Ayam Sambal

8:36 PTG

Resepi ini didedikasikan buat rakan sekerja Amie iaitu Jill yang bertanya tentang masakan Ayam Sambal di salah sebuah restoran di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu. Jill ingin tahu samada Amie pernah makan hidangan tersebut dan meminta kongsi resepi sekiranya Amie tahu cara olahannya. Kebetulannya pada sebelah malamnya itu kami sekeluarga ke Sabah Book Store di Bandar Sri Perdana, dan Amie ambil kesempatan singgah di restoran yang Jill maksudkan. Amie pesan set hidangan Nasi Putih Ayam Sambal seperti yang Jill maksudkan.

Setelah menikmati hidangan tersebut, Amie berbincang semula dengan Jill tentang rasanya, dan apa sebenarnya bahan yang digunakan dalam masakan tersebut. Akhirnya setelah yakin dengan bahan-bahan yang digunakan, Amie pun cuba masakan Ayam Sambal di dapur sendiri.

Amie potong kepingan isi ayam agak besar sedikit berbanding yang kami makan di restoran. Maklumlah, bila kita membeli kuantitinya pun mengikut harga dan keuntungan mengikut kehendak tuan kedai. Kalau buat sendiri, ikut suka kita nak potong besar mana. Dan satu lagi Amie kurangkan penggunaan minyak, memandangkan Ayam Sambal yang kami makan berminyak. Amie juga menggunakan bahan yang sama seperti lobak merah, tomato, cili merah, cili hijau dan bawang besar sebagai bahan pelengkap sambal. 
Cuma Amie baru dapat fikiran bahawa 'asam jawa' yang digunakan dalam masakan tersebut sebenarnya sos tomato!

Resepinya lebih kurang begini ye Jill (sebagaimana yang Kak Amie cuba). 

Bahan-bahan:
1 kg ayam - buang tulang - potong isi ayam lebih kurang 3cm X 2cm dengan ketebalan 1.5cm
2 sudu makan tepung jagung
1/2 batang lobak merah - buang kulit dan potong bulat nipis
3 biji tomato - potong dadu
1/2 labu bawang besar - potong dadu
3 biji cili hijau - hiris nipis
2 biji cili merah - hiris nipis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tomato
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili kering (jenis besar & tidak pedas) - buang biji dan rendam dengan air (panas / sejuk) hingga lembut
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu makan udang kering

Cara:
1. Gaulkan daging ayam dengan tepung jagung dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Gunakan 4 sudu minyak untuk menumis bahan kisar.
3. Tumis bahan kisar hingga dengan api panas sederhana sehingga pecah atau terbit minyak.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis. Kacau beberapa kali hingga sebati.
5. Masukkan lobak merah, tomato, bawang besar, cili merah dan cili hijau. Biarkan seketika. Jika kuah terlalu kering tambahkan sedikit air.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul sebati.
7. Padamkan api dapur.


Selamat mencuba Jill.

6 comments

  1. menggoda sangat ayam sambal kak amie tu..nampak pekat sambalnya..kalau dapat makan alangkah bestnya..hihi..

    BalasPadam
  2. Tq Bbwana,
    cuba2 masakan restoran di dapur sendiri he heehe.

    BalasPadam
  3. Amie, resipi ayam sambal ini sangat menarik kerana terdapat udang kering.. saya tak pernah buat tapi dapat jangkakan hidangan ini sedap! tq for the recipe..

    BalasPadam
  4. Ada buh udang kering,mmg ada klaian tu kak,insyaallah try nnt..tq kak mie.

    BalasPadam
  5. Wah.. tak sangka btul2 jadi entri blog kak Amie.. ^_^

    n TQ very2 much sb sudi menolong sy mencari @ mengkaji bahan2 yang terkandung dlm menu nih. Mmg heeeebat kak Amie nih, mkn @ rasa sj mknn tu, dah boleh tau mcmna nak masaknya.. Sy berabis nak fikir apa ramuan menu ni sb kena btul dgn citarasa sy, tp xda idea.. sy cuna tau ramuan yg boleh dilihat dgn mata kasar sj (cili hijau, tomato, cili merah, ayam..)

    maklum laa.. bukan chef kan. hehehe.. nak try la menu nih sampai jadi.. ^_^

    TQ skali lg kak Amie! hihi

    BalasPadam
  6. Zanita,
    ya... udang kering itulah yang menjadi rahsia 'perasa' masakan ini, ia seakan-akan masakan kam heong pulak tapi masakan ini gunakan sedikit saja udang kering.

    Zila,
    silakan

    Jill,
    tq Jill sebab bagi idea Kak Amie he heheh... Jill boleh cuba ni, pelan2, lama-lama ok tu.... boleh tokok tambah atau ubahsuai ikut selera dan citarasa Jill.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe