Ikan Cencaru Sumbat & Sup Bebola Ikan

3:45 PTG

Salam petang Jumaat. Hari ini negeri Sabah & Sarawak cuti umum sempena Good Friday. Dapatlah Amie sediakan hidangan tengahari untuk keluarga. Pagi tadi Encik Suami ke pasar dan membawa pulang sayur-sayuran dan juga ikan. Ikan cencaru ada tiga ekor tapi semuanya besar-besar belaka. Kalau kena gayanya, sedap dipanggang atas bara. Tapi Amie masaklah mana yang terdaya. Kalau ada ikan cencaru memang dalam kepala tidak berfikir resepi yang lain, kecuali sumbat dengan sambal kelapa! Memang itu resepi turun-temurun dari dulu yang tak jemu dinikmati. Amie masak seekor saja, dan memang cukup untuk kami makan sekelurga. Biasanya kalau saiznya agak kecil, Amie panggang saja dalam kuali tapi kali ini saiznya besar dan panjang.  Sudahlah begitu, Amie gemukkan dan montelkan lagi ikan itu dengan menyumbat sebanyak-banyaknya sambal kelapa. Bukan apa, sambal kelapa itulah yang jadi rebutan anak-anak! Syukurlah, muat juga ikan nan seekor ini bila Amie masukkan dalam oven.



Resepi : Ikan Cencaru Sumbat
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah belakang, kemudian toskan.
2 cawan kelapa parut
4 biji cili merah
3 biji cili padi
1 batang serai - mayang halus
1 helai daun kunyit - mayang halus
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu teh pati asam jawa
garam & gula

Cara:
1. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah hingga halus.
2. Masukkan serai dan daun kunyit mayang. Tumbuk lagi hilang halus.
3. Masukkan kelapa parut sedikit demi sedikit. Tumbuk separuh halus.
4. Tambahkan garam dan gula serta pati asam jawa. Gaul sebati.
5. Masukkan sambal kelapa ke dalam perut ikan cencaru.
6. Panggang hingga masak.



Oleh kerana geram sangat melihat ikan pelaling segar yang Encik Suami beli bersama ikan cencaru, Amie ambil seekor dan buat bebola ikan. Sebenarnya bebola ikan Amie ini tidaklah sempurna seperti bebola ikan lain kerana Amia tidak mencampurkan sebarang tepung, tetapi hanya mencampurkan isi ikan, lada putih, bawang putih, garam, gula, air dan juga lobak merah. Amie masak sebagai sup campuran bersama buah kundur, kurma merah, dan juga sayur sawi. Kuahnya memang sedap, ada rasa manis kurma merah dan memang sesuailah disediakan bersama Ikan Cencaru Sumbat sebab ketika makan nasi, boleh hirup kuahnya untuk membantu nasi melewati tekak! Apalagi.... yang dah lama tak makan Ikan Cencaru Sumbat... silakan... silakan.....

25 comments

  1. sedap nyer nengok sup tu. nampak segar jek. ratah gitu je sedap kan.. ikan pun besaaar.. fuh puas makan. rasa nak bersila kat rumah kak amie skrg neh.;-)

    BalasPadam
  2. Salam kak amie! alahaiiiiii kita lama mengidam ikan cencaru kak huhu..sini takde ikan cencaru, balik balik ikan yg sama jugak, sup tu sedapnyer hirup hangat2 pastu perah limau letak lada byk2 haish! baru lepas makan pun boleh lapo balik ehehe..

    BalasPadam
  3. salam amie..
    sekolah anak sulung saya pun bercuti sehari hari ni sebab good friday. sekolahnya bersebelahan dgn gereja.. hari bila tiba good friday jalan memang sesak giler2 punya! petang semalam pun jalan kat situ dah mula sesak bila 3 lane jalan besar di parking sewenang2nya oleh mereka yg nak ke gereja tu.. dorang park pun 3 lane jugak.. tp rapat2.. so org yg nak lalu kena jalan slow2.. kalau idak nnt ada yg tersangkut cermin. yg azabnya bila lori besar nak lalu.. semua bikin problem.. saya tiba depan sekolah anak pukul 7.30 petang.. gara2 jem teruk.. biasa sampai rumah kul 7 lebih gitu.. mlm tadi smpai rumah kul 8 mlm! letih dibuatnya...

    sori panjang lak luah perasaan.. hehe...

    apa2pun.. berkenan sgt ngan lauk yg amie hidang tu.. cencaru tu mmg sedap disumbat mcm tu kan.. feberet jugak tu.. sup bebola ikan tu pulak.. mmg nampak sedap.. biasa sy buat campur ngan bwg kisar & garam je.. tak pernah lak terfikir nak campur ngan carrot.. good idea jugak.. kalau sy masak ikut cara mak campur ngan sawi jer.. & masakan yg ada bebola ikan homemade tu kami org terengganu panggil Calong.. hehe..

    BalasPadam
  4. Assalam kak,wah bestlah rini cti kan,leh mask sedap2 n rest2 kat umh..Akak rajinnyer wat bebola ikn tuh,mesti lagi sdp sbb xltk tepung kan..

    BalasPadam
  5. ermmm..sedapnya cencaru sumbat tu...gomok betulll
    sup bola tu pun mengancam...hantar ckit blh..?

    BalasPadam
  6. cantiknya sup bebola tu..ratah saja habis semangkuk besar.

    BalasPadam
  7. Salam Kak Amie..buah kundur boleh masak sup yaaaa...Hari tu (lupa hari apa) adalah saya jumpa buah ni, tapi sebab kat kepala ni terfikir ia boleh di buat halwa jeee..so tak beli lah, sebab tak tau nak masak apa...Rasa ia ada tak ala-ala labu air....

    Ikan cengcaru antara ikan kegemaran...Tapi saya yang selalu malas ni biasa goreng jeee...

    BalasPadam
  8. waduhhh duhhh...sedapnya ikan sumbat tu...spi terkembung ikan tu penuh dgn isi...hehehe...

    sup bebola tu pon sedap...nyum2...

    BalasPadam
  9. Salam kak Amie semuanya BEST!!!! yummmyyyyy <3

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Amie

    Tak bolehhh tahann Kak Lin tgk ikan sumbat tu...sup bebola tu pun mengoda kalbu..

    Selamat Menjamu Selera :)

    BalasPadam
  11. amboi kak amie....ikan cencaru sumbat pulak ya....mmng mngncam betul...!!!!

    BalasPadam
  12. Izah,
    silakan Izah, jemput makan sama...sup tu memang sedap, manus buah kurma merah dengan bebola ikan tu yang buat lebih terangkat!

    Ika,
    oohh...ikan cencaru ni ikan evergreen, klasik aje bunyinya di sini, tak ada pula di Bangkok ye Ika, agaknya dia cuma berenang-renang di perairan Malaysia aje kot... he he hehh

    Madiha,
    memang teruk betul traffic jamnya di sana ye Madiha, di sini pun sama juga.... penuh sesak kiri kanan jalan dekat dengan gereja di sekolah Amie, sebab semua penganut agama tersebut keluar berpusu-pusu entah dari arah mana, dan kebanyakkannya pekerja estet (orang Timor) dari Indonesia.
    Terima kasih Madiha, dapat tambah lagi satu kosa kata... calong ye!

    BalasPadam
  13. Zaliedana,
    buat satu ekor ikan saja, dapatlah 7-8 biji, bolehlah buat sup campur sayur-sayuran. Kalau tak letak tepung rasanya tidak kenyal, tapi lebih lembut & manis!

    Wanie,
    boleh... nak hantar tapi dah licin, nanti Kak Amie buat lain ye. Memang ikan sumbat tu gomok montel dengan sambal kelapanya!

    Whitecappucino,
    bebola homemade....lebih bersih, dan manis ikan segar!

    BalasPadam
  14. Sue @ Nenie,
    dulu Amie pun tak tahu nak buat apa kalau ada kundur. Kundur ini kakak ipar bagi, Amie belajar dari masakannya, sebab hari-hari kakak ipar memang buat sup, macam-macamlah jenis supnya termasuklah sup kundur campur kaki ayam, cam[pur kurma merah dsb. Rasanya biasa saja, tawar tapi bolehlah sebagai bahan camp[uran saja.

    Qasey Honey,
    memang sengaja bagi dia kembung he he he he hehhh... tak puas makan sambal kelapa sikit.

    Shahriah,
    inilah hidangan tengahari untuk hari ini....

    BalasPadam
  15. Kak Lin Rosly,
    waalaikumussalam,
    jemput makan sama, itu saja resepi paling kami suka kalau ada ikan cencaru, sumbat dia...

    MP,
    haa... jemput, sama-sama makan cencaru sumbat!

    BalasPadam
  16. sedap2 lauk kak amie ni. untung betul org dlm rumah tu. :D

    BalasPadam
  17. Kak Amie, tak thn tgk ikut sumbat yg gemuk tu...hehe sedapnya kak.
    sup bebola ikan tu pun nampak sedap..perghh kenyang saya jamu mata kat umah akak hari ni:)

    BalasPadam
  18. wowwi dapnyerrr...mesti sonok masak2 time cuti...

    BalasPadam
  19. Amboi Amie, banyaknya sambal kelapa, sampai buncit ikan tu, hik!
    Tapi yang pasti tentu sedap sebab sambalnya mewah gitu..

    BalasPadam
  20. uisshhh kak amie, selera tul tgk ikan sumbat tu...saya lom pernah cuba lagi, makan pernahlah kt umah niza dulu...heheehhe....nnt nak cuba lah

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum Amie,

    Hari ni kak Ros rancang nak buat ikan sumbat tu jugak,tengok resepi Amie ni boleh la Kak Ros try buat hari ni...

    Nampak sedap sangat....

    BalasPadam
  22. Asmara,
    alhamdulillah, orang dalam rumah tak cerewet, apa yang dimasak, itulah yang dimakan he he hehh kita pun terus syok sendirilah masak apa yang kita suka.

    Nieza,
    tak tahulah Nieza, entah kenapa kalau buat ikan cencaru sumbat mesti gemuk jadinya.... ha hahah saja je bubut sambal kelapa banyak2.

    Hanis,
    bolehlah lengah-lengahkan waktu di dapur hanis, kalau tak... kelam kabut je macam lipas kudung!

    BalasPadam
  23. Ummiross,
    ha ha hahh... puaslah makan sambal kelapa tu, yang jadi mangsa perut ikannya, sib baik tak pecah!

    Eiramalik,
    ikan sumbat ni lauk evergreen Eira, memang sedap... dulu ingat susah nak buat, tapi rupanya senang saja.

    Ros,
    buat Ros, jangan tak buat... lebihkan seekor ye, nanti Amie nak datang makan... ha ha hah

    BalasPadam
  24. Siang kak amie.. long weekend kak di sini, kami di rumah aja :(
    belum pernah makan ikan cencaru sumbat initapi nampak sedap nya, bebela ikan soup pun melly suka makan nya apalagi kalo bebolanya buat sendiri,pasti sedap..slurrp

    BalasPadam
  25. x pernah msk cm gini lg,selalu goreng je,msk sambal,kicap...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe