Kuey Teow Sup

8:18 PG

Salam pagi Sabtu. Di Lahad Datu cuaca cerah, walaupun sekarang baru bukul 7.40 pagi tapi matahari sudah memancar terang. Pagi ini Amie bangun awal, tapi duduk di rumah bersama si bongsu. Encik Suami bersama si abang sulung dan abang tengah sudah berangkat ke sekolah seawal pukul 6 pagi kerana ada aktiviti kokurikulum. Tinggallah Amie melayan si bongsu yang katanya lapar di pagi buta. Oleh kerana hanya ada dua mulut sahaja yang hendak diisi pada pagi ini, Amie sediakan sahaja hidangan yang mudah dan ringkas. 






Resepi: Kuey Teow Sup
Sumber: Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
2 cawan kuey teow - bilas dan toskan
6 ekor udang kertas - buang kulit dan belah belakang
10 biji bebola daging 
1 rumpun sayur sawi - potong - potong
3 batang anak jagung - belah 2 dan potong 2
1/4 batang lobak merah - hiris nipis
2cm halia - hiris nipis
2 ulas bawang putih - pecahkan
1/2 labu bawang besar - mayang
1/2 sudu teh ada putih - tumbuk
1 sudu serbuk pati ayam maggie
3 cawan air


Cara:
1. Didihkan air dan masukkan haia, bawang putih, bawang besar, bebola daging, udang dan lobak merah. Biarkan seketika.
2. Masukkan sayur sawi, anak jagung, kuey teow, lada putih dan serbuk pati ayam maggie. Jangan biarkan terlalu lama. Setelah mendidih kembali dan sayur sawi berubah warna, tutup api.
3. Hidangkan bersama taburan daun sup.
4. Jika suka bolehlah makan bersama lada kicap.


Senang bukan? Pagi ini terasa macam hidup orang bujang aje...






14 comments

  1. Assalamualaikum Amie

    Kia suka kuey teow sup....panas2 hirup kuahnya pasti enak gitu

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie

    Kia suka kuey teow sup....panas2 hirup kuahnya pasti enak gitu

    BalasPadam
  3. Salam kak amie! alahaiiiiiii sedapnyerrrr! kita suke kuew teow sup! terasa nak mkn sup pulak hari niii tp takde kuew teownyer :(

    BalasPadam
  4. Salam kak amie...kecur air liur tgk kuew teow akak...haiwan2 yg ade tue cantik je terletak...bestnya dapat pulak kuah kicap tue...:))

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum akak...
    Fav kita ler nie akak... Sukanya makan kuey teow sup... Alahai! Terliur diana tgk tau ... Sedap.

    BalasPadam
  6. alaaaaa.kak amieeeeee...dah lama x mkn kuey tiow sup nehh....sedapnyerr...slurrpppp... boh sambal cili byk2 mmg bestt...berapiiii....

    BalasPadam
  7. Wahh kak amie sedapnya... sha dah join blogs kak amie... baru tahu macam mana nak join hehhee... muahhh

    BalasPadam
  8. assalam k.Amie
    kat sini pagi2 lg dah hujan
    kue teow sup kalu hujan2 ni makan panas2 sedapkan he he

    BalasPadam
  9. kalau gi kedai saya memang selalu order kuey teow sup

    BalasPadam
  10. meriahnye kuey teow sup dia! lauk pun banyak...kalau kat kedai tu boleh jumpa udang sekor je..

    BalasPadam
  11. saya kan kak amie..kalau org hulur sup2 ni..tangan ni menadah saje...hahahha..sebab memang suka...sedapnya...:)

    BalasPadam
  12. Pernah try 2x...mmg simple & sedap.Tq for sharing.Ptg ni nk buat lg ^__^

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe