Cuti-Cuti Malaysia : Perjalanan ke Melaka

8:59 PTG

Berpuluh tahun tidak menjejakkan kaki di Melaka!
Kalau ikutkan masa... memang tidak ada masa untuk berkunjung ke sana, tapi dek kerana anak-anak yang asyik terperap di rumah tak tahu nak buat apa, eloklah curi sedikit waktu menjelajah negeri Hang Tuah yang termasyhur seantero dunia itu!

Kami ambil keputusan ke Melaka pada hari Isnin bersamaan 21 Disember 2015 (cerita dah basi....), setelah berehat selama 3 hari di rumah Bonda di kampung. Syukur Alhamdulillah, anak buah sudi jadi tour guide untuk kami. Encik Suami memandu keretanya (kereta Ziah), bawa kami anak beranak, sementara anak buah pula bersama rakannya naik motor di atas tu!

 Kami bertolak dari sini (tempat anak buah tinggal : Bukit Subang) selepas waktu Zohor. 

Perkara pertama yang anak buah ingatkan ialah tentang tol! Minta maaf banyak-banyak sebab Amie tak biasa dengan tol, maklumlah negeri Sabah tak ada tol jalan ... tak ada lebuh raya! Tiap kali balik kampung dari KLIA tengok saja anak buah touch and go di mana-mana plaza tol atau pondok tol untuk melepasinya. Anak buah kata sekurang-kurangnya ada isi RM50.00 dalam kad tol di atas tu.... sebab selepas Melaka nak merayap ke Port Dickson pulak. (dia tolong tambah nilai di stesyen minyak!).

Maka, sepanjang perjalanan kami pun sangatlah menjaga kad tadi... takut sampai ke pondok tol kad hilang atau terlupa di mana di letak... he he hee betul-betul rusa masuk kampung sendiri nih! Maklumlah bila ternampak ada kereta berhenti lama sedikit (mungkin ada masalah bayaran tol) di pondok tol, kenderaan di belakang terus bunyikan hon! Tak mahulah nanti kami pun dihon dari belakang.... itu tandanya orang dah marah!

Ada pun anak buah Amie, Ziah dan rakannya Tri, yang membonceng di belakangnya tu... sekejap hilang sekejap muncul, sekejap ke kiri sekejap ke kanan sambil memberi isyarat masuk kiri atau masuk kanan! Tapi kami tetap mengejar dari belakang...

Di pertengahan jalan, hujan pun turun dengan lebatnya! Kesian Ziah dan Tri...basah kuyup! Tapi tetap meneruskan perjalanan.

 Menjelang pukul 3 petang, nampaklah pintu gerbang negeri Melaka.
Oh! Ya.... bayaran tol masuk negeri Melaka sebanyak RM19.50 sen.

 Gambar diambil dari dalam kereta... beginilah hasilnya... ahaks!

Ziah masuk selekoh, dan kami pun ikut. Ternganga.... bila dia tunjuk hotel di atas tu! Katanya dia yang biasa datang ke Bandar Hilir beberapa kali ternampak hotel ini. Harga cuma RM60.00 satu malam. Itu yang dia beritahu sejak kelmarin lagi. Iye ke? Eh... murah sangatlah sewanya! Ini bukan lagi harga hotel bajet tapi harga hotel terpijak! Tanpa melengahkan waktu (takut bilik habis disewa walaupun bukan hari kelepasan tapi hari cuti sekolah!) kami pun cepat-cepat ke kaunter hotel..... nak penjelasan lanjut! Takut-takut nanti memang betul-betul bajet....(kemudahan itu ini tidak ada dan perkhidmatan tidak memuaskan!)

Pemandangan M Hotel dari depan...eeehhh...macam dah confirm nak bermalam di sini. Tapi harga sebenar belum tahu lagi.

 Di ruang lobby M Hotel.

Inilah harga sebenar M Hotel. Yang RM60 itu untuk sewaan semasa bukan cuti sekolah. Kecil saja biliknya.... hanya single bed, bilik terletak di tengah-tengah, tanpa tingkap! Kami ambil 2 bilik, standard double dengan bayaran sebuah bilik  RM110 per/ night.


Sempat ambil gambar di luar bilik...

 Dalam bilik. Agak sempit, tapi sesuailah dengan bajet RM110 satu bilik.

 Kemudahan yang disediakan pun okey.

 Yang penting boleh mandi, tukar pakaian, solat dan tempat untuk merehatkan diri.

Hampir 4.30 petang.... kami nak ronda-ronda dulu. Tak sabar nak tengok suasana Melaka Bandaraya Bersejarah!

Kepada yang berminat untuk menginap di hotel ini, bolehlah tempah awal-awal di DI SINI:  http://www.agoda.com
Kami tak buat tempahan sebab kami tak berapa pasti akan datang ke Melaka atau tidak. Tapi kalau benar-benar nak datang, eloklah buat tempahan dulu. Hotel ini terletak di Melaka Tengah, di alamat: No 102, Jalan Taming Sari, Melaka Tengah, 75400 Melaka.

Layanan: Secara keseluruhan : BAIK
Cuma satu: Tak boleh tinggalkan kunci bilik di kaunter semasa kita keluar. Katanya, takut nanti orang akan ambil. Kena simpan sendiri. Kalau kunci hilang bayaran RM30.00 akan dikenakan. 

3 comments

  1. Kak amie miss u 😘😘😘
    Lama x terjah sini la
    Memula tak ingat kak yg ride motor tu😁😁😁
    Dah be saw si kecik tu comeyyyyyy❤️

    BalasPadam
  2. Best la kak amie..seronok jalan2..wana last pegi melaka tahun 2000.sekarang pasti banyak perubahan kan..:)

    BalasPadam
  3. Lady Ayu,
    miss u too...mmmuahhhh..muuaaahhhh

    Bbwana,
    adeehhh lamanya tu... mmg byk dah brubah tau.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe