Samosa Inti Ayam Kisar

9:40 PG

Selamat berhujung minggu. Selamat menyambut Hari Bapa dan selamat segala-galanya. Jom sarapan pagi dengan Samosa Inti Ayam Kisar. Baru keluar dari kuali, masih panas dan berminyak-minyak! Yang tidak berminat untuk menambah lemak dan menternakj kolestrol kenalah bersampai sehingga minyaknya tos dulu ha ha ha ahhhh....


Seronok mengerjakan Samosa Inti Ayam Kisar kerana tidak merumitkan tetapi ada pembantu peribadi yang makan intinya sebelum menjadi samosa! Siapa lagi kalau bukan si bongsu! Akhirnya separuh inti hilang dan hanya 16 keping samosa yang menjadi! Kepingan kulit popia yang selebihnya terpaksa masukkan kembali ke dalam peti sejuk.


Inti samosa yang Amie sediakan adalah atas cadangan anak-anak. kalau boleh mereka hanya mahu jagung dan ayam kisar semata-mata tetapi Amie campurkan juga dengan kacang peas dan juga sedikit lobak merah.

Resepi: Samosa Inti Ayam Kisar
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
300 gram ayam kisar
1 tin jagung manis - toskan air
1 tin kecil kacang peas
1/2 batang lobak merah - potong dadu kecil-kecil
2 biji bawang putih - cincang
3 biji bawang merah - cincang
3 sudu serbuk rempah kari
1 sudu serbuk pati ayam Tumix
1 cawan air
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga wangi.
2. Perlahankan api dan masukkan serbuk rempah kari. Gaul rata.
3. Besarkan api dan terus masukkan ayam kisar bersama lobak merah dan jagung.
4. Gaul sebati dan masukkan air jika tumisan kelihatan terlalu kering.
5. Akhir sekali masukkan kacang peas dan juga serbuk pati ayam Tumix.
6. Kacau sekali- sekala sehingga kering.
7. Tutup api. Angkat.


Nampak berselera benar anak-anak dengan hidangan Samosa Inti Ayam Kisar. Amie macam biasalah, bila tengok anak-anak makan, perut pun ikut sama kenyang! Untuk yang belum biasa menghasilkan samosa terutama cara melipatnya bolehlah klik DI SINI untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, tetapi yang sudah biasa melipat-lipat sarung ketupat palas tu, tak payahlah klik ye.

5 comments

  1. dah selamat ke semuanya Ame...
    akak pun fail ni bab lipat samosa last2 buat popia je senang heee boleh try cara Ame nnt tapi agak lambat lah kan dari popia kalau nak cepat mmmmmmmm time santai2 bole rasa nya belajo2 buat samosa ni kan

    BalasPadam
  2. assalam k.Amie
    sedapnya ada samosa pagi2 ahad ni
    kalu bulan posa boleh dikatakan setiap hari beli kak, he he anak2 pulak suka makan kulitnya je intinya buang hu hu
    sy pun x reti lipat segitiga , senang2 gulong macam popia akhirnya..

    BalasPadam
  3. macam nampak di blog kak hasue semalam. hari ni kak amie pulak tayang. nani tak pernah buat sendiri samosa. selalu beli je. kalau tak pun tolong kakak buatkan.sekarang ni lagi lah tak boleh buat sebab minyak di rumah guna minyak jagung je. kalau nak buat menggoreng, macam rugi pulak.

    BalasPadam
  4. Kak Noor,
    memang lambat sikit dari melipat popia, tapi kalau dah biasa senang aje kak.

    Mama Sara Nur,
    anak-anak saya makan inti dan kulitnya... tapi sebelum menjadi memang separuh inti hiang kena copet!

    Nani,
    sesekali aje buat samosa Nani, takut hilang kemahiran melipat-lipat pulak ha ha ha hh

    BalasPadam
  5. selalu mama beli je samosa tu..hu2x..rajinbya amie masak..pandai kan amie masak..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe