Ikan Talapia Goreng Berlada

7:11 PTG

Cerita tentang talapia .... teringat zaman persekolahan dulu-dulu.... setiap kali  berurusan ke Klinik Pelajar atau ke Bank Bumiputera di belakang bangunan pentadbiran berhampiran dengan Dewan Tunku Cancellor, kami melalui satu lorong singkat... dan terdapat sebuat tasik di situ. Kalau tidak silap, ada rumpun bambu dan seekor biawak besar berehat menjemurkan diri di tepi tasik. Apa yang sangat menarik perhatian ialah apabila air beriak-riak dengan sekumpulan ikan talapia hitam yang sangat banyak dan besar2..... tidak tahu sekarang ini masih ada lagi atau sebaliknya tasik itu sebab kali terakhir saya mengunjungi UM pada tahun 2007, tempat tersebut sudah bertukar rupa. Saya sempat menunaikan solat zohor di surau berhampiran kafetaria dan menjamu selera di situ. nampaknya salah satu menu yang masih sama seperti 20 tahun yang lalu...iaitu talapia goreng berlada. Dulu... seekor talapia itu berharga RM1..... nostagia.... huk huk huk.... saya ada ikan talapia dan oleh kerana memori lalu sangat menggamit rasa, hari ini saya masak talapia goreng berlada sambil mengenang segala cerita yang indah-indah saja selama 4 tahun menjadi warga UM....


Sebenarnya, talapia goreng berlada saya tidaklah sama dengan talapia di kafetaria UM yang menggunakan lada merah sepenuhnya. Bila saya ke dapur, cuma ada 4 biji lada merah dan selebihnya banyak lada hijau. Jadi saya campurkan kedua-dua warna lada, jadilah seperti warna di atas... tenggelam warna merah, yang hijau pun tak nampak. Tak apalah, kalau asyik fikirkan semua bahan mesti lengkap dan sama, alamat tak jadilah masakan saya dan matilah kreativiti saya. Kita lihat apa bahan yang saya gunakan untuk masakan ikan talapia goreng berlada ini.

Bahan-bahan:
5 ekor ikan talapia
minyak
garam /serbuk pati ikan bilis
hirisan bawang besar

1 sudu kecil pati asam jawa (bancuh dengan 1/2 cawan air)
1 batang serai dititik
gula

Bahan untuk dikisar: (jangan terlalu lumat = biarkan kasar sedikit)
10 biji lada (merah + hijau)
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Goreng ikan talapia hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serai.
3. Masukkan bancuhan air asam jawa. Biarkan seketika.
4. Masukkan garam / serbuk pati ikan bilis dan gula. Jika kurang masin, masukkan secubit gara.
5. Masukkan hirisan bawang besar.gaul seketika dan angkat.
6. Tuang sambal di atas ikan talapia goreng.
7. Siap untuk dihidangkan.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe