka Duck Tour meluncur ke dalam air dan kemudian berpatah balik ke Pulau Melaka dan Dataran Pahlawan. 

 Pemandangan darat dari atas air.

Elok sangatlah bawa anak-anak datang bercuti di sini. Banyak info sejarah zaman kesultanan Melaka yang boleh dikongsi bersama. 

Inilah antara gambar pemandangan yang sempat diambil. Gambar di darat tak ambil ye... nanti boleh ambil dari Menara Taming Sari.

 Dah naik ke darat. Wah! Bukan main seronok Firdaus yea...


Kami pun turun dengan selamatnya.

Info:
Waktu operasi : 9 pagi hingga 6 petang ( kami turun dari Melaka Duck Tour pukul 6.15 petang tapi masih ada pengunjung yang naik MDT). Ketika itu orang ramai sangat.......bertali arus, macam tak berhenti datang dan pergi walaupun dah petang! Tiket boleh di beli di pintu masuk Menara Taming Sari Revolving Tower. 

Dewasa: RM38.00
Pelajar  Sekolah Menengah (13 -1 tahun): RM27.00
Kanak-kanak (1-12 tahun) : RM22.00
Warga Emas (55 tahun ke atas ): RM27.00
OKU Dewasa (13 tahun ke atas): RM20.00
OKU Kanak-kanak (1-12 tahun): RM10.00
Pelancong luar negara (dewasa) : RM42.00 dan untuk kanak-kanak: RM27.00

Peringatan: Jangan lupa bawa MyKad.
Masa perjalanan /pelayaran : 45 minit.

Entri bersambung...... 


0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe