Nasi Beriani Pakistan

7:56 PTG

Petang tadi Amie pinjam resepi Nasi Beriani Pakistan dari dapur Azie Kitchen. Dapatlah kami sekeluarga menikmati hidangan Nasi Beriani Pakistan yang harum semerbak aromanya memenuhi segenap ruang termasuk ruang tamu! Bayangkan nasi beriani yang dikukus bersama daging ayam ditambah dengan pelbagai aroma daripada daun pudina, daun ketumbar, dan rempah ratus! Seperti suasana kenduri pula rasanya.


Hasil masakan buat pertama kalinya ini tidak mengecewakan. Apalagi bila dihidangkan bersama salad dan sos yogurt! memang betul-betul minta ampuuuuunnnn! Terima kasih daun keladi gajah ye Azie. Hidangan ini memang sungguh menyelerakan kami sekeluarga. Tambahan kentang rebus dan telur rebus menambhkan lagi kelazatan Nasi Beriani Pakistan ini. Apa yang sungguh unik dalam masakan ini sudah tentulah cara masakannya yang berlapis-lapis sehingga menghasilkan gabungan rasa dan aroma yang tersendiri. Nanti kita sambung di bawah ye. Kita cerita tentang nasi beriani yang lain di bawah ini.


Alhamdulillah, petang tadi Amie sempat siapkan 30 bungkus tempahan nasi beriani daripada Cik Mardyanna Buang dari Jabatan Tanah dan Ukur, Lahad Datu.



Mudah-mudahan murah rezeki Dyanna kerana katanya bungkusan nasi beriani ini hendak disedekahkan di masjid.


Selain nasi beriani, Dyanna juga menempah agar-agar santan gula melaka. Sayangnya selama 2 hari mencari gula melaka di kebanyakan kedai di Lahad Datu, semuanya habis. Jadi, Amie terpaksa gantikan dengan gula merah. 


Dan terima kasih juga buat Encik Suami yang ringan tulang membantu Amie di dapur walaupun hanya sekadar menyusun bungkusan. Dan Encik Suami juga yang menghantar tempahan ini kepada tuannya. Untuk Cik Mardyanna Buang, terima kasih atas kesudian menempah nasi beriyani dan sebarang kekurangan mohon dimaafkan. Jika ada sebarang komen dan teguran, Amie sedia terima dengan hati yang terbuka.


Sebaik sahaja Encik Suami meninggalkan rumah untuk menghantar tempahan nasi beriani dan juga agar-agar santan gula melaka / merah, Amie terus menyediakan hidangan untuk berbuka puasa. Walaupun namanya sama, nasi beriani  (seperti tempahan Mardyanna) tetapi versinya berbeza. Boleh klik DI SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai resepinya. Azie telah memaparkan dengan lengkap dari A-Z langkah demi langkah untuk menghasilkan Nasi Beriani Pakistan yang sedapnya tidak terkata ini!

8 comments

  1. Terlioq nyer tgk nasik briyani kaka tue
    Plus rajin nyer ambik tempahan gituew ngan ader anak kecik lagik...sugoiii oke

    BalasPadam
  2. kuatnya Amie..mudah-mudahan murah rezeki.

    BalasPadam
  3. Assalam amie, sedapnya nasi beriani pakistan tu, terguda tgk, wah makin pesat bisnes amie. la ni nasi pulak, tak nak pembantu ke heheh

    BalasPadam
  4. nmpk sedap nasi tu..rajinnya akak ambik tempahan...

    BalasPadam
  5. Amie! Nak nasi briyani dan agar2... nak jugak!!

    BalasPadam
  6. Amie.. sebenqrnya gula merah adalah lebih harum dr gula melaka... kak amat suka gula merah...
    Tu Selera Kak Ilah Hihi

    BalasPadam
  7. Air tangan Amie, tentu sedap.Alhamdulillah, murah rezeki Amie, dari tempahan kek lapis, sekarang tempahan nasi pula.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe