Jeruk Tuhau, Ulam & Ikan Cencaru Sumbat

7:58 PTG

Jeruk Tuhau merupakan salah satu hidangan tradisi yang terkenal dalam kalangan masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah. Biasanya Jeruk Tuhau dihidangkan bersama nasi dan ikan masin, tapi untuk hidangan kami sekeluarga, Amie hidangkan bersama Ulam dan Ikan Cencaru Sumbat!


Oleh kerana tidak pernah Amie temui bekalan tuhau segar di Lahad Datu, jadi kami beli Jeruk Tuhau yang sudah dipek di Kundasang. Sebelum ini memang Amie pernah makan tuhau (kawan bawa dari Kota Kinabalu) tetapi Amie masak bersama cili padi dan ikan kering. Nampaknya Encik suami gemar makan Jeruk Tuhau walaupun pada mulanya wajahnya berkerut apabila Amie mencadangkan supaya membeli Jeruk Tuhau di tapak jualan sayur di Kundasang!


Ikan Cencaru Sumbat memang menu ulang tayang entah kali ke berapa! Agaknya pengunjung Amie's Little Kitchen naik bosan melihat menu yang sama ini. Apa pun menu begini merupakan menu kegemaran kami sekeluarga, terutama bahagian isi ikan cencaru itu.... siapa mahu tolak sambal kelapa? 

Resepi : Ikan Cencaru Sumbat
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah belakang
daun pisang secukupnya

Bahan sambal kelapa:
1 cawan kelapa parut
2 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang, dan toskan airnya
1 biji lada merah
5 biji cili padi
1 batang serai - mayang halus
1/2 inci halia
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 sudu teh pati asam jawa
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam & gula

Cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, serai, halia dan udang kering.
2. Masukkan cili merah, cili padi dan tumbuk hingga lumat.
3. Masukkan kelapa parut, garam dan gula, serbuk kunyit serta asam jawa. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan bahan tersebut ke dalam perut ikan.
5. Panggang ikan sehingga masak beralas daun pisang.



Sekian. Demikianlah adanya ceritera Amie pada malam ini. Sehingga bertemu lagi.

23 comments

  1. yang dalam piring kecik tu ke jeruk tuhau? nani tak pernah tengok lagi. apatah lagi nak makan. tapi kalau kak amie bercerita nampak macam sedap aje semua benda. kawan yang asal kadazan dusun tak ramai. jadi memang tak merasa la.

    BalasPadam
  2. Salam Amie.baru kali ni tahu ttg jeruk tuhau....jeruk apa ya..dr sayur ke.kalau ikan cencaru sumbat mmg kesukaan.....sedapp..

    BalasPadam
  3. salam amie, ni la pestime Liza dgr nama jeruk tuhau tu, sedap ye...agak2 macam rasa jeruk ape ye..jeruk petai ke..

    BalasPadam
  4. Tuhau mie? Apa kebendanya tuhau ni mie. Bundo tak pernah dengar pun. Daun ke, ikan ke.. hehe..

    BalasPadam
  5. Nani,
    sedap bagi kami, tapi tak tahulah citarasa bagi yang tak pernah makan sebab tuhau ni ada baunya yang tersendiri.

    Mamasya,
    Tuhau ialah sejenis tumbuhan herba, spesies halia, jeruk tuhau diperbuat daripada umbutnya yang lembut.

    Liza,
    Tak adalah rasa jeruk petai, ia sejenis umbut, lembut dan ada bau tapoi tak tahu nak samakan dengan bau apa he he heh

    Ibundo,
    Bukan daun atau ikan, tapi umbut sejenis tumbuhan keluarga halia...

    BalasPadam
  6. Oh rupanya umbut herba jeruk tuhau ni, mmg sah tak pernah mkn n tgk ni Amie. sedapnya kalo dpt rasa.

    Cencaru sumbat pun sangat sedap

    BalasPadam
  7. masuk sini alahai.. lapor perutku...huhuhu

    BalasPadam
  8. Amie, akak nak tapau semua tu boleh tak semuanya sedap2 belaka tu,simpan kan ok esuk pepagi akak ketuk pintu umah Amie lagi heee

    BalasPadam
  9. aduhhh Kak Amie...jadi lapo smula bile tgk lauk ikan caru sumbat tu...QH pon ade buat jugak..guna resepi akak...tp lmbt pulak muncul kt blog..hehe..sedap!!

    BalasPadam
  10. As'kum Kak Amie cayangg... waduhh sha ni kan dah lama benor nak tengok macam mana rupa TUHAU tu hah! sha ada beli buku resipi dari Sabah.. tapi sha tak dapat bayangkan rupanya macam mana... dan kat tempat sha dah tentu2lah tak ada.. ingat kalau ke sabah nanti sha nak belilah.. nak stok kat rumah dan cuba buat macam resipi kak Amie cayang.. muahhh

    BalasPadam
  11. Amie, ummi pun tak pernah tengok jeruk tuhau tu, tapi kalau makan dengan nasi tentu best, penambah selera..

    BalasPadam
  12. Assalam kak Amie cayang..salam rindu kak...lama tak singgah menjamu mata masakan akak ni.hari ni baru berkesempatan bw. dapur dah berasap cuma mood nak n3 mskx2 jer belum sampai lagi..hehe

    1st time dgr jeruk tu kak.ikan cencaru tu tak pernah jemu my fav tu..sedapnya:)

    BalasPadam
  13. Salam K.Amie..1st time yana dgr jeruk tuhau..yg dlm piring kecik tu ker? ;auk pauk mcm ni mmg menyelerakan.. xpnh puas mkn ^^

    BalasPadam
  14. suka tgk semua foods amie masak...look so yummy...nyum3x

    BalasPadam
  15. Ooo.. tapi kalau jumpa pun mesti tak kenal.

    BalasPadam
  16. apa rasa jeruk tuhau ni ye kak..sedap je rupanya...dia buat dari apa?

    BalasPadam
  17. ooo dari tumbuhan la ni ye..ingatkan dari buah..hehehhe

    BalasPadam
  18. xpernah dgr pasal jeruk tuhau nih.. baru 1st time tgk rupa dia.

    BalasPadam
  19. semua orang jakuz n tak tahu tuhau..termasuklah daku ini....tapi bila dah baca semua komen2 kawan2...baru tahu....
    kalau mkn tu badan rasa segar tak...sbb katenya ala2 halia mesti asyik buang angin jer kan...(nk tulis kentut..rasa mcm x sopan la pulak kan cikgu....hihihi)

    BalasPadam
  20. dari bahan apa tu kak jeruk tuhau tu kak? daun2 ke ?

    BalasPadam
  21. oh dah komen baru baca komen akak. hehe.. thanks! menarik kan!

    BalasPadam
  22. assalam untung dapat stay kat sana ..macam2 makanan yg takde kat semenanjung ada kat sana..

    BalasPadam
  23. Salam,

    Untuk pengetahuan semua, pokok tuhau tu ada gak tumbuh kat semenanjung sana. Kawasan hutan dara or hutan sekunder. Org kedah panggil pokok ni sebagai pokok tepus/pokok tepus kesing sbb baunya yaaa ampun....bau seperti serangga kesing kot. tp bg mereka yg suka memakannya bau tersebutlah yg menjadi pembuka selera...

    Try roger ke Kedah atau bertanya kepada mereka ttg pokok tepus. Org kedah yg tinggal kat kg ler.

    Sbb ari tu aku tanya seorang budak kelantan yg baru posting ke Sabah keja guru tak tau pasal pokok bunga telang.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe