Opor Sotong Kasih Ilmar.... sedapnya ya ampun!

1:19 PTG

Akhirnya terlaksana juga hasrat hati nak buat Opor Sotong setelah 3 hari tertunda, dan sotong yang sudah dibersihkan terpaksa disimpan saja daam peti sejuk. Sebabnya.... sebabnya Amie terlupa ada kenduri di kampung pada hari Rabu lepas dan sepatutnya Amie tolong masak-masak di sana. Pagi tadi teringat semula sotong yang sedang menunggu keras kedinginan dalam peti ais he hehehe....

Resepi Opor Sotong ini Amie ambil dari dapur KASIH ILMAR. Katanya, Opor Sotong di rumahnya sangat laku. Amie pun teruja nak tahu kenapa dan mengapa Opor Sotong digemari oleh ahli keluarganya. Setelah meneliti resepinya satu persatu, tidaklah begitu sukar untuk menyediakan bahannya. Cuma satu saja Amie ganti, iaitu santan kotak dengan santan segar. Oh... ya, satu lagi sebelum masukkan sotong dalam kuah opor yang sudah pekat, Amie panaskan terlebih dahulu sotong untuk keluarkan airnya dan kemudian buang air tersebut.

 
Resepi : Opor Sotong
Sumber : Kasih Ilmar

Bahan-bahan:
12 ekor sotong sederhana besar. Cuci dan buang kulit
6 sudu makan (tbsp) minyak masak
2 helai daun limau purut dihiris
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan kotak kara
1 sudu makan kerisik
1 inci lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
1 sudu teh (tsp) serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
Garam secukup rasa


Bahan kisar:
100g bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air
15 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas selama 5 minit, toskan


Cara:
1) Satukan bahan kisar, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan jintan manis. Kacau rata
2) Panaskan minyak
3) Tumis bahan campuran bahan kisar bersama lengkuas, serai, kerisik dan daun limau purut. Masak sehingga terbit minyak
4) Masukkan air dan santan. Masak sehingga mendidih
5) Kecilkan api dan reneh sehingga kuah hampir pekat.
6) Akhir sekali masukkan sotong dan garam secukup rasa
7) Masak sotong sekejap sahaja. Lama diatas api akan membuat sotong menjadi liat dan keras.



Saya berani jamin memang Opor Sotong ini sangat sedap. Patut pun katanya sangat laku! Terima kasih Zanita - Kasih Ilmar atas perkongsian resepi Opor Sotong ini ya.... anak-anak tak sabar nak makan, tapi Amie kata kena tunggu Encik Suami balik kerja! Boleh makan sama-sama.

Amie dah makan beberapa keping sotong yang sedang dimasak dalam kuali.... he heheh tukang masak memang ada kesempatan untuk merasa apa yang dimasaknya sebelum orang lain!


4 comments

  1. Assalamualaikum Amie. Terima kasih Amie kerana sudi mencuba resipi opor sotong dari dapur kasihilmar. Saya sangat gembira kerana Amie suka masakan ini..

    BalasPadam
  2. assalam amie,
    kalau amie kata sedap..memang harus dicuba nikan...:)

    BalasPadam
  3. Nampak sedap sotong tu Mie opor jarng buat boleh try nanti pasti tak cukup nasi tu Mie hahaa

    BalasPadam
  4. Zanita,
    waalaikumussalam.... tak kenal maka tak cinta, belum cuba belum tahu, melihat kuahnya yang pekat dan wangi memang menggoda selera!

    Ayu,
    waalaikumussalam...
    silakan Ayu, Amie pun mulanya teruja nak cuba sebab tuan punya resepi kata menu ini laku di rumahnya, ternyata memang benar kok!

    Kak Noor,
    seronok sangat kak... sebab macam2 resepi sotong kita boleh cuba!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe