Nasi Lemak Bukit Hijau
1:15 PTG
Salam hari Jumaat yang mulia. Semoga hari ini membawa seribu keberkatan buat semua. Mudah-mudahan sentiasa sihat dan ceria. Hari ini nampaknya sampai ke petanglah kami makan nasi lemak. Sepatutnya nasi lemak ini dijadikan hidangan pagi tetapi bonda terlebih dahulu bangun dan siap menyediakan pelbagai juadah pagi. Amie terlewat bangun kerana bujang tengah Amie sakit perut sepanjang malam, masuk angin dan kenalah menyapu perutnya dengan minyak panas, menemaninya ke bilik air dan alhamdulillah setelah menelan ubat nampaknya perutnya beransur lega. Amie pula yang mengantuk, dan akhirnya hidangan nasi lemak menjadi menu tengahari. Tak kisahlah, sebab sekarang ini nasi lemak boleh dinikmati bila-bila masa tidak kira siang atau pun malam.
Hidangan nasi lemak sudah ada di depan mata. Oleh kerana masak di kampung jadinya Amie namakannya sebagai Nasi Lemak Bukit Hijau sempena nama tempat kelahiran dan kampung halaman Amie. Lauknya pun Amie ubahsuai mengikut citarasa sendiri. Antara lauk-pauknya termasuklah Ayam Rempah Sate, Sambal Tumis, Telur Puyuh Rebus, dan tentulah tidak ketinggalan segala aksesori seperti kacang tanah dan ikan bilis goreng, hirisan tomato dan juga timun.
Oleh kerana daging ayam yang ada merupakan bahagian dada jadi lebih baik potong kecil-kecil dan perap dengan rempahan sate. Di bawah ini pula, nasi lemak dengan lauk tambahan iaitu Sayur Kangkung Tumis. Kakak masak sayur kangkung yang baru dipetik di belakang rumah. Yang seronoknya bila berada di kampung, mudah untuk mendapat bahan segar termasuk daun pandan dan daun pisang. Bonda pun jenis yang suka menanam pelbagai tanaman herba termasuk cekur, kunyit, serai, lengkuas, halia dan segala macam tumbuhan lain termasuk cili padi. Kalau hendak guna, cabut saja atau petik saja mana-mana yang dikehendaki!
Resepi: Nasi Lemak Bukit Hijau
Sumber: Amie's Little Kitchen
Nasi Lemak
Bahan-bahan:
1.5 kg beras - cuci dan toskan
1 liter santan
3cm halia - hiris halus
3 biji bawang putih - hiris halus
3cm kulit kayu manis
garam secukup rasa
3 helai daun pandan - siat-siat
Cara:
1. Masukkan santan ke dalam kuali bersama hirisan halia, bawang putih, kulit kayu manis, garam dan daun pandan. Pada masa yang sama didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Apabila santan mula mmendidih, masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan santan menjadi kering.
3. Pindahkan nasi tadi ke dalam periuk pengukus.
4. Kukus selama 20 minit atau sehingga nasi lemak masak.
Sambal Tumis
Bahan-bahan:
4 biji tomato - cincang
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan bancuhan air asam jawa
minyak
Bahan kisar:
30 biji cili kering
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah
2cm belacan
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar bersama tomato cincang sehingga pecah minyak.
2. Masukkan bancuhan air asam jawa bersama garam dan gula.
3. Perlahankan api dan biarkan sambal menjadi pekat.
Ayam Rempah Sate
Bahan-bahan:
2 kg dada ayam - potong dadu
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu teh pati asam jawa
2 sudu besar lada kisar
garam dan gula secukupnya
4 sudu minyak
Bahan kisar:
5cm halia - hiris
3 batang serai - dimayang
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
Cara:
1. Perap dada ayam bersama bahan kisar serta pati asam jawa, serbuk kunyit, lada kisar, garam dan gula serta minyak selama 1 jam.
2. Panaskan kuali dan masukkan bahan perap ke dalamnya. Balik-balikkan sehingga ayam layu dan sebati.
3. Perlahankan api, dan tutup kuali selama 7 minit.
4. Buka penutup kuali dan balik-balikkan sekali lagi.
5. Apabila daging ayam empuk, tutup api.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak.
Bahan lain:
telur puyuh rebus
kacang tanah goreng
ikan bilis goreng
hirisan timun
hirisan tomato
Apalagi... jomlah makan. Bismillah......
19 comments
seronoknya.. bangun2 bonda dah siap masak! nak jugakkkk!! hehehe....
BalasPadamsalam kak amboi meriahnya lauk pauk nasi lemak tu..tegoda di buatnya...
BalasPadamAssalam amie,
BalasPadamwaduh nasi lemak ni kasi kita ngeces ler..kita ni belum makan lunch lagi ni..nak update dulu baru makan..
ada lagi tak nasi lemak untuk kita?..
macam2 lauk nasi lemak amie ni....bestnyaaaa
Madiha,
BalasPadamsetakat ni memang tak boleh lawan bonda...
Sheila,
memang banyak pilihan sebab ramai pelanggannya he he he diorang boleh pilih lauk yang disukai.
Ayu,
ada lagi Ayu, memang sengaja masak lebih sebab anak cucu cicit bonda datang tak berhenti, lagi pun memang bonda suka jamu anak cucu cicit makan.
sedapnye...sok nak mintak mak wat nasi lemak gak lah.jeles ni..he3
BalasPadamaduhhh... sedapnye la..
BalasPadamlapar ni.. lom lunch!
perghhhhhh!meleleh air liur tengok nasi lemak Kak Amie buat tu
BalasPadamsalam kenal kak,nasi lemak tue nampak sedap betul..mcm2 lauk ada .sy suka sambal lebih..lg pedas lg sedappp..sy follow blog akk klu ada masa sudi2kan singgah diblog sy ..tq:)
BalasPadamSalam kak amie! humanggggg aiiiiii! mmg kenyang terbongkang kalau dpt set nasi lemak akak nii hihihi.... mkn nasi lemak mesti ngantuk, itu kita lerrr sbb tu kalau nk mkn nasi lemak sblm buat kerja rumah ehehe..
BalasPadamAssalam kak Amie, saya datang pagi-pagi kat sini nk tumpang sarapan nasi lemak ni..alahai sedapnya nasi lemak akak...meriah lauk tu:)
BalasPadamAmie,nasi lemak paling meletop ni, cukup lengkap!
BalasPadamUmmi bawa balik sepinggan,hik!
Kak Amie,tak tahan tengok nasi lemak ni lama2,i takut tergoda..hihi.
BalasPadamSedapnya kak amie..kecur tgk nasi lemak kak amie ni:)
BalasPadamSalam Amie,
BalasPadamKak Ros kalau mai kat blog Amie ni mesti teliur sampai meleleh air liur punya lah he.he.he....Nampak sedap sangat la nasik lemak bukit hijau tuuu...Amie...
Salam Kak Amie..berselera betul tengok set nasi lemak yang serba lengkap ni...
BalasPadamSalam Amie...
BalasPadamBest dpt mkn nasi lemak ngan lauk pauk yg best nie..hehehe buat hawa lapar ptg2 begini :P
Assalam amie, sedapnya set nasi lemak lengkap, saya cukup suka bila mkn nasi lemak ada sayur kangkung tumis, sedap, tersangat lah terliur bila tgk set yg sungguh menggoda ini.
BalasPadamMemang best sangat bila sesekali blk kampung, mmg betul pun nak apa saje main ambil n petik je kat belakang rumah atau tepi rumah kan. Bila pula blk lahad datu
sedapnya nasi lemak tu...set lengkap, ada telur puyuh pulak tu...
BalasPadamkak amie.. sedapnya nasi lemak.. geram rasa nak capai je kak... tambah bila dihidangkan dalam pinggan macam tu
BalasPadam