Teh Nanas

12:36 PTG

Setelah menghabiskan hidangan mee hailam, rupa-rupanya si ayah dengan anak menyambung tugas minggu lepas...menyiapkan kolam....memang never ending story, buat seminggu sekali, tak apalah, lama-lama siaplah tu.... nampaknya hanya anak kedua sahaja yang turun padang bersama ayahnya. Nampak berpeluh-peluh anak beranak tu... mesti haus, tapi kami tidak menyimpan ais untuk dibuat minuman sejuk sebab saya biasakan anak-anak minum air masak. Mungkin saya boleh sediakan mereka sesuatu minuman yang menyegarkan walaupun bukan dari jenis minuman sejuk.... rasanya dalam peti sejuk ada nanas...dan yaaaa... saya dapat idea. Ada nanas, ada teh dan madu. Baiklah saya sediakan mereka teh nanas bercampur madu... walaupun cuaca panas, minuman tetap panas.... sewaktu saya berada di tingkatan 3, guru bahasa Inggeris kami memberikan kami tuisyen percuma, dahlah tak payah bayar, cikgu tu pulak sediakan kami minuman. Biasanya Cikgu Norehan (di mana cikgu kami tu sekarang ni...) sediakan kami milo susu panas dan biskut... ya Allah, berikanlah rahmat-Mu kepada bekas guruku yang sangat baik hati ini. Kami mengayuh basikal ke rumah Cikgu Norehan, walaupun cuaca panas terik, kami kuatkan semangat untuk mencari ilmu dan yang paling seronok sebab setiap kali belajar di rumahnya, Cikgu Norehan mesti sediakan minuman. Katanya (sampai sekarang saya ingat) minuman panas baik untuk kesihatan, jangan amalkan minum sejuk semasa cuaca panas... dan ada kaitannya dengan nanas tau... saya teringat salah seorang rakan yang sama-sama tuisyen iaitu Zaharah, membawa sebiji nanas sarawak yang besar dari kebun untuk cikgu Norehan... tak apalah, kalau diikutkan rasa nostalgia, tak cukup satu hari bercerita, nanti minuman saya tak jadi pula...


Bahan-bahan:
300 gram isi nanas (kisar dan tapis)
1 uncang teh (saya gunakan teh Sari Wangi)
3 cawan air
3 sudu madu / boleh gunakan gula batu
2 sudu teh jus limau nipis

Cara:
1. Masak jus nanas dengan air sehingga mendidih. Angkat.
2. Masukkan uncang teh dan madu serta jus limau nipis.
3. Kacau dan hidangkan.
Orang kata, minuman jenis begini ada khasiatnya... terutama kepada yang kurang selera makan, insya-Allah keinginan untuk makan akan timbul. Di samping itu, minuman begini boleh mengelakkan dari rasa mengantuk... agaknya kalau kita bawa anak sekeluarga jalan jauh, bolehlah buat minuman ini sebagai bekalan terutama untuk suami yang memandu... selamat mencuba.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe