Jus Buah Lemak Manis

5:07 PTG

Pernah minum Jus Buah Lemak Manis? Oleh kerana rasanya memang lemak, Amie tidak campurkan dengan susu sebaliknya Amie tambah sedikit gula dan satu sudu teh perahan jus limau nipis.


Boleh klik DI SINI dan DI SINI untuk melihat buahnya dengan lebih jelas.


Dulu Amie suka bubuh susu cair tetapi sekarang tidak lagi. Jus buah lemak manis sangat pekat! Kalau kisar sebiji boleh minum sekeluarga!

Resepi : Jus Buah Lemak Manis
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 biji buah lemak manis  seberat 400gram -  belah 4, buang kulit dan biji
4 sudu gula pasir
800 ml air
1 sudu jus limau nipis
ketulan ais

Cara:
1. Kisar buah lemak manis bersama gula pasir dan air.
2. Masukkan jus limau nipis.
3. Tuang ke dalam gelas.
4. Enak diminum bersama ais.

17 comments

  1. salam Amie..buah ni acik tak pernah makan..sedap ye amie bila buat jus

    BalasPadam
  2. buah ni tawar je kan amie..
    kalau x salah pernah mkn sekali di Indonesia dulu :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 581 .

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    BalasPadam
  4. Kak tak pernah makan lagi buah ni, mesti sedap rasanya kan, terliur tgk hihi

    BalasPadam
  5. Amie..ummi tak pernah makan atau minum lagi jus buah lemak manis ni, kat semenanjung ada ke buah ni?Sejuk tekak kalau dapat minum dalam cuaca panas ni..

    BalasPadam
  6. asslm Kak Amie...nmpk mcm sedap la jud tu..cmne yer rasanya...buahnye pon QH xpenah mkn..hihi

    BalasPadam
  7. salam kak...FnF tak perna makan buah lemak manis tu...mesti sedap kan

    BalasPadam
  8. Salam Amie.baru pertama kali tengok buah lemak manis.buat jus dlm cuaca panas gini pasti nyaman.

    BalasPadam
  9. saya tak pernah makan buah ni...tapi tgk jus yg kak amie buat tu, mmng mngncam ...

    BalasPadam
  10. salam kak amie

    malunya, mmg tak penah tgk & makan pun buah lemak manis ni huhu

    BalasPadam
  11. Acik Erna,
    buah ni bila dibuat jus, pekat macam buah avocado... tapi buah ini lebih sedap dari avocado.

    Kasih,
    lemak dan sedikit manis.

    Fariz Reza,
    terima kasih sudi datang sini.

    BalasPadam
  12. Aju Mohit,
    buah ni boleh dimakan begitu saja, tapi kalau dibuat jus lagilah sedap!

    Ummiross,
    tak pasti pula ada atau tidak di semenanjung... tapi sewaktu Amie makan buah tanjung yang kecik2 tu.. memang ada sedikit rasa buah lemak manis ni.

    Qasey Honey,
    pekat & kental, lemak dan sedikit manis.

    BalasPadam
  13. FnF Simple,
    tak tahulah nak kata sedap yang macamana sebab ikut citarasa masing-masing he he he hhh

    Mamasya,
    dapat minum segelas pun rasa kenyang!

    MP,
    jusnya pekat! Warnanya pun terang aje ye MP.

    Tina Othman,
    tak apa... boleh berkenal-kenalan dengan buah-buahan tempatan di sini...

    BalasPadam
  14. salam Mie,akak tak pernah tengok jugak buah ni kat Brunei ada kot kan tapi sbeelum tak tau boleh makan dan boleh buat jus tulah tak peduli,lepas ni kalau pi tamu nak cari mana tau ada kt brunei boleh buat jus jugak

    BalasPadam
  15. Kak Noor,
    Amie memang suka mencuba macam2 makanan, rugi kalau tak cuba sebab tak tahu sedap tidaknya hikhikhikkk... tapi buah lemak manis ni memang lemak, Amie lebih suka buah ni kalau nak banding dengan bau buah avocado.

    BalasPadam
  16. 1st time tgk buah nie.....mmg x pernah taupun namanya cm gitu....

    BalasPadam
  17. untung amie dpt menetap disana..macam2 buah yg takde kat selangor ni ada kat sana..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe