Fillet Dori Goreng Rangup & Butter Cereal Seasoning Powder

9:21 PTG

Bertemu kembali untuk seketika. Macam nak cepat-cepat cabut lari saja bunyinya.... he he hehh! Bukan apa, sebenarnya agak letih kerana tidak selesa sejak dinihari pukul 2.40 pagi, bekalan elektrik terputus! Bayangkan menjelang pukul 6 petang baru bersambung semula. Punyalah kalut pagi tadi, mana nak mandinya, mana nak cari segala pakaiannya untuk anak beranak termasuk bapanya sekali. Semuanya dibuat sambil meraba-raba! Sudahlah sebatang lilin pun tak simpan! Ada lampu sulu bateri pula lemah! Sepanjang hari Amie menjadi salah seorang pengadil pesta pantun peringkat Tenggara. Memang berpeluh-peluh macam duduk dalam bilik sauna! Pertandingan terpaksa diteruskan walaupun tanpa menggunakan pembesar suara memandangkan para peserta yang mewakili daerah masing-masing sudah bersedia di tapak pesta. Bayangkan! Amie pun tak mahu nak ulas panjang-panjang. Yang penting tugas telah selesai dan dijalankan penuh amanah, dan Amie selamat sampai ke rumah. Apalagi... sampai rumah, memanglah terus berkejar ke dapur dan masak apa yang patut seperti di bawah ini.



Sebaik sampai ke pintu dapur, tiba-tiba teringat fillet ikan dori yang tentunya sudah cair dalam peti sejuk memandangkan lebih 14 jam bekalan elektrik terputus. Tidak dapat dipastikan pula, bila masanya bekalan elektrik akan disambung semula. Masak nasi pun terpaksa gunakan dapur gas. Alhamdulillah, akhirnya nasi tanak juga. Cerita balik tentang ikan dori tadi, oleh kerana fillet ini hampir 1 kg, jadi Amie putuskan untuk goreng sahaja sebab anak-anak suka ratah masakan begini. Di pertengahan masa menggoreng terfikirlah pula alangkah baiknya kalau sebahagian ikan goreng ini Amie tambah sedikit bahan pedas sebagai pembuka selera. Akhirnya terhasillah dua hidangan. Yang pertama Ikan Dori Goreng Rangup seperti dalam gambar di atas dan yang kedua, Ikan Dori Butter Cereal Seasoning Powder seperti di bawah ini.


Nampaknya kedua-dua resepi dari bahan yang sama telah selamat masuk ke perut kami sekeluarga. Alhamdulillah! Selepas makan, bekalan elektrik pun bersambung kembali!


Resepi : Fillet Dori Goreng Rangup
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
800 gram fillet ikan dori - hiris nipis 
3 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandung
1 biji telur
1/2 sudu lada putih - tumbuk
2cm halia - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
sedikit garam / perasa pilihan
3 cawan serbuk roti
minyak

Cara:
1. Campurkan tepung jagung, tepung gandum, lada putih, halia dan bawang putih serta sedikit garam.
2. Pecahkan telur dan gaul rata.
3. Masukkan fillet dori. Jika adunan terlalu keras / kental, tambah sedikit air.
4. Golek-golekkan fillet dori  di atas serbuk roti.
5. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga masak / garing.
6. Angkat dan toskan minyak.

Untuk resepi Fillet Dori Butter Cereal Seasoning Powder pula, Amie tuliskan di bawah ini.

Bahan-bahan:
10 keping Fillet Dori Goreng Rangup
2 sudu besar mentega
5 tangkai daun kari
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
7 biji cili padi - hiris
50 gram Butter Cereal Seasoning Powder

Cara:
1. Panaskan mentega dengan api perlahan.
2. Masukkan  daun kari dan semua hirisan cili. Tumis sehingga harum.
3. Masukkan kepingan dori goreng rangup. Gaul sebati. Tutupkan api.
4. Masukkan Butter Cereal Seasoning Powder dan gaul rata.
5. Sedia untuk dihidang.

12 comments

  1. kalau ikan dori nih, wat ala2 fish n chips mmg tun suka meratah dgn hebatnyer.

    BalasPadam
  2. Salam Amie.. Apa khabar? Harap Amie sekeluarga sihat.. Fillet dori tu sedap nampak terserlah kegaringan nya.. YUMMYY..

    BalasPadam
  3. Mudahnya.... cepat dimasak sedap dimakan.... Guna fillet ayam pun bolehkan?

    BalasPadam
  4. elloooo tuan rumah...kita datang nak makan...ada lagi tak??????hehehe..

    Alahai, dah habis rupa...kempunanlah nmpaknya...

    BalasPadam
  5. Tun Telani,
    kita pun kaki ratah jugak ni... opps bukan kaki yang meratah he he heh

    Choco Anio,
    Sihat walafiat... lama tak nampak Ani. Memang sedap garing Ani.

    Kak Noor,
    betul tu, fillet ayam pun sodap!

    MP,
    ello MP... lambat sampai ye... nanti kak Amie buatkan lagi ya sayanggg...

    BalasPadam
  6. kenapalah nani tak terfikir nak beli fillet mcm ni hari tu.daun kari ade je tapi tak tahu nak masak apa...bleh buat mcm ni.

    BalasPadam
  7. sodapnye kak Amie..lembut je ikan ni kan..

    BalasPadam
  8. SAlam Kak Amie.. laaa.. baru nak mintak sejoreng.. rupanya dah selesai hehee.. wahh nampak garing tu.. sedap tuuUUuuuuu...

    BalasPadam
  9. salam Amie....sempat singgah ditghmalam jer :D
    Nampak sedappppppnya ikan dori goreng rangup tu..buat ratah pon best gak tu(tak ingat batuk ker atie?hihi..)
    Lain kali la singgah ya...nk tapau ikan dori.
    Skrg ngah batuk..kena pantang mkn dulu...:(

    BalasPadam
  10. selamat pagi Amie,sah sah dah habis ni akak ni selalu lambat dtg biasa lah tido awai hehe nak try lah jugak garing tu nampaknya..

    BalasPadam
  11. Makan berteman cahaya lilin ye Amie, romantik ooo!, hihi..

    BalasPadam
  12. Salam kak amie, selamat hari pekerja :D siyeesss tak pernah makan ikan dori sbb kita kalau fish n chip tak berapa minat sgt sbb rasa ikan dia kuat sgt ehehe...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe