Akhirnya terlaksana juga hasrat hati nak buat Opor Sotong setelah 3 hari tertunda, dan sotong yang sudah dibersihkan terpaksa disimpan saja daam peti sejuk. Sebabnya.... sebabnya Amie terlupa ada kenduri di kampung pada hari Rabu lepas dan sepatutnya Amie tolong masak-masak di sana. Pagi tadi teringat semula sotong yang sedang menunggu keras kedinginan dalam peti ais he hehehe....
Resepi Opor Sotong ini Amie ambil dari dapur KASIH ILMAR. Katanya, Opor Sotong di rumahnya sangat laku. Amie pun teruja nak tahu kenapa dan mengapa Opor Sotong digemari oleh ahli keluarganya. Setelah meneliti resepinya satu persatu, tidaklah begitu sukar untuk menyediakan bahannya. Cuma satu saja Amie ganti, iaitu santan kotak dengan santan segar. Oh... ya, satu lagi sebelum masukkan sotong dalam kuah opor yang sudah pekat, Amie panaskan terlebih dahulu sotong untuk keluarkan airnya dan kemudian buang air tersebut.
Resepi : Opor Sotong
Sumber : Kasih Ilmar
Bahan-bahan:
12 ekor sotong sederhana besar. Cuci dan buang kulit
6 sudu makan (tbsp) minyak masak
2 helai daun limau purut dihiris
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan kotak kara
1 sudu makan kerisik
1 inci lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
1 sudu teh (tsp) serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
Garam secukup rasa
Bahan kisar:
100g bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air
15 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas selama 5 minit, toskan
Cara:
1) Satukan bahan kisar, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan jintan manis. Kacau rata
2) Panaskan minyak
3) Tumis bahan campuran bahan kisar bersama lengkuas, serai, kerisik dan daun limau purut. Masak sehingga terbit minyak
4) Masukkan air dan santan. Masak sehingga mendidih
5) Kecilkan api dan reneh sehingga kuah hampir pekat.
6) Akhir sekali masukkan sotong dan garam secukup rasa
7) Masak sotong sekejap sahaja. Lama diatas api akan membuat sotong menjadi liat dan keras.
Saya berani jamin memang Opor Sotong ini sangat sedap. Patut pun katanya sangat laku! Terima kasih Zanita - Kasih Ilmar atas perkongsian resepi Opor Sotong ini ya.... anak-anak tak sabar nak makan, tapi Amie kata kena tunggu Encik Suami balik kerja! Boleh makan sama-sama.
Amie dah makan beberapa keping sotong yang sedang dimasak dalam kuali.... he heheh tukang masak memang ada kesempatan untuk merasa apa yang dimasaknya sebelum orang lain!
Assalamualaikum Amie. Terima kasih Amie kerana sudi mencuba resipi opor sotong dari dapur kasihilmar. Saya sangat gembira kerana Amie suka masakan ini..
BalasPadamassalam amie,
BalasPadamkalau amie kata sedap..memang harus dicuba nikan...:)
Nampak sedap sotong tu Mie opor jarng buat boleh try nanti pasti tak cukup nasi tu Mie hahaa
BalasPadamZanita,
BalasPadamwaalaikumussalam.... tak kenal maka tak cinta, belum cuba belum tahu, melihat kuahnya yang pekat dan wangi memang menggoda selera!
Ayu,
waalaikumussalam...
silakan Ayu, Amie pun mulanya teruja nak cuba sebab tuan punya resepi kata menu ini laku di rumahnya, ternyata memang benar kok!
Kak Noor,
seronok sangat kak... sebab macam2 resepi sotong kita boleh cuba!